Masjid Al-Aqsa ‘garis4n merah’ tidak boleh dis3ntuh lsrael

DOHA, 4 Ram4dan 1442H, Ahad – Pergerak4n Perjuang4n Islam Palestin (Hamas) sekali lagi memberi amar4n kepada negara h4ram lsrael supaya tidak meny3ntuh Masjid Al-Aqsa.

Pemimpin Ham4s, Ismail Haniyeh berkata, masjid berkenaan merupakan kiblat, identiti, kepercayaan serta pencetus revolusi bagi umat Islam.

Dalam satu sidang video di Doha, Qatar, Ismail berkata, Masjid Al-Aqsa adalah ‘garis merah’ kumpulan itu selain memberi amaran kepada pemimpin Yahudi, Benjamin Netanyahu untuk tidak bermain dengan api.

“Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa menjadi dasar perjuang4n menent4ng Zi0nis,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Qatar kerana memb4ntu rakyat Palestin.

Negara har4m lsrael telah melakukan serang4n di Semenanjung Gaza dalam serangan udara sejak 10 Mei lalu, yang membun0h sekurang-kurangnya 139 orang termasuk 39 kanak-kanak, 22 wanita manakala 950 orang lagi cedera.

Kira-kira empat bangunan bertingk4t juga musnah dalam serang4n udara di wilayah Palestin yang diduduki. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.