P0lis Tidak Benarkan Rentas Negeri Guna Surat MlTI Bermula 18 Hingga 21 Julai

Semua dokumen yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan untuk merentas negeri tidak dibenarkan diguna pakai di Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan berkata, keputusan itu dibuat susulan pihaknya mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya dalam tempoh dua hari kebelakangan ini.

“Bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan hari raya Aidiladha, semua Sekatan Jalan Raya (SJR) sempadan-sempadan negeri telah diarah agar meningkatkan penguatkuasaan.

“Untuk tujuan itu, semua SJR di sempadan-sempadan negeri akan diarah untuk tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021 (Ahad – Rabu) bagi pergerakan rentas negeri.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa bagi urusan kecemasan serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi dikecualikan dengan kebenaran polis.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak yang melanggar larangan itu akan dikenakan tindakan tegas.

“Mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

“Masyarakat dinasihat untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan wabak COVID-19,” ujarnya.

Sumber: Siakap Keli

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini