PeIik Ank ngadu bdan gataI2 bila kat umah mertua. Bekas njis kucinng, dibiar tepi dapur rupanya

Foto sekadar hiasan. Saya seorang wanita sederhana berasal dari kampung dan berkahwin dengan seorang lelaki bandar.

Sebelum berkahwin, saya pernah ke rumah bakal suami untuk berkenalan dengan ahli keluarganya. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tidak lama kemudian kami pun berkahwin. Ketika datang ke rumah tersebut, saya lihat rumah mereka bersih dan kemas.

Selepas beberapa bulan berkahwin, lama kelamaan saya perasan keadaan rumah keluarga suami bertukar kepada bersepah dan tidak berkemas. Sebagai contoh, baju kotor dibiarkan di celah celah tangga, alatan memasak ditinggalkan lama tidak berbasuh di dalam sinki, tandas berlumut dan kuning.

Yang paling saya terkejut, ulat ulat sampah bersepah dekat kawasan tong sampah kerana mereka tidak buang sampah selama beberapa hari. Saya bertanya kepada suami, kenapa jadi sampai macam ni. Suami hanya diam dan tiada jawapan.

Untuk pengetahuan, saya tinggal berasingan dengan keluarga mertua tetapi rumah saya sangat dekat dengan mereka. Jadi, seminggu sekali saya dan suami akan datang melawat.
Pada awal nya, saya ambil inisiatif sendiri dengan tolong kemas ruang tamu, dapur dan cuci t4ndas. Malang nya, pagi saya kemas, petang sudah bersepah semula.

Lama kelamaan saya jadi strss dan bengang dengan ahli keluarga suami. Saya bukan lah terlalu pengemas dan pembersih, tapi cukup lah nampak sedap mata memandang. Contoh nya, atas meja bersepah dengan botol air, pinggan kotor, majalah, plastik makanan yang telah kosong. Saya kemas dan susun sebelah pagi, petang mesti dah berselerak semula.

Kadang kadang, saya tolong lipat baju adik beradik suami, saya datang semula 2,3 hari baju masih lagi di tempat yang sama. Paling saya tak tahan, salah seorang adik beradik suami ada membela kucinng. Tetapi, dibiarkan t4hi kucinng sampai kering dan penuh bekas t4hi kucinng.

Boleh bayangkan bau tahi kucinng tu macam mana. Ada dalam 15 ekor kucinng di bela di luar rumah (dalam cage) dan 3 ekor kucinng dalam rumah. Paling saya tak tahan, dalam rumah bekas t4hi kucinng diletakkan di dapur sebelah tempat memasak.

Bayangkan kita nak masak kat dapur, sebelah ada bekas t4hi kucinng yang penuh dengan tahi. Siksa nya saya AIIah yang tahu. Dan tak ada siapa yang tegur. Saya jadi buntu fikir, tak ada ke orang dalam rumah ni yang bau tahi kucinng ni?

Awal awal, saya tak tahan saya tolong buang tahi kucing tapi lama kelamaan saya tengok mereka seperti buat tak kisah. Jadi saya ambil keputusan untuk biar kan saje. Jika masuk ke bilik masing masing, saya hanya akan istighfar dalam hati. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, perkara ini masih belum selesai.

Kini saya sudah pon mempunyai 2 orang cahaya mata. Saya selalu mengajar anak anak untuk menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
Pernah anak saya yang sulung bertanya kepada saya, “mama kenapa rumah nenek bersepah dan busok? Kakak tak selesa mama”. Saya diam dan hanya memberi senyuman nipis kepada nya.

Jawapan apa yang saya nak berikan kerana apa yang saya ajar, tak sama dengan apa yang dia lihat di rumah nenek nya? Sya pernah menegur suami tentang keadaan rumah kluarga nya,tapi jawapan suami adalah mereka dah terbiasa hidup begitu.

Tetapi apa yang manghairan kan saya, apabila keluar rumah, masing masing nampak sangat bergaya dan kemas. Langsung tak mencerminkan diri mereka apabila dirumah. Setiap kali suami ajak datang ke sana saya jadi dilema dan strss. Strss sebab saya kena hadap bau dan suasana rumah yang kotor dan bersepah.

Belum cerita lagi anak anak akan kena gatal gatal bila balik dari sana. Keluarga mertua saya sangat baik terhadap saya dan anak anak. Saya cuma buntu dan tertekan dengan masalah kebersihan dan perangai buat tak tahu mereka. Apa yang patut saya buat? Kredit edisimedia.

Reaksi Warganet

Faten Fadhlil Amin – Pada pendapat saya, untuk menghilangkan rasa stress dan serabut tu, TT kena terima yang ada orang hidup dah biasa macam tu and dah susah untuk kita ubah. Jadinya kalau TT nak tolong kemas, tolong jelah. Tapi buat setara yang mampu. Jangan strss2 pening hal orang kalau orang tu sendiri taknak ubah.

Untuk hal anak tu, teruskan saja didik anak jadi pembersih. And ajar juga anak, biarlah orang lain nak kotor pun, yang penting kita jaga tempat kita. And kita nasihat mana boleh je ok. Alhamdulillah keluarga mertua TT baik layanan, jadi jangan strss lebih lebih. Fokus kepada baik mereka daripada kekurangan mereka.

Zulhilmi Jol Hassan –Hi confessor. Dulu masa saya kecik, balik kampung mandi sungai kan, sungai tu cetek jer, saya dengan adik buat macam tembok pasir untuk bagi air sungai bertakung supaya jadi dalam.

Tapi bertahan sekejap saja sebab aliran sungai tu akan tetap runtuhkan tembok pasir tu.

Sama juga dengan situasi awak. Awak boleh tolong kemaskan rumah mak mentua, tapi akan tetap bersepah juga kemudian. Sebab apa?

Usaha awak kemas ibarat tembok pasir yang di bina, perangai pengotor mereka pula adalah aliran sungai yang runtuh tembok pasir tu.

Jadinya kalau keluarga mentua tak nak ubah diri mereka ke arah lebih baik, suami pula diam seribu batu tak nak nasihat keluarga sendiri, selagi tu mereka akan teruskan buruk mereka.

Mereka dah selesa jadi pengotor agaknya.Kita akan jadi stress apabila kita tak boleh ubah perkara di luar kawalan kita.

Jadi, my advice to you, kalau awak strss sangat cakap dengan suami supaya nasihatkan lah keluarga.

Jika tak jalan juga, awak kurangkan balik ke rumah mentua, mungkin sebulan 2 kali instead of seminggu sekali.

Ini untuk kurangkan strss awak, takdalah hadap benda yang strss kan awak setiap minggu. Mungkin suami adalah terdetik,

“kesian bini aku strss setiap minggu, takpelah aku nasihatkan keluarga aku, takpelah aku tolong kemaskan rumah mak ni Sementara aku dah balik ni, takpelah kurangkan balik pun okay agaknya, musim c0vid19 pun tak reda, 2025 baru reda kutttt, risiko kena pikir jugak ni”. Haha.

Terpulang ya confessor, moga dipermudahkan.

Fazidah Abdul Kadir – Buat tak nampak je. Kedua, Singgah kejap kejap dan yg ketiga
buatkan tempat lepak kat luar, kalau pergi rumah diorg duduk dekat luar macam berkelah. Tak payah masuk dalam. Belikan air Dan makanan siap siap. Boleh jugak bawak bekas sendiri dari rumah Dan kemas bawak balik basuh di rumah sendiri

Nuru Izyan Abdul Hamid –Memandangkan tak dok sekali, so takda issue sangat la. Susah nak ubah mentaliti pengotor ni,depa dah trbiasa.

Tiap2 kali balik tu, buat taktau sudah (pejamkan mata dan lihat saja semua kkotoron tu). Buat bdoh sudah.

Tak payah nak jadi menantu baik sangat nak tolong cuci dan kemas semua tu. Asalkan rumah sendiri terjaga sudah. Didiklah anak anak untuk kemas dan pembersih. Tu paling penting

Cik Puan –Saya pernah kemas rumah family mentua (kemas bahagian dapur). Kebetulan masa tu saya dan suami cuti, biasa lepas blik kg saya kami akan bermalam sehari dua kat rumah family in law sebelum balik ke rumah sendiri (tak jauh, dalam 40 minit perjalanan dari rumah mentua).

Even tak bersepah sangat coz yang stay kat rumah tu hanya FIL dan MIL (aruwah) tapi saya rimas tengok kabinet dapur yg berhabuk dan penuh dengan bekas/ub4t ub4t dan makanan kering tak tersusun.

Sehari suntuk saya kemas. Kalau tak silap masa tu FIL/MIL takde kat rumah pergi kenduri.

So saya ambil kesempatan tu untuk mengemas apa yang patut sementelah saya menantu perempuan tunggal dalam family in law. Kakak ipar dan adik ipar stay asing coz kerja jauh dari rumah family dia orang.

Beria saya kemas, betul betul buat macam rumah sendiri. End up lepas MIL balik, dia terkejut tengok dapur dia dah kemas dan bersih tapi yang saya tak sangka MIL cakap tak payah susah susah kemas.

Siap tanya saya alih kan ke tak kedudukan asal barang2 atas kabinet tu? Saya cakap, barang barang tu still ada kat tempat yang sama.

Cuma saya alih kan kejap sebab nak lap habuk dab najis tikus kat blkg kabinet tu. Tapi nampak lah riak wajah MIL macam tak selesa coz saya ‘rajin’ kemas dapur dia. Dalam hati saya masa tu..”ni kalau mama aku, mau senyum seminggu bila aku rajin nak kemas rumah especially kitchen area.

Ingat ramai ke nak volunteer kemas dapur yg bersepah siap mop lantai dapur lagi”. Kalau takde mood dab takde kerajinan mmg tak lah nak susah payah kemas benda renyah macam tu (kat rumah orang) then tu 1st dan last sy kemas beria dekat rumah family in law.

Malas nak memandai dan terlebih rajin kat rumah orang kalau orang tak suruh.

Sumber – Shima (Bukan nama sebenar) via IIUMC. Kredit edisimedia.

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini