PJJ dah 8 tahun. Hotel 5 star aku bawa, tapi hampa. Depan suami aku meraung. Rupanya ada rahsia suami simpan

 #Foto sekadar hiasan

Isteri Yang Diuji

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk warga pembaca dan terima kasih kerana telah menyiarkan kisah saya ini.

Sebelum nie saya hanyalah silent reader dan saya telah membaca bermacam macam kisah kehidupan orang lain yang boleh saya ambil ikhtibar dan pengajaran.

Walaubagaimanapun, saya juga tidak terlepas dengan ujian Allah SWT kepada saya.

Saya merupakan penjawat awam P&P dan telah berkhidmat di pantai timur beberapa bulan selepas saya berkahwin.

Dengan kata lainnya, hanya beberapa bulan sahaja sempat duduk bersama suami dan akhirnya kami PJJ atas persetujuan bersama.

Alhamdulillah, sepanjang 8 tahun kami PJJ, Allah memgurniakan kami 2 cahaya mata.

Saya berusia awal 30-an dan suami saya seorang pekerja swasta. Dan berulang alik sebulan skali berjumpa kami anak beranak selama 8 tahun ni.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, suami saya merupakan seorang suami yang baik.

Tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dia sebagai suami, solat lima waktu dan sentiasa menasihati saya untuk menjadi isteri yang menurut perintah allah dan taat kepada suami.

Setiap kali balik, dia akan memguruskan hal rumah tangga, menguruskan hal anak anak dan meminta saya untuk berehat sahaja.

Walaupun gaji suami saya sederhana, dia sentiasa berusaha memenuhi keperluan kami dan selebihnya saya tidak kisah untuk membantu suami.

Di sebalik kebahagian ini, Allah menguji saya dengan satu perkara. Suami saya telah mengabaikan nafkah batin saya selama hampir 4 tahun.

Selepas saya melahirkan anak yang kedua almost 4 tahun yang lepas sehingga sekarang suami saya mengabaikan tanggungjawab yang itu.

Para pembaca yang budiman, sudahla saya ni PJJ tetapi setiap kali balik, suami saya banyak menghabiskan masa dengan anak anak.

Tetapi bila waktu malam, dia menghabiskan masa menonton tv sehingga saya tertidur.

Sepanjang tempoh 4 tahun, bermacam macam cara yang saya lakukan termasuk saya bersiap dan berwangi wangian.

Tetapi hampa. Saya kecewa. Ada ketika saya yang mesej suami saya yang berada di ruang tamu, untuk masuk ke bilik. Sama.. Masih hampa.

Para pembaca sekalian, hati saya berkecamuk.

Mental saya sakit apabila sepanjang masa saya sibuk bekerja dan menguruskan anak anak tetapi saya tidak mendapat belaian dan hubungan kelamin dari suami saya apabila dia balik sebulan sekali.

Saya rasa tertekan.

Sesungguhnya saya manusia biasa yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai nfsu.

Kadang kadang saya tidak dapat tidur malam memikirkan masalah yang dihadapi saya.

Atas kekuatan yang ada saya berbincang dengan suami saya. Saya luahkan apa yang terbuku di hati saya dan saya ugut untuk mohon fasakh.

Tapi jawapannya sebab letih memandu dari barat ke timur menyebabkan dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawab yang itu.

Pembaca sekalian, walaupun diuji saya sentiasa berusaha dan cuba memahami.

Setiap kali outstation, saya memgajak suami saya bersama sama supaya dapat luang masa bersama.

Saya telah booking hotel 4 star dan 5 star yang selesa untuk kami. Tetapi masih hambar.. Bila di hotel, dia hanya tidur dan dingin dengan saya.

Selain itu, saya mencuba juga untuk memaklumkan kepada bapa mertua saya berkenaan perkara ini.

Tetapi, saya kecewa luahan saya itu, setakat itu sahaja dan bapa mertua saya tidak menasihati suami saya tentang perkara ini. Saya buntu…

Sehinggalah satu ketika, tahap kesabaran saya semakin memuncak. Saya sekali lagi cakap dengan suami saya, saya hendak failkan pencerraian kerana suami saya telah memgabaikan hak saya.

Kebetulan masa itu, saya outstation ke Putrajaya dan suami saya datang jumpa saya. Saya menangis saya meraung depan suami saya.

Masa itu, suami saya memeluk saya dan kami bermesraan. Dari situ saya dapat tau, suami saya ‘mti pucuk’.

Walaupun ujian ini berat untuk saya, sesungguhnya saya terbuka hati menerima ujian ini jika suami saya memaklumkan kepada saya dari awal.

Sebagai seorang isteri PJJ, di kepala saya bermacam benda yang negatif saya fikir.

Saya meminta suami saya untuk rujuk perkara ini di hospital dan ikhtiar rawatan tradisional. Dan sentiasa support suami saya.

Para pembaca yang dikasihi, selepas suami saya memdapat tahu saya menerima kekurangan dia, dia mengambil jalan mudah dan membiarkan masalah ini berlarutan sehingga sekarang.

Tidak ke hospital dan juga hanya sekali pergi berurut. Dan berpura pura bagai tiada apa yang berlaku.

Apa yang perlu saya buat lagi? Saya dah tak mampu bertahan lagi. Tapi saya akan cuba untuk memyelamatkan rumah tangga saya demi anak anak saya.

Anak anak saya masih kecil lagi dan mereka sangat rapat dengan ayah mereka. Bila memikirkan anak anak saya buntu..

Adakah pencerraian ini jalan yang terbaik. Bantulah saya.

Terima Kasih.

Reaksi Warganet

Ain Marjono –
Bab macam ni, kaum L biasa memang malu nak berubat. Sanggup dera perasaan pasangan daripada jumpa yang pakar.

Tah la puan, ikutkn dah boleh mohon fasakh sebab pengabaian nafkah batin.

Tapi, adakah akan settle masalah? Puan nak berkahwin lain ke selepas ni untuk dapatkan yang satu tu?

Fikir dalam dalam, try jumpa kaunselor rumahtangga. Semoga di beri jalan yang baik untuk puan dan suami

Tinn Wenna –
Sebab anak bukan?. Kalau bercerrai, nama ayah tetap tak berubah dalam sijil lahir.

Tetaplah ayah menjadi pemberi nafkah, tetap dia juga yang menjadi wali kepada anak anak. Penceraian tak mengubah hubungan dan kasih sayang antara anak dan ayah.

Fikirlah masak masak puan. 4 tahun bukan sekejap. Puan nak sambung menderita untuk 10 tahun lagi? 20 tahun lagi?

Saya tak nampak suami puan pentingkan puan melainkn pentingkan ego diri dia semata mata.

Rina Sulaiman –
Kesiannya. Puan istikharah minta dengan Allah petunjuk.

Saya risau lambat laun puan akan tersasar. Bab nfsu jangan ambil mudah. Iblis sentiasa mencari peluang. Lebih baik lakukan sesuatu demi kebaikan bersama.

Moga Allah permudahkan segala urusan yang terbaik buat puan sekeluarga. Mungkin suami puan ada diabetes tak terkawal. Mulakan dengan ujian kesihatan.

Nor Ariffin –
Jika nanti boleh menjadi tekanan mental, saya harap puan berfikir banyak kali, berbaloikah untuk teruskan perkahwinan.

Sebab itu dalam Islam disebut nafkah zahir dan batin. Bila tiada nafkah dari segi batin contohnya s3ks yang dihalalkan maka itu tanda tidak berdosa puan memohon untuk dicerraikan.

Puan fikir masak masak dan buatlah keputusan untuk kebaikan diri puan. Saya takut satu ketika nanti puan menghadapi masalah mental.

Nora Osman –
Memang problem besar juga ni. Tapi, dengan bercerrai, adakah tt nak kahwin lain untuk masalah besar tersebut?

Suami mti pucuk ni pun 1hal. Ikhtiarlah cara lain untuk batin si isteri. Belaian kasih, belaian harian, pelukan, ciuman semua tu sangat sangat menjadi KEPERLUAN WAJIB jika ‘pist0l’ anda dah hilang.

Untuk tt, bolehla tuliskan kebaikan dan keburukan bercerrai. Selain banyakkan bertahajjud. Smoga rohani, jiwa dan raga menjadi aman tenteram.

Cuba renungkan lebih jauh tentang apa yang puan telah miliki – yang mnjadi dambaan ramai lagi wanita diluar sana, iaitu (SEORANG SUAMI PENYAYANG + RAJIN + SOLAT) dan anak anak.

Ketahuilah yang sengsara itu adalah UJIAN Allah buat meninggikan darjat tt.

Jika mengurus anak anak sendirian dan bekrja tidak cukup meletihkan puan hingga rasa sangat perlukan hubungan kelamin, bolehla join mana mana NGO yang memerlukan sumbangan tenaga.

Atau create aktiviti bersama anak anak dhujung minggu agar tiada masa rehat yang lama. (Percayalah, wanita bz ni biasa akan stabil tanpa hubungan kelamin bila umur dah 45tahun keatas).

Noormarina Mohamad –
Kalau isteri yang alami masalah macam ni, suami cepat jer buat alasan nak kahwin lain…

Tapi kalau isteri yang menderita diminta bersabarlahhh.

Keperluan batin ini WAJIB.. DALAM TAKLIK SEMASA AKAD NIKAH ADA DISEBUTKAN… JATUH TALAK JIKA TIDAK MENAFKAHI BATIN ISTERI DLM TEMPOH 4 BULAN KECUALI ISTERI REDHA..

Sumber – Bella B (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *