Foto sekadar hiasan
Suami Lebih Dari Satu
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama aku Nurul. Umurku sekitar 30 an, seorang wanita.
Aku ada cerita untuk dikongsikan. Tujuannya supaya aku dapat luahkan yang terbuku di hati aku. Dan supaya aku dapat baca respon dan pendapat dari pembaca semua.
Aku tinggal di sebuah lokasi di semenanjung Malaysia. Kalau aku sebut pasti ramai yang tahu.
Di kampung ni aku ada seorang kenalan. Lama aku telah mengenali dia. Baik buruk, sedih gembira dia semua aku tahu.
Aku pun ada tahu perkara tentang dia yang dia tak tahu pun aku tahu.
Kenalan aku ini berstatus isteri orang. Lama berkahwin, baru lah ada seorang anak. Lebih kurang seusia perkenalan kami anaknya tu sekarang.
Aku namakan di sini kenalan aku sebagai Zana.
Zana ini orangnya cantik, manis, bentuk badannya juga tidak kurus, tidak terlalu gemuk, tapi agak gempal berisi. Usianya dalam 40an.
Dari rupa dan gayanya yang aku ceritakan, dia ini mudah didekati oleh orang. Secara spesifiknya, lelaki.
Aku tahu dia ada berkawan dengan beberapa lelaki. Bahkan aku pernah hampir bergaduh dengan salah seorang lelaki ini kerana aku memarahinya kerana mendekati isteri orang.
Sehingga yang aku tahu sekarang, Zana ada dan telah berkawan lama dengan seorang lelaki ini. Suami orang juga. Umur pertengahan 50an, malah telah bermenantu.
Kawan yang aku maksudkan di sini bukanlah sekadar kawan. Tapi lebih kepada ‘skandal’. Aku gelarkan lelaki ni sebagai Ahmad.
Aku selalu fikirkan hubungan mereka sekadar bermanja mesra di atas talian sahaja. Aku tak pernah fikir lebih dari itu.
Yang aku tahu pun mereka saling on the phone ataupun bervideo call.
Selain dari Ahmad, Zana ada berkawan dengan beberapa lelaki lain. Ini pun aku awalnya dapat tahu daripada kenalan kenalan kami yang lain sebab mereka pernah ternampak Zana dan lelaki ini. Aku gelarkan lelaki ini Bob.
Satu hari aku berjumpa dengan Zana. Kami sembang sembang macam biasa. Masatu Zana minta aku checkkan problem di phonenya.
Masa buka aplikasi Whatsapp, aku nampak nama Bob dalam chat. Mesej yang terakhir dalam chat tu membuatkan aku nak tahu sejauh manakah hubungan mereka.
Alangkah terkejutnya aku bila salah 1 mesej itu ialah gambar Zana sedang selfie menunjukkan badannya kepada Bob.
Aku sudah terkejut masa itu. Habis ‘merinding’ orang kata.
Bob ni pun statusnya sama macam Ahmad. Bapa orang siap dah bercucu aku rasa.
Balik pada kisah Ahmad. Aku berjumpa sekali lagi dengan Zana. Masatu dia ke tandas. Aku cuba akses ke Whatsapp dia lagi.
Antara chat yang aku jumpa, chat yang nombornya tak disave. Aku yakin yang nombor itu milik Ahmad, atau melainkan dia ada skandal lain.
Aku buka chat itu, scroll hingga atas sekali. Chat takda berborak apa apa. Mostly notification missed call atau video call.
Scroll punya scroll dan aku jumpa 1 video yang ‘forwarded’. Curiosity yang sangat tinggi, aku pun klik video tu.
Video itu adalah video orang sedang melakukan adegan intim. Tapi tanpa menunjukkan wajah pelaku.
Aku lajukan video itu, sampailah yang muncul ialah muka Zana. Ye, Zana wanita yang ada dalam video tersebut.
Awalnya aku fikirkan hanyalah fowarded video tapi milik entah siapa siapa. Rupanya Zana dan mungkin lelaki itu Ahmad.
Lokasinya seperti di dalam hotel hotel bajet sebab cadar putih + ambience bilik warna oren2.
Aku terkejut. Aku tak sangka Zana sanggup menggadai maruah diri sampai begitu.
Sampai hari ini, Zana tak tahu aku tahu berkenaan dengan video tu. Aku tak tahu nak kata apa. Aku diamkan sebab benda tu aib dia.
Zana adalah orang yang aku hormati, sayang malah aku anggap macam ahli keluarga aku sendiri. Lagi lagi pula dia lagi berusia dari aku.
Aku terpaksa rahsiakan perkara ini sebab aku tak rasa aku ialah orang yang patut untuk reveal kisah mereka di dunia nyata ini.
Jadi aku ambil langkah lain, share masalah aku di sini. Ye, aku rasa dah jadi masalah aku.
Pada yang tanya mana suami Zana, suami Zana dah kembali ke rahmatullah.
Sebelum ini suami Zana sakit sakit teruk. Mungkin perbuatan Zana sedikit sebanyak dipengaruhi dari kekurangan suaminya yang tidak mampu memberikan nafkah secukupnya buat dirinya. Wallahualam.
Tapi perbuatan ‘skandal’ Zana ni dah lama. Sebelum aruwah suaminya sakit lagi.
Malah hubungan dia dan Ahmad dah lebih dari 10 tahun aku jangka. Entah berapa kali mereka telah bersama sepanjang 10 tahun tu agaknya.
Paling robek hati aku sebenarnya kan, video tersebut dikongsi ke Zana lebih kurang 3 hari sebelum kematian aruwah suaminya.
Tapi walau macam mana pun, sewaktu suami Zana masih hidup, Zana jaga aruwah dengan baik.
Bawa pergi rawatan, jaga di hospital kalau warded. Cuma mungkin silap Zana di situ. Hanyut dengan nfsu dunia.
Zana datang dari keluarga baik baik. Malah dia isteri yang baik, anak, menantu, ibu serta kawan yang baik.
Aku jadi terdetik nak menulis di sini sebab aku tak sangka benda yang aku cuba nafikan sebenarnya memang dilakukan oleh Zana dan Ahmad.
Aku malu dan aku sedih. Aku tak sangka sampai begitu jauh dia dah pergi.
Aku diamkan selama ini sebab aku fikir mereka hanya kawan biasa tidak sampai ke tempat tidur. Tapi jangkaan ku meleset.
Aku takut 1 hari nanti jika lelaki tu bertindak bdoh untuk menyebarkan video tu jika Zana ingin putuskan hubungan. Maruah Zana dan keluarga akan dipijak pijak.
Sebenarnya panjang lagi rentetan dari cerita ini. Tapi aku berhenti dulu buat setakat ini.
Mana tahu ada kesempatan, aku sambung lagi kisah Zana dan dunia skandalnya.
Semoga perkongsian ini akan jadi pengajaran, dan kalau Zana ada terbaca confession ini, aku harap dia cepat cepat berpatah balik.
Aku tak sanggup dia hidup dalam murka Allah.
Sekian dulu sampai sini. Aku perlukan kata kata dari readers semua! TQ korang..
– Nurul
Reaksi Warganet
Princess Liyana –
Keluarga baik tak semestinya menghasilkan zuriat yang baik. Segan pula bila dikenangkan perangai kaum sendiri. Diguna bagai tandas awam.
Semoga mendapat hidayah.
Azian Adnan –
Apa yang Zana buat tu memang salah. Tapi u pernah tak tegur dia berdepan… Tanya dia betul betul, nasihat dia betul betul.
Maybe sebab takde siapa yang tegur buat dia makin hanyut. Kemudian bagi lah moral support supaya dia tak terus hanyut.
Ajak dia buat macam macam aktiviti sama sama supaya dia takde masa nak buat perkara tak senonoh tu.
Satu je teguran untuk awak, tak sepatutnya awak invaded her privacy by go through her whatsapp…
Agen Coway –
Ye Nurul, sekadar berkongsi. Dunia sekarang sangat sangat sakit…
Apa yang Nurul dedahkan itu, kalau nak tahu dah biasa berlaku di sekeliling kita.
Orang yang kita biasa jumpa, dengan tudung lengkap. Kalau pergi kenduri doa selamat siap berjubah berniqap, siang hari berkerja macam orang orang normal
Tetapi disebalik semua itu, ramai aje yang berperangai begitu, mostly “suka sama suka”.
Siap ada apps yang boleh download. Join. Cari yang “near me”. Laki tak perlu pon guna alasan outstation.
Takut risau dengan dunia sekarang….
Nur Nurzah –
Bile Nurul dah tau, semua tu dah jadi masalah bagi Nurul, sebab dikire bersubahat.
Mungkin Zana tu mula mula nak buat tempat meluah rase, kurang perhatian suami. Lama lama kesedapan pulak. Nauzubillahiminzalik..
Cuba carikan teman untuk dia kawin teros, kesian anak dia.
Seram bace. Mintak jauh dari ahli keluarga, anak dan keturunan kita…
Sumber – Nurul Yang Kecewa (Bukan nama sebenar) via IIUMC