Pelikk bila Kesemua adik2 ayah aku jatuh s4kit tiba2 takda nfsu makan.Rupanya ini balasan atas prbuatan mereka juga.

Salam semua, aku Anis ni aku terdetik nak berkongsi cerita tentang keluarga aku yang ada kena mengena dgb kehidupan sekarang supaya ia dapat dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua.

Yang mana ingin share, amat dialukan supaya lebih ramai yang sedar. Hal yang terjadi ialah perebutan harta yang terjadi dalam kalangan adik-adik ayah aku.

Ayah aku anak sulong dan dia antara orang pertama yang buka kawasan kampung aku sekarang ni. Sebelum terlupa kampung kami ni kawasan Kluang, Johor. Tak perlu aku detailkan kwsan kampung, nnt confirm korang dapat teka kan.

Jadi masa dulu siapa yang kuat kudratnya menebas hutan untuk dijadikan hak maka banyak la tanah yang diperolehi sebagai harta.

Sebagai ank sulung ayah bnyk bantu datuk untuk meluaskan kawasan. Semua tanah yang diperoleh diletakkan atas nama Tok Wan aku (Datuk).

Orang lama mesti tahu sistem yg digunakan ni. Kalau orang budak sekarang tanah2 sekarang adalah lebih dikenali sebgai harta turun temurun.

Time ayah buka tanah dulu, adik-adik ayah aku masih kecil. Ayah aku adalah tunggak utama pembantu mecari rezeki sekeluarga. Dari hal rumah sampai la membesarkan dan belanja perkahwinan adik-adik dia ayah aku tanggung.

Adik adik ayah atau pakcik dan makcik aku ni berpelajaran tinggi. Semua berjaya masuk ke Universiti dan memilik ijazah dalam bidang masing2.

Usaha dan titik peluh ayah la yg membantu mereka dari segi perbelnjaan sehingga mereka menjadi orang yg berjawatan dan mempunyai gaji berpuluhan ribu ringgit setiap bulan.

Kemuncaknya ayah aku banyak berjasa tapi bila tiba pembahagian harta ayah aku mengalah dan langsung tak ambil tanah yang dia usahakan.

Diberi semua kepada adik-adik dia. Ayah aku cuma ambil tanah di kampung jiran yang telah disewa kepada kerajaan dan dapat duit bulanan yang tak seberapa.

Adik adik ayah cakap apa yg ayah dapat tu free, kalau mereka da besar time tu pun, pasti mereka akan buat mcm mana ayah aku buat.

Mereka beriya riya nak kan semua tanah tu, mereka bolot semua. Hati dan perasaan ayah aku disisihkan. Adik2 lebih pentingkan diri sendiri.

Walau mcm mana sekali pun, di atas geran sah-sah atas nama ayah aku dan mak aku sebagai penama. Tapi cerita bermula bila ayah aku meningal 9 tahun yang lepas.

Adik-adik ayah aku paksa mak aku yang masih dalam edah untuk ke pejabat kerajaan dan menyerah satu-satunya tanah hak milik ayah aku.

Kalau ikut kiraan mereka da dapat semua hak tanah mereka. Macam-macam yang diperkatakan dan diperlakukan.

Jadi selepas edah mak aku pergi ke pejabat kerajaan tu dan sign serah hak milik kepada mereka. Disini kami mengalah asalkan ayah aku aman disana.

Yang peliknya, mereka tak sewakan tanah tu atau utk dimajukan. Tapi mereka jual kesemua tanah tersebut dengan alasan ni tanah kampung.

Kalau diusahakan ia merugikan mereka. So, mereka ambil kata sepakat untk jual kesemua tanah tu lebih kurang RM500K.

Bunyi memang banyak sangat mereka kaut keuntungan dari hasil titik peluh ayah aku, tapi 1 sen pon family aku tak rasa duit dari jualan tanah tersebut.

Mereka siap tukar kereta, bermewah mewahan dengan keluarga masing2. Family aku? Makan nasi lauk kicap je hari2.

2 tahun kemudian, mungkin duit da habis, mreka datang lagi jumpa mak aku pula kali ni. Mungkin time tu mereka terdesak.

Mereka rebutkan pulak tanah yang kami duduki yang sah-sah diatas geran ada nama mak aku. Sedih kot time ni.. Kami dilayan seperti kucing kurap.. Anak2 buah yang selekeh ni tak dipandang langsung.

Sebenarnya tanah yg kami duduki sekarang pemberian Tok aku (Mak kepada mak aku) kepada mak aku.

Macam-macam dic4cinya kami. Tapi mereka tak berjaya sebab orang-orang kampung dan saudara-mara jauh menyebelahi kami.

Masa tu mak aku dengan abang aku yang keempat hampir nak mengalah dan beri tanah tu kepada mereka.

Nasib ada abang aku yang ke tiga tegas dan berjaya mempertahankan tanah yang kami duduki. Sekali lagi disini kami hampir mengalah dan tidak berkata apa.

Mereka siap nk upah peguam lagi untuk rampas tanah yg kami duduk sekarang. Nak peras ugut kami jangan biarkan orang luar masuk campur hal ini.

Sedangkan mereka yg ambil upah peguam nk ambil tanah ni. Mana belas kasihan mereka dekat kami? Adik adik ayah jadi kabur dengan duit. Nila dan kasih sayang keluarga diketepikan.

Kami langsung tidak mendoakan keburukan kepada mereka walaupun kami tahu doa orang teraniiaya tu makbul.

Kami sentiasa bermanis muka walaupun mereka sudah buang kami sebagai sebahagian dari mereka.

Dan alhamdullilah tanah tu masih milik kami sampai lah skarang. Tapi Allah tu Maha Melihat dan Maha Mengetahui, macam ayat diatas.

“berhati-hati dengan diamnya orang yang kamu s4kiti, jika dia tidak berkata/melakukan apa-apa, Allah yang akan melakukannya”.

Nak dijadikan cerita selepas bertahun-tahun mereka bahagia menikmati harta yang bukan milik mereka malah milik ank y4tim sebab masa tu aku masih lagi bawah 18 tahun, akhirnya Allah turunkan ujian pada mereka sejak tahun lepas, 2018.

Allah tarik nikmat makan mereka. Kesemua adik-adik ayah aku jatuh skit bermula dengan tiada nfsu untuk makan. Kemudian jika mereka jamah sedikit makanan, mereka akan sakit sehingga masuk hospital.

Tahun ni ada antara anak-anak mereka pun dapat ujian yang sama. Ada antara mereka yang sanggup tuduh kami telah s1hirkan mereka, hantar sntau dekat ahli keluarga mereka.

Nauuzubillah, walaupun kami tidak berharta, tapi arwh ayah da bg didikan yg terbaik bg kami.

Kami masih kenal mana baik dan bruk, mana syrik, mana dosa dan pahala. Bukan kami yg hantar, tapi ini adalah balasan Allah….

Mereka berhabis duit pergi berubat jumpa b0moh sana sini, jumpa ustaz minta penawar tapi hasilnya mereka tetap skit dan tiada nfsu untuk makan seperti dulu.

Mereka rampas hak kami, Allah pula rampas kembali dengan memberi ujian kesihatan kepada mereka.

Bagi aku penawarnya hanya satu iaitu bertaubat dari makan harta anak yatim dan kembali harmoni dengan kami seperti dulu. Bertaubat.. bertaubat dan bertaubat.

Itulah penawarnya. Tapi mereka masih buta, masih belum nampak yg hak dan batil. Semoga mereka diberikan kesedaran sblm terlmbat.

Kami yang dirampas haknya, Alhamdulillah Ya Allah, Engkau masih memberi nikmat kesihatan yang baik walaupun hidup tidak berharta.

Tujuan aku menulis bukan untuk membuka aib atau membangga diri, tujuan aku cuma untuk menasihati pembaca sekalian, ingatlah jika ada yang menyakiti anda, redhalah kerana Allah Maha Melihat dan Maha Berkuasa.

Tidak perlulah kita berd3ndam kerana Allah tahu “melakukan kerjaNya”. Kita sebagai hamba perlu lah banyak mensyukuri nikmat yang dikurniakanNya. Nikmay yg sementara ini. Bukan kekal selamanya.

Nota: Kaitan ujian yang Allah turunkan pada mereka dengan perbuatan mereka kepada kami hanyalah pada pemerhatian aku. Mungkin ujian yang Allah beri ada asbabnya yang lain.

Kredit: keluargabahagia

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini