PlLU, Penyanyi Indo, Rina Gunawan m3ninggal dunia aklbat C0vid-19

JAKARTA – Penyanyi Indonesia, Rina Gunawan, 47, m3ninggal dunia selepas seminggu dir4wat di Un1t Rawatan Rapi (lCU) H0spital Pertamina Simprug, di sini, selepas mengalami gejala v1rus C0vid-19, semalam.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Bagaimanapun, punca kem4tian Rina atau nama sebenarnya Rina Mustikana Gumilang Gunawan belum disahk4n sama ada dia m3ninggal dunia disebabkan C0vid-19 atau peny4kit lain termasuk asma yang dihidapinya.

Suaminya, Teddy Syah berkata, isterinya memang sudah dimasukkan ke ICU sebelum ini, tetapi tidak mengetahui keadaan kesihatannya yang terbaru sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Ya, dia berada di ICU selama seminggu. Saya belum tahu keadaan terakhirnya sama ada sudah negatif atau masih positif (Covid-19),” katanya.

Menerusi perkongsian tangkap skrin penyanyi Ashanty mengenai perbualan terakhirnya bersama Rina, Allahyarham ada mengadu dia mengalami sesak nafas ketika ditahan di ICU.

“Saya di ICU sayang. Sudah hari keempat di hospital. Sesak,” demikian balasan mesej Rina kepada Ashanty.

Rina memulakan karier nyanyiannya pada 1995 dan menghasilkan album berjudul Yudi pada tahun sama.

Selepas itu, dia aktif sebagai penyampai TV serta terbabit dunia perniagaan. Antara program kelolaannya termasuk Campur-Campur dan Ruming.

Rina juga pernah membintangi beberapa sinetron termasuk Erte Erwe (Rumah Tangga Ruwet), Pat Pat Gulipat dan Mat Angin.

Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan Teddy pada 11 April 1999. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqshal Ilham Syafatullah dan Karnisya Rahmasyach.