Nafkah, suami bayar dgn air liur. Aku penat. Rugi tak check betul2. Menjanda lagi baik

 Foto sekadar hiasan

Jadi Janda Adalah Lebih Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Nur. Telah berkahwin pada 2019, sehinggalah sekarang.

Suami dan saya kategori yang suka sama suka ketika berkahwin. Dan saya sudah pun memiliki seorang cahaya mata (baby 6 bulan sekarang).

Cuma, dari sebelum kahwin, memang suami saya fully commission based. Tiada pendapatan tetap.

Saya okey pada asalnya kerana pada saya, orang yang comission based ni rajin.

Dan saya juga pernah selama 2 tahun, income berdasarkan komisyen.

Namun, yang saya kecewa, dia sering tiada duit.

Pada awal perkenalan, memang saya dan dia jarang dating. Atas sebab, jaga hubungan dan saving.

Tapi sekarang, setahun kami tinggal sebumbung dengan mertua, kewangannya masih tidak mencukupi.

Saya cukup marah sehingga banyak kali saya hilang hormat padanya.

Dah habis jimat kalau tinggal sebumbung dengan orang tua, tapi dia masih tiada kewangan kukuh. Tak nak cari kerja tetap. Kejar impian katanya.

Jadi saya sampai tanya dia, memang nak gadaikan keluarga untuk impian ke?

Orang orang tua selalu cakap, isteri bila gaji lebih tinggi dari suami, isteri besar kepala.

Memang besar lah kepala kita kalau dah banyak menyumbang dalam rumah tangga.

Dan saya marah kerana usaha nya yang sedikit, sedangkan pendapatan dia hanyalah mengikut komisyen. Ada hasil, ada lah. Kalau tiada, saya sara diri sendiri sahajalah.

Pada dia, saya high demand. Nak itu nak ini. Jadi sampai duit sendiri tak cukup cover family. Layak ke dia cakap macam tu?

Saya belanja family nya setiap bulan bila gaji masuk. Saya utamakan semua perbelanjaan kepada yang perlu, sehinggalah baki yang tinggal, untuk saya.

Dan saya minta kalau nak berjalan jalan, nak balik kampung, nak makan. Sebab kalau tak cakap, sampai mati saya kene tunggu, bila suami akan ajak.

Bila dia kata high demand, memang saya marah. Saya bukan kaki mekap. Saya bukan kaki fesyen. Semua pemakaian yang saya beli, hanya dari shopee China dan baju bundle.

Dia? Harapkan pemberian baju raya setahun sekali. Mekap apatah lagi.

Saya dan dia hanya pernah melancong sekali sahaja sepanjang perkahwinan. Selebihnya family mertua bawak kan.

Malu, sebab saya tak dapat nak balas jasa mereka lagi.

Semua keperluan baby, mostly saya yang tanggung.

Semasa saya bersalin, saya transfer ke suami RM800, RM300 untuk hospital dan segala barang bayi (saya bersalin di hospital kerajaan sahaja). Dan RM500 untuk cash kepada mak ayah saya.

Sebab saya berpantang, jadi tak boleh kemana mana. Tapi tak dapat saya bagi duit pada mak ayah, atas alasan dia, dia dah guna duit saya untuk beli banyak barang keperluan saya dan baby

Soalan saya, habistu part dia sumbang, di mana? Hanya jadi driver ulang alik hantar ke hospital dan beli barang?

Dia masih tidak prepare kewangan ketika nak menyambut kelahiran sulung. Semua benda dikatanya mahal. Memang mahal kalau tiada duit di tangan.

Dan sekarang, part kebajikan anak isteri pun kalau klinik swasta, dia tak dapat cover.

Saya bukan demand swasta. Tapi if anak perlukan perubatan segera, memang swasta lah tempatnya.

Saya dah penat. Dah penat menangis. Bdohnya saya sebab tak cek betul betul kemampuan suami untuk kewangan.

Orang boleh kata bersabar, cuba bersyukur. Tapi kalau keperluan keluarga pun isteri tanggung, tak selayaknya seorang suami dilayan seperti raja..

Saya memang dah bertekad, nak mohon cerrai.

Ada lagi kisah yang lebih tragis dari kisah saya, namun saya tak rela dibdohkan dengan modal air liur minta maaf, janji janji manis insya Allah kehidupan akan bertambah baik.

Dan jangan tanya kenapa cinta saya mati.

Saya dah sampai level, if saya perlukan duit untuk cover anak saya, gadaikan badan pun saya sanggup.

Asalkan tak berhutang, tak menyusahkan orang, dan dapat bagi anak kehidupan lebih baik dari maknya..

Sumber – IsteriDepress (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *