Foto sekadar hiasan
Padah Tak Pandai Memasak Dan Tak Pandai Ambil Hati Mentua
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku Anne dan sudah 3 tahun berkahwin. Aku boleh buat semua kerja rumah, kecuali memasak.
Terus terang aku katakan bahawa aku TAK suka memasak. Tak suka tu bukan bermaksud tak boleh. Aku boleh memasak.
Cuma, aku tak suka spend berjam jam di dapur dan kebanyakkan rasa bagi masakan aku tak konsisten.
Kadang kala kuah tercair, termanis, kuah lauk pekat sangat dsb. Kadang kadang tu sedap sangat pula. Hahaha.
Bapak aku ajar aku memasak seawal 16 tahun lagi. Selepas SPM memang aku akan masak untuk keluarga pada setiap hari.
Cuma, aku takkan memasak untuk orang lain kecuali diri sendiri, suami dan keluarga aku.
Aku malu. Aku tak suka dengar kritikan mengenai masakan kerana itu cooking is not my passion.
Suami aku pun dah sedia maklum yang aku memang tak nak memasak, selain di rumah kami dan family aku sahaja.
Bila dah berkahwin, aku memang akan memasak setiap hari untuk suami. Cuma, apabila berada di rumah mertua, aku takkan memasak. Aku hanya membantu sahaja.
Aku tak nak dengar sesiapa sahaja mengkritik mengenai masakan aku. Nanti tersebar cerita ke sedara mara yang lain.
Biras aku dah pernah kena. Pernah sekali sewaktu aku membantu MIL potong bawang, MIL cerita yang biras aku ambil masa 3 jam untuk masak kari ikan.
Bagi aku 3 jam tu memang lama sangat. Tapi, perlu ke MIL cerita dekat aku?
Kalau biras aku dengar mesti dia malu. Aku senyum jela bila dengar MIL aku cerita.
Sebulan lepas, aku outstation. Husband aku balik ke kampung seorang diri. Adik beradik dia yang lain semua ada.
Tak tahu macam mana, terbuka topik pasal aku. Adik lelaki suami tanya suami aku, sama ada aku selalu masak atau kami selalu makan di luar?
Suami aku cakap kadang kala makan luar. Tapi kebanyakkannya aku akan masak.
Mereka ingat aku tak pernah masak langsung sebab di rumah mereka tengok aku hanya tolong potong potong bawang, blend bahan kering. Yang selebihnya biras atau MIL yang akan masak.
Lepas tu, mereka tanya suami aku sama ada boleh tak mereka nak request aku masak for whole family nanti. Teringin nak rasa kata mereka.
Suami aku bersetuju.
Selang beberapa hari, suami aku cerita semula kepada aku. Aku tak tahu kenapa aku naik hantu ketika itu.
Aku rasa kecewa sangat yang suami aku decide sendiri tanpa bertanya kepada aku dahulu. Atau pun boleh je suami aku terus reject, memandangkan dia dah tahu apa yang aku tak suka.
Tak tahu lah kenapa aku kecewa sangat. Kami bertengkar walaupun hanya disebabkan isu ni.
Disebabkan isu ni, muncul pula ketidakpuas hati dari suami. Aku dituduh kerana ‘tak berkahwin’ sekali dengan familynya.
Pada hari kejadian, aku luahkan apa yang terbuku di hati aku. Mereka ramai adik beradik, kenapa nak harapkan ipar duai mereka yang tolong semua tu.
Kerja rumah, memasak, mereka adik beradik lah kena lebih membantu. Tak kisah lah semua adik beradik lelaki sekalipun, nak harapkan semua kerja perempuan yang buat?
Di rumah sendiri perempuan buat. Di rumah in law perempuan buat. Di rumah family sendiri pun nak harapkan perempuan buat kerja rumah?
Apa pendapat jejaka dan mertua sekalian? Memang korang terlampau kisah dan terasa kalau si perempuan (lebih lebih lagi menantu dan in law) tak tolong buat kerja rumah?
Sejujurnya aku dah luahkan dekat suami yang aku penat sangat mental dan fizikal. Isnin-Jumaat routine yang sama.
Kerja, memasak, buat house chores. Sabtu – ahad balik kampung dan perlu turun padang.
Aku mengajak suami untuk balik kampung maksimum 2 kali sebulan sahaja ke kampung.
Aku nak rehat dan boleh jimat perbelanjaan bulanan. Minyak, tol, nak belanja makan lagi.
Boleh pulak suami aku cakap aku tak ambil berat perihal keluarganya sebab aku enggan untuk balik kampung setiap minggu.
Aku pernah inform dekat suami stop being people pleaser. Aku tengok dia pun sebenarnya letih.
Tapi disebabkan dia berpegang kepada statement kawannya, “Bila orang tua dah takde, memang lain rasanya. Berpenat lelah lah sementara orang tua masih ada”.
Aku balas semula, tak semestinya kalau aku tak balik kampung setiap minggu, aku tak masak di rumah family dia, tak bermaksud aku tak sayang family dia.
Cuma ada hadnya. We are human. Not robot.
Kalau rasa nak jaga parents 24 jam, maybe tak perlu kahwin. Duduk bersama parents dan jagalah mereka setiap hari. (please jangan salah faham ayat ni)
Yang buat kerjanya nanti perempuan. Si lelaki, tengok tv, tidur, lepak dengan kawan je bila balik kampung.
Mana nak faham perasaan perempuan dan mungkin TAK NAK faham. Kan?
Hampir sebulan suami aku layan aku gitu gitu je. Dia masih marah dekat aku la tu. Aku pun tak larat nak beralah dah. Hidup ni singkat.
Bila bila masa je boleh mti. Aku rasa i should appreciate my life juga. That’s why aku cuba untuk say NO kalau aku tak nak.
Salah ke kalau aku say NO?
Aku rasa nak single balik pun ada. Tapi aku sayang suami aku… Susahnya hidup ni.
Reaksi Warganet
Atiq Azhar –
Itulah orang Melayu. Menantu perempuan nak di test test.
Pandai masak tak. Pandai kemas rumah tak. Pandai tak layan anaknya (macam nak jaga baby tua pulak).
Menantu lelaki haa. Takpa rehat rehat. Takyah susah susah buat. Jadilah budaya yang lelaki boleh goyang kaki dari pagi smpai membuta balik.
Yang pompuan kelam kabut semua benda. Normalisasi ni lah yg menyebabkan benda benda remeh jadi besar.
Duduk dapur sekali jadi isu, tak duduk dapur sekali lagilah. Itulah budaya Melayu.
Sarina Ismail –
Takyah buat teruk sangat, masak jelah. Besarkan portion. Masak je menu yang reti kalau dah tahu masak. Bukan selalu.
Minta suami beli barang dan tolong sediakan. Awak masak je.
Kenapa nak perlu pilih untuk sapa nak masak? Reason tak confident tu sebab rasa tak leh nak terima orang kritik.
Rilexla. Tak sedap next time bagi sedap bukan tak perlu masak dah. Belajar terima teguran, maybe suami pun nak jaga air muka dia.
Nurul Ainn –
Memasak pun bukan my passion. Tak ada jiwa. Tapi tetap lah masak, cuma memang tak berkenan orang komplen masakan kita. Serius.
Bersyukur kalau aku masak. Mujur laki pun tak cerewet, redha je
Masing masing ada skill dan cara memasak masing masing. Boleh makan, telan je. Tak boleh makan, jangan komplen.
Penat perempuan ni banyak sudut. Tak terluah je tapi bukan lah sampai tak ikhlas. Dia akan jadi ikhlas bila orang appreciate
Ok je to say NO.
S Hazirah –
Eh sama. Saya tak pandai masak dekat rumah mak sendiri/mil. Kekok sangat jadinya.
Tapi pandai je masak kat rumah sendiri. Rajin je masak hari hari untuk suami dan anak anak sendiri. Tambahan.. masak untuk tetamu mengejut juga hahaha
Dah 10 tahun kawin anak pun dah berderet, tapi jangan la suruh memasak dekat dapur rumah orang lain.
Takat tolong cuci periuk belanga segala bagai tu saya onz je. Katalah saya ni menantu hantu ke apape pon saya okey je.
Janji saya tak masak dekat dapur rumah orang lain hahaha!!
Norma Nor –
Dilema yang every menantu perempuan yang bekerja rasa…
Dah la penat pergi kerja balik kerja. Balik kerja pula dah nak kena bersilat memasak mengemas membasuh bagai.
Weekend pulak tiap tiap minggu nak kena balik rumah mertua? Oh my…
Then dekat rumah mertua pulak nak kena bangun awal. Nak kena memasak lagi, mengemas lagi.
Menantu perempuan ni bila balik rumah mertua, kau bangun lambat dikata pemalas.
Kau tak turun tolong dekat dapur dikata pemalas. Kau pegang hp atau masuk bilik nak rehat kejap dikata mengelat.
Betul sangatlah tu, suami apa tau? Sebab dia dekat rumah dia dah rilek tau semua benda siap termasuk anak anak. Balik rumah family pun tau semua benda dah siap.
Bila bangun lambat mertua kata penat drivela tu, dah kerja biarlah rehat. Dah tu isteri ni tak penat?
Dahla jadi paling last tidur (kalau ada anak kcik ingat dapat tido lena?). Kena jadi paling awal pulak bangun…
Lagi haru yang jenis tinggal isteri dekat rumah, dia sedap sedap je pergi keluar melepak dengan kawan kawan. Sedapnyala jadi lelaki ni kan…
U have right to say no. Apa, suami ingat kau tu orang gaji? Robot?
Yang dikutuknya nanti kau.. yang diperlinya nanti kau. Itu tak kena, ini tak kena, cara potong bawang kena audit. Cara Potong sayur pun jadi issue.
Bila dah siap masak kena perli pulak kalau tak sedap. Lagi sakit hati bila ada ipar duai bercakap belakang.
Memang betul lah orang kata, menantu tetap orang luar…
Suami nak balik, biarkan je dia balik sorang, jangan halang.
Habis, kalau dah tiap tiap minggu balik rumah mak ayah dia, bila masa isteri balik rumah makayah sendiri pula?
Bilamasa pulak masa untuk family sendiri? Tak pergi vacation langsung ke? School holiday pun memang ke kampung?
Sumber – Anne (Bukan nama sebenar) via IIUMC