“Mentanglah miskin, lelaki jahat licik ambil kesempatan”. Dari mulut kanak2, remaja miskin, terkedu aku dengar

 

#Foto sekadar hiasan

Taktik Licik Si Jahat

Aku tergerak hati nak tulis confessions ni lepas baca confessions Trauma Mangsa, (klik link dibawah).

Umur 16, aku ‘dijerat’ cikgu dalam ofis. Akhirnya kami kawin. Umur aku 20, budak lain pula jadi mangsa

Tahun 2011, lepas aku grad aku dapat kerja di Shah Alam. Aku kerja Isnin-Jumaat. Sabtu kadang kadang cuti/half day/full day. Ahad cuti.

Untuk isi masa lapang, aku join satu NGO ni. Aku dapat info dari FB. Aku beranikan diri join walau takde kawan.

Kat situ aku kenal kawan baru. NGO ni fokus kepada kanak kanak atau remaja miskin bandar.

Masalah keciciran pelajaran (ada yang Darjah 6 pun taktau baca), keluarga (ibu/ayah lari ikut pakwe/makwe), merayau tengah malam sebab adik beradik ramai tak suka balik rumah sebab takde bilik, hisap gam, merempit dan macam macam lagi.

Kami santuni mereka ni sebab mereka ni duduk di kawasan flat kos rendah. Rumah 2 bilik, paling kesian kalau anak lelaki sebab dia takde bilik takde ruang privasi.

Kami ajarkan mereka 3M (membaca/menulis/mengira) supaya at least ada basic. Kami buka kelas untuk anak anak ini. Habis kelas kami makan sama sama, biar anak anak ini selesa dengan kami.

Dalam beribu masalah yang ada, aku paling benci dengan pelaku s3ksual yang menjadikan anak anak miskin bandar ini sebagai mangsa.

Mentanglah mereka miskin, kurang kasih sayang, lelaki jahat ini licik ambil kesempatan.

Kisah yang aku kongsi ialah kisah benar yang diceritakan kepada aku dari mulut mangsa sendiri.

Ada juga perempuan dewasa yang bercerita kerana mereka tiada tempat untuk meluah. Biasanya yang dewasa ni, adik mereka join program kami.

Tulisan ni agak panjang ye, aku pun amik masa 3 hari baru siap taip. Aku bahagikan kepada beberapa kisah. Semua nama adalah nama samaran saja.

1. Abang angkat durjana.

Biasa pelaku ialah anggota beruniform. Target remaja perempuan sekolah menengah yang ada masalah keluarga.

Pelaku akan dekati mangsa dan bantu beli barang sekolah, bagi duit belanja dan hadiah.

Dengan alasan, simpati dan nak jadi abang angkat.

Remaja perempuan di ‘grooming’ dan akhirnya diperdaya. Ada yang sampai hamil. Lelaki? Cari mangsa baru.

Kenapa tak report? Kalau report mestilah malu. Lagi pun pelaku kerja bagus, budak perempuan yang gatal (biasa kan dengar ayat ni).

Ada yang kena tampar dengan ayah bila bagitau hal ni sedangkan ayah tu sendiri tak pernah amik tau hal anak – sibuk skandal sana sini sampai anak perempuan ponteng sekolah sebab takde duit nak beli pad.

2. Kawan sekerja durjana.

Ini kisah mereka yang bekerja lepas habis SPM. Mereka ni join kami sebab mereka duduk di sini.

a) Nina kerja di sebuah kedai runcit. Dalam stor, waktu Nina tengah loading barang, kira stok – tetiba kawan sekerja lelaki peluk dari belakang dan ramas dada.

Nina nangis dan mengadu pada bos lelaki. Bos lelaki cakap – jangan kecoh kecoh. Lagipun lelaki tu kerja bagus.

Kalau report, Nina kena resign sebab bos tak nak layan hal remeh gini.

Akhirnya, Nina resign. Pelaku? Terlepas begitu saja. Kenapa Nina tak report?

Nina taktau apa nak buat. Nak mengadu pada keluarga, mak ayah pun 24 jam bergaduh, mencarut. Takde siapa nak tolong Nina.

b) Kisah ni paling sakit hati pada aku.

Kirana dah 4 tahun kerja di satu office ni sejak habis SPM. 4 tahun kerja, of course dah kenal teammate apa semua.

Satu pagi, di hari Public Holiday, Kirana dapat call dari kawan sekerja (Haris) bagitau urgent kena masuk office. Lori barang sampai dan kena setelkan kerja.

Esoknya pulak Ahad memang cuti, so Kirana takde tanya banyak sebab dah pernah jadi hal ni sebelum ni.

Haris pulak pesan dia dah call semua kawan bagitau hal ni dan semua pun on the way.

Office Kirana ni kerja, bawah kedai makan, atas office. Kedai makan tu pulak memang tutup hari kejadian.

Kirana touch kad dekat pintu office, pintu terbukak – dengar lagu dipasang kuat. Biasa kalau office bukak masa PH, memang pasang lagu sebab bos takde kan.

Kirana tengok takde orang. Kirana pelik la, dia panggil sambil melangkah masuk ke belakang ruang office.

Tetiba ada tangan tutup mulut Kirana dari belakang dan cekik dia. Tau siapa? Haris!

Haris cekik Kirana dan dalam masa sama cuba buat tak elok pada Kirana. Dia cekik bukan sampai nak mati tu tau, dia cekik biar Kirana tu tercungap so dia boleh amik kesempatan.

Kejam gila kan? Kawan sekerja yang dah 4 tahun dengan kau, c4bul kau dalam office. Haris perangkap Kirana padahal takde kerja pun.

Haris sangat licik sebab dia off cctv masa kejadian. Dia call Kirana suruh datang supaya takde bukti conversation WhatsApp.

Kirana dapat larikan diri sebab dia tendang kemalvan Haris.

Haris ni dekat office selalu jadi imam solat atau tukang baca doa masa majlis. Haris pulak dah kerja situ dekat 8 tahun.

Kirana ni free hair, biasa lepak malam dengan kawan. So dalam hal ni, of course la orang akan lebih percayakan Haris kan?

Lagipun Haris takde update dalam group WhatsApp pasal hal kerja tu, jadi mesti la orang pertikai kenapa Kirana datang?

Tah tah Kirana yang rela. Nampak tak macam mana akhirnya mangsa disalahkan.

Kirana resign 24 jam dan pindah ke sini. Kirana sebatang kara, dia anak yatim piatu sejak baby dan dibesarkan oleh nenek. Nenek meninggal masa Kirana habis SPM dan dia bawa haluan sendiri.

Kau kejam Haris! Kirana sangat trauma dengan apa yang jadi dan sangat takut dengan lelaki.

Mentanglah kau tahu Kirana sebatang kara, kau amik kesempatan pada dia sebab kau tau Kirana tak berani report.

3. Orang tua durjana tak sedar diri.

Kisah seorang pakcik Toga yang ped0 dan jahat. Toga ni umur dalam 30-40an. Dia duda kematian isteri. Ada seorang anak perempuan.

Modus operandi Toga ni, dia suka suruh anak dia kawan dengan anak orang susah. Dia akan bantu kawan anak dia ni, beli barang sekolah, bagi duit makan apa semua.

Kat sini la dia mulakan kerja jahat dia.

Anak Toga iaitu Su, kawan dengan Hayfa. Hayfa ni anak yatim takde ayah. Mak dia ibu tunggal dan Hayfa pun anak tunggal.

Toga tolong Hayfa belikan baju sekolah, bagi duit makan apa semua. Dengan mak Hayfa pun Toga buat baik supaya dapat kepercayaaan.

Lama lama, Toga dah mula berani ajak Hayfa tidur di rumah. Siap minta izin mak Hayfa lagi tau.

Di rumah, Toga mulakan misi jahat dia tapi tak terlalu ketara. Kali pertama, pegang bahu. Kali kedua, pegang tangan. Kali ketiga, dah makin advance, dah berani pegang kemalvan.

Bila Hayfa nangis, Toga ugut jangan beritahu sesiapa nanti dia upah orang suruh bnuh mak Hayfa.

Hayfa ni mestilah takut, budak sekolah rendah kot. Dah la dia takde ayah, hidup dengan mak je. Hayfa akhirnya jauhkan diri dengan Su.

Toga pulak? Suruh Su cari kawan lain. Aku memang doa Toga ni dapat balasan dekat dunia dulu. Aku taktau la apa Toga mungkin buat pada anak dia Su sebab Hayfa takde cerita.

Ok cukuplah 3 kisah ni. Banyak lagi kalau nak taip – yang konon nak ajar budak mengaji tapi disuruhnya budak tu bj dia. Sampai kan mangsa menggigil bila dengar si pelaku laung azan dekat surau.

Ada cikgu petang install wechat masa kat sekolah, ngorat anak murid sesi pagi- sebelum balik rumah uninstall wechat. Ehh banyak sesak dada bila ingat!

Belum lagi kisah bila balik kampung – tidur ramai dekat ruang tamu, ada pakcik gatal suka gesel kaki dekat anak buah. Datuk mengintai cucu mandi, biras lelaki suka cakap hal lcah.

Sebab tu lah aku tak hairan kalau ada yang tidur hotel dari tidur rumah atok nenek – sebab orang luar taktau apa jadi dalam rumah.

Jujur cakap aku annoying jantan yang kemain alim kat wall dia padahal duk DM perempuan hal lcah.

Tu belum lagi yang kemain kat wall bab aurat apa semua tapi bila sekali naik kat wall aku dia komen gambar artis perempuan cina tu – ehh kemain lagi lcah komen kau.

Aku tak terkejut baca komen enabler rgol ni sebab 11 tahun lepas aku dah hadap – masa FB ni takde hal viral sangat. Jenis jantan enabler ni ramai, dalam family aku sendiri pun ada.

Patutlah mak aku tak pernah izinkan aku tinggal rumah nenek masa cuti sekolah. Tidur rumah kawan pun tak boleh lagi lagi kalau dalam rumah tu ada ayah/abang/adik lelaki.

NGO tu pun dah bubar sebab mungkin masa tu semua dah sibuk dengan family dan kerjaya.

Tapi aku lihat di FB, mereka yang jadi orang kuat dalam NGO tu sekarang dah jadi insan hebat. Ada yang jadi lawyer, ada yang kerja di Dubai dan ada yang tubuhkan NGO sendiri.

Pesanan aku pada wanita di luar sana – jagalah diri sebab orang jahat ada di mana-mana.

Paling penting jadilah pelindung buat anak perempuan anda sebab taktik licik ini tetap akan berulang.

Terima kasih sudi baca panjang panjang.

Reaksi Warganet

Faranisyah Hakim –
Sesak nafas baca.Tapi semua cerita tu dh banyak kali dah baca.

Lepas tu pemangsa ni,lebih lebih lagi yang imej alim tu, memang payah lah nak sangkut kan?

Apa apapun,Allah Maha Adil,semoga ada balasan atas dunia lagi supaya jadi pengajaran pada orang lain

Madira Zafirah –
Terima kasih atas perkongsian. Sebab tu lah kita kena pandang anak anak remaja bermasalah ni dengan pandangan ehsan.

Kadang kadang Ada sebab diorang jadi macam tu, tak tentu hala, tak tahu kemana arah tuju, takde tempat mengadu.

Semoga nasib anak anak remaja perempuan yang terbiar dapat dibela dan diambil perhatian oleh pemimpin.

Sue Mayah Rasyidi –
Kadang kala perkara yang kita sebagai ibu takut adalah pergi meninggalkn dunia sebelum anak betul betul dewasa.

Sebab ini lah, kepercayaan pada orang, risau anak anak membesar terjumpa si syaiitan bertopeng manusia.

Jangan kata anak perempuan je, anak laki pun kita risau dengan pelaku bernfsu syaiitan ni..

Sumber – Blueberry (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *