Pulangkan D0mpet Berisi Ribuan Ringgit Walaupun Terdes4k PerIukan Duit Perubatan Anak, Kejujur4n Ayah Ini Datangkan Rezeki RM300K

Seorang bapa terdesak mencari duit untuk perubatan anak dan ditakdirkan menemui satu dompet yang tercicir di tepi jalan dan terkedu melihat isi dalamnya berisi duit bernilai ribuan ringgit. Lelaki ini bagaimanapun mengambil keputusan untuk mencari pemilik asal.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Meskipun terdesak memerlukan wang untuk pembedahan sum-sum tulang anak lelakinya, seorang bapa memulangkan dompet berisi wang tunai 20,000 yuan (RM12,100) ditemuinya di tepi jalan.

Namun, Tang Shaolong, dari Jining, Shandong tidak menyangka sikap jujurnya akhirnya membuahkan rezeki jauh lebih murah untuknya sekeluarga.

Tang memerlukan wang untuk membolehkan anak lelakinya berusia dua tahun yang menghidap sindrom hemofagositik menjalani pemindahan sum-sum tulang di sebuah hospital di Jinan, lapor South China Morning Post. Tang sudah membayar 200,000 yuan (RM121,400) namun jumlah itu masih belum mencukupi kerana kos operasi pemindahan itu berjumlah 400,000 yuan (RM242,900).

Lelaki itu menemui dompet di tepi jalan berisi wang tunai 20,000 yuan (RM12,100), kad bank, kad perniagaan dan lesen memandu ketika keluar dari hospital untuk membeli makanan anaknya.

“Sejujurnya, saya sangat gembira menemui wang begitu banyak. Saya fikir ia pemberian Tuhan yang mengetahui saya berasa risau kerana kekurangan wang untuk menyelamatkan nyawa anak saya dan ia mungkin membantu saya.

“Tetapi serentak itu saya terfikir, wang itu dijumpai berhampiran hospital dan mungkin simpanan seseorang yang amat memerlukannya,” kata Tang.

Tang kemudiannya memutuskan memulangkan dompet itu kepada pemiliknya seorang penanam sayur, Ding Yilong malah menolak menerima ganjaran wang tunai.

Justeru, Ding cuba membantu Tang membiayai pembedahan anaknya dengan mendermakan lobak hampir 200 tan untuk dijual.

Selepas cerita mengenai mereka muncul dalam akhbar Qilu Evening News pada hari Ahad dan sayur-sayuran mereka habis dijual menjelang Selasa. Hasil jualan lobak kira-kira 500,000 yuan (RM303,600) itu dapat menampung kos pemindahan sum-sum tulang anak Tang.

Memang betul orang kata, kalau kita berlaku jujur dan berbuat paik pada orang, maka kebaikan pasti akan datang balik kepada kita dikemudian hari.

SUmber: SG

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini