PlLU, Khabar Duk4 Bintang Kilauan Ema$ 5, Hassan Idris mninggal dunia

BEKA$ pemain gitar utama dan pengas4s bersama kumpuIan The Strollers yang juga beka$ peserta Kilauan Ema$ musim kelim4 (KE5), Hassan Idris m3ninggal dunia pada usia 73 tahun di kediamannya di Seri Menanti, Negeri Sembilan sekitar jam 12 tengahari, semalam.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Kem4tian Hassan juga adalah yang ketiga membabitkan bek4s peserta KE5, selain Allahy4rham Hasbi dan Jack Zul yang dilap0rkan m3ninggal dunia sebelum ini.

Bagaimanapun, berita kematian Hassan ini disahkan oleh anak saudaranya Tunku Noor Khalilah yang juga seorang penggiat seni.

“Allahyarham tidak menunjukkan sebarang tanda sakit dan seorang yang suka mengemas halaman rumah. Pada paginya, dia sempat mesin rumput di sekitar rumah.

“Pada Ahad lalu, Allahyarham mengadu kurang sihat dan makcik saya (isterinya) beri dia makan Panadol. Pagi semalam, dia minta nak makan bubur lambuk kerana itu memang kegemarannya.

“Makcik masak bubur lambuk dan apabila dah siap dalam jam 12 tengahari, dia masuk ke bilik untuk kejutkan suaminya, tapi tiada tindak balas,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, petugas Klinik Kesihatan Seri Menanti yang tiba di rumah Allahyarham selepas itu, mengesahkan Hassan sudah meninggal dunia.

“Memang kami amat sedih kerana Allahyarham sangat baik dan disenangi dalam keluarga, saudara mara dan jiran tetangga.

“Setiap waktu solat, pakcik akan solat di Masjid Tuanku Munawir Seri Menanti. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Seri Menanti, selepas Asar,” katanya.

Sepanjang karier seninya, Hassan pernah merakamkan album bertajuk ‘Waiting Is…’ di bawah syarikat CBS. Malah, Allahyarham juga pernah merantau dan bermain muzik di Eropah.

Selain The Strollers, beliau juga adalah pengasas kumpulan Headwind. Apapun, kumpulan The Strollers yang ditubuhkan Hassan pada tahun 1965 pernah mendapat pengiktirafan sebagai ‘Band Pertama Pop Malaysia’ oleh Malaysia Book of Records.

Mereka adalah kumpulan pertama Malaysia dan satu-satunya yang menandatangani kontrak dengan label rakaman antarabangsa untuk mengeluarkan lagu-lagu Inggeris. – WB