Pelik family mertua. Kaki sakau. Pantang tinggal mesti lesap. Datang rumah aku, minta baju. Kata tiada, dlaam almari dia nak check

 

Foto sekadar hiasan

Baju Free

Hai semua, assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Nama aku Jonet.

Macam biasa la, aku tak boleh nak komplen lebih lebih dengan suami aku pasal keluarga dia.

Aku cerita surface je, selebihnya aku cerita dekat sini.

Aku bukan kedekut, tapi sikap pemurah aku ni rasanya dah habis. Hahahaha.

Keluarga suami aku ni suka sakau baju baju aku dan anak aku. Aku ni bukanlah berduit sangat sampai semua benda nak ambik free.

Lepas pinjam tu kalau dipulangkan balik tak apa jugak. Tapi biasanya, baju baju tu akan hilang terus dari radar.

Aku ada dua kakak ipar. Adik ipar ada lima — Badar, Basir, Munah, Tipah, Tijah.

Kes pertama, masa baru kahwin dulu, aku akan standby baju dekat rumah mentua (dalam gerobok bilik suami), supaya memudahkan aku bila bermalam dekat sana.

Tapi bila kitorang dah kahwin, si Tipah hijack bilik suami. Baju baju aku dia akan pakai masa aku tak ada.

Bengang jugak la aku, tapi aku senyap je sebab baru kahwin kan. Konon konon jaga hati lagi.

Kes kedua, Munah suka sailang barang orang. Aku ni jual tudung, si Tijah beli dua tiga helai tudung aku.

Yang si Tijah ni memang tak ngam dengan Munah ni.

Masa si Tijah ni dekat luar kawasan, aku terpaksa tinggalkan tudung tu dalam bilik Tijah.

Tapi Munah ni pakai tudung tu tanpa mintak izin Tijah.

Aku tau sebab si Munah pergi wasap aku bagi gambar dia pakai tudung Tijah. Dia kata, “akak, kita pinjam tudung Tijah, kita dah bagitau dia”.

Dalam masa yang sama, Tijah pun wasap aku tanya “kak, Munah pakai tudung kita ke? Dia upload story”.

Rupanya dia tak bagitau Tijah dia nak pinjam. Tijah suruh aku ambik balik tudung tu dan bawak balik ke rumah aku dulu.

Si Munah pulang tudung tu tak berbasuh ya. Dia masukkan terus dalam plastik dengan bau kepam tu, letak balik dalam bilik Tijah konon konon masih baru.

Si Munah ni badan besar, memang bau busuk habis tudung tu. Berhangin je aku. Masa ni pun aku diam lagi, malas nak gaduh.

Yang ketiga, kakak kakak ipar dan adik adik ipar aku kalau datang bermalam dekat rumah aku, mesti dia tak bawak baju.

Diorang akan suruh anak anak dia mintak baju dekat aku.

Bukan aku kedekut ya, aku pernah bagi anak anak dia tiga plastik besar baju dan seluar, sebab aku nak clear kan gerobok aku.

Tapi bila setiap kali datang asyik nak mintak lagi baju, pening jugak dibuatnya. Datang pun agak kerap jugak.

Bila aku cakap takde, anak dia akan push aku suruh bukak gerobok, dia nak tengok sendiri.

Bila dah selalu sangat mintak, aku cakap “kenapa tak bawak baju? Dah, tak payah mandi. Kalau nak mandi, pakai baju tu balik”.

Kalini aku dah malas nak layankan perangai gitu. Jahat kan aku? Kikiki.

Adik ipar aku pun sama. Datang rumah aku, nak mandi takde baju. Spender pun tak bawak, tapi period. Pakai bawak balik rumah mentua.

Lepastu bila aku mintak (sebab nak pakai masa dekat rumah mentua), dia kata “tak tau mak kemas kemas masuk plastik besar”. Aigooo.

Kalau baju diorang tertinggal, aku sedaya upaya basuh dan pulang. Tapi kenapa diorang tak boleh buat benda yang sama pada barang aku?

Baru baru ni, pekerja pekerja warga asing bapak mentua aku tak ada baju. Mak mentua aku suruh mintak dekat aku.

Masalahnya, rumah aku ni bukan welfare. Yang ada pun baju aku je, baju suami aku memang tak ada baju terpakai.

Aku jawab je “baju lelaki takde. Kalau nak, pergi cari dekat dalam gerobok bilik rumah mak, baju abang yang dah tak muat semua dalam tu”. Hahaha pandai pandai la ko carik.

Belum lagi kalau ada ahli keluarga yang masuk hospital. Tak ada kain batik, tak ada telekung, tak ada seluar tracksuit, semua nak pinjam aku dan suami.

Padahal boleh je kirim dengan orang yang duduk serumah dengan dia, hari hari diorang datang melawat.

Mak mentua aku berlambak kain batik. Lepastu bila dah discharge, automatik hilang ingatan. Terus claim barang tu dia punya, selamba pakai depan kita sampai bertahun tahun. Adeh.

Sudahnya sekarang, aku dah tak tinggal langsung apa apa barang aku hatta sehelai seluar dalam sekalipun. Sebab aku tau memang akan hilang.

Puas mak mentua dan kakak ipar pesan suruh tinggal baju sikit supaya senang, tapi aku buat tak tau je.

Rela aku bawak beg setiap kali balik rumah mentua walaupun rumah dekat.

Kalau ada baju yang tertinggal, aku akan call adik ipar suruh simpankan. Next time balik aku akan ambik.

Aku bising ni bukan bermaksud aku berkira dengan diorang, aku belanja jugak kadang kadang.

Tapi barang kesayangan orang, jangan lah tak pulang.

Kadang yang anak anak dia pakai tu baju favourite anak kita, takkan kita pulak asyik nak beli baju baru.

Jaga barang orang macam mana kita nak orang jaga barang kita.

Kita nak mintak banyak kali pun naik segan, nanti dia kata kita berkira dengan family pulak.

Padahal masing masing punya pendapatan lagi banyak dari aku dan suami. Tapi tak tau la, mungkin dah tabiat dari dulu sebegitu.

Entah siapa yang salah, ku tak tahu…

Reaksi Warganet

Azura Soraya AH –
Rasa nak like 1000000x cite TT ni. Sebab dah penah duduk dalam situasi ni dulu dulu.

Ya Allah.. Makan hati weiii… Nak terus terang kang takut jadi gaduh.

Tapi tak semua orang ada common sense. Jadi bertabah aje la. Huhu

Mell Mell –
Samala. Saya pun mula mula kawin tinggalkan 2,3 pasang baju dan tuala mandi. Tuala tu kan tebal nak masuk beg.

Bila balik nak guna dah kepam. Last last hilang terus. Tu last saya letak kat kampung.

Sekarang menantu buat macamtu. Tak de sape nak guna barang dia. Dia pulak yang selalu guna telekung saya baju atau tudung bila nak gi kenduri.

Ada orang nampak barang orang lain lebih cantik dan bagus dari barang dia sendiri. Tu sebab suka pakai orang punya.

Na Rai NA –
Saya dari kecik body tak sama saiz dengan siblings. So memang tak pernah dan tak reti share kain baju dengan orang. Kita jaga kain baju kita sendiri.

Suatu masa, ada sorang ni tiba tiba jadi sama saiz la pulak. Selalu nak pinjam baju kurung saya.

Saya kureng siket. Sebab nanti lekat bau dia. Dah basuh pun baju tu dah tak sama bau macam biasa (pelik kan…haha).

Ada sekali tu, saya takde dekat rumah, dia nak sebat pakai baju kurung saya tanpa bagitau. Mudah dia nak ambik sebab ada dalam bakul kain-to-iron saya.

Beberapa hari lepas tu, saya lambat nak pergi keje. Kelam kabut bangun iron skali tengok berlubang bekas iron hangus daa.

Bila saya tanya, baru dia cakap dia ada pinjam hari tu. Tapi dah terbuat lubang, dia pun main letak balik je dalam bakul. Denggg.

Lps tu memang saya bagi warning, jangan pinjam kain baju saya lagi. Nak kata kedekut? Lantak

Hazwani Mohd Dah –
Sis, untuk semua masalah deal dengan manusia aneh dalam dunia ni, ini je solution dia.

1) Wajib tegas! Tegas bukan maksudnya garang; tapi jelas pertahankan hak kita.

2) Wajib sayang diri dan protect keluarga sendiri. Rumah kita, jangan sesuka hati biar orang luar, hatta keluarga yang aneh ni masuk.

Apa masalah anak dia nak tengok almari kita? Amboi perangai sangat.

Next time dia nak datang, cakap je tak boleh.

Sumber – Jonet (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *