Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi semua. Tak tahu nak start daripada mana sebab banyak sangat dah yang aku lalui.
Tapi aku sangat perlukan kata kata semangat, nasihat daripada korang semua.
Sejak kecil aku dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda. Mak ayah aku selalu bergaduh.
Mak aku pun ada bergaduh dengan mak mentua dia, ipar dan sebagainya.
Sehinggalah, akhir sekali mak ayah aku bercerrai. Masa tu umur aku 15 tahun. Aku dan adik beradik duduk dengan mak aku.
Ayah aku duduk seorang sampailah ayah bertemu jodoh dan berkahwin dengan orang lain.
Walaupun mak ayah aku bercerrai, hubungan kami adik beradik dengan ayah sangat baik.
Alhamdulillah ayah aku tak pernah lupa tanggungjawab dia sebagai seorang ayah. Sampai sekarang hubungan kami baik dengan ayah.
Malah, hubungan ayah aku dengan mak aku pun baik saja walaupun lepas cerrai. Diorang cerrai atas alasan tidak sefahaman.
Bagi aku kedua duanya ada salah dan silap dan aku selalu merasakan pencerraian mereka adalah yang terbaik buat mereka.
Sejujurnya, ayah aku dulu jenis social tapi lepas bercerrai, alhamdulillah dia jadi orang masjid.
Mak aku masa aku kecik okay saja solat semua tapi makin aku besar aku tengok mak aku jadi social sama macam ayah aku.
Malangnya, lepas pencerraian, perangai mak aku makin menjadi jadi.
Masalah timbul apabila, sepanjang aku adik beradik membesar dengan mak aku. Mak aku banyak meninggalkan kenangan pahit untuk aku.
Sehinggakan bila aku dah besar dan dah berkahwin ni, aku ada satu perasaan yang mana, tak boleh pandang sangat muka mak aku sebab aku rasa benci.
YA aku tahu aku anak derhaka.
Lepas mak ayah aku bercerrai, kakak aku duduk asrama atau banyak duduk dengan nenek. Jadi dekat rumah tinggallah aku dengan adik aku.
Makin menjadi jadi perangai social mak aku ni lepas bercerrai sampai setiap malam keluar berdating, tinggal aku dengan adik aku saja dekat rumah.
Bayangkan masa tu aku nak PMR kot (alhamdulillah keputusan PMR aku okay walaupun tengah stress).
Sebab dulu aku ni macam dijadikan mngsa untuk jaga adik bongsu aku yang bersekolah rendah. Kira kena jaga adik aku sebab mak aku nak keluar dating.
Sebagai seorang anak yang agak keras kepala, aku banyak sangat melawan dan bergaduh dengan mak aku tentang hal ni.
Mak aku pernah kata, “aku tinggal korang keluar, bukan tak buat makan minum atau tak bercara”.
Dia cakap macamtu sebab sebelum dia keluar dating memang dia akan uruskan rumah dan makan minum kitorang dulu.
Tu aku tak boleh nafikan part baik dia, cuma aku tertekan bila kena tinggal berdua dengan adik aku selalu.
Mak aku keluar dating malam sampai ke subuh kadang. Paling aku marah bila mak aku dating dengan laki orang
Disebabkan itu, aku selalu bergaduh dengan mak aku. Isu dia ialah mak aku keluar dating lama lama tinggal aku dengan adik aku sorang, mak aku dating dengan laki orang.
Aku rasa mak aku memang benci dekat aku dulu sebab tahap aku protes hubungan terlarang mak aku ni sampai tahap aku maki laki tu, aku bagitahu mak kepada mak aku, mak saudara2 aku yang lain.
Mak aku dulu pernah sumpah aku taw dia cakap “dia harap aku rasai apa dia rasai” tapi kuasa Allah hebat. Aku dapat suami yang sangat baik sekarang ya Allah, alhamdulillah.
Bayangkan aku hidup membesar dengan dihantui bait bait sumpahan mak aku. Ayat tu terngiang ngiang dekat fikiran aku dulu.
Antara benda lain yang mak aku buat ialah, mak aku tak nak hantar dan ambil aku pergi sekolah sampai aku kena pergi sekolah jalan kaki.
Jarak sekolah aku dengan rumah aku tu tak jauh dalam 10 minit kalau jalan kaki.
Ada suatu hari aku kena raba dengan laki cina masa balik daripada sekolah. Aku punya tahap trauma sampai aku selalu tak datang sekolah sebab takut.
Kadang aku tumpang kawan sekolah yang bawak motor ke apa mintak dia hantarkan aku ala balik then, aku bayar saja duit minyak dia.
Sekali lagi kuasa Allah hebat, aku dipertemukan dengan suami aku sekarang ni.
Kitorang couple dan dia la selalu hantar ambil aku pergi sekolah.
Ayah aku? Kitorang tak duduk serumah dan rumah kitorang agak jauh jadi ayah aku tak dapat nak hantar ambik aku.
Plus, aku tak cerita pun dekat ayah aku semua masalah aku ni sebab aku takut mak ayah aku bergaduh teruk.
Selain daripada tak nak hantar aku pergi balik sekolah, mak aku pernah tak nak salam aku.
Ada suatu hari tu dia hantar juga aku pergi sekolah. Masa aku hulur tangan dia tak layan dan terus nak gerak.
Menangis wei aku jalan kaki masuk ke pintu pagar sekolah.
Aku pernah membesar dekat sebuah rumah maksiiat. Kenapa aku cakap camtu? Mak aku bawak aku dan adik aku pindah rumah dan duduk serumah dengan gang gang janda dia.
Yang mana, gang gang janda dia bawak masuk jantan. Jantan tu pulak selalu ketuk pintu bilik aku dengan adik aku.
Kawan kawan dia tu pun jenis bertukar jantan juga bawak masuk rumah.
Allah maha melindungi, nasib baik tak ada perkara tidak diingin berlaku walaupun ada cubaan mak aku pun pernah gugurkan kandungan dia.
Dan perkara ni aku sorang saja tahu. Tahap kecewa aku masa tu, Allah saja tahu.
Masa aku nak kahwin, mak aku buat perangai tak nak datang majlis kahwin aku. Dia boleh persoalkan kata aku ni macam sisihkan dia bila nak kahwin.
Kira dia nak kata aku ni banyak share hal kahwin dengan ayah aku saja dengan dia tak sangat.
Kelakar pula rasa sedangkan bila aku ajak berborak dia tak nak pandang muka aku lepastu buat pekak.
Pejam celip, aku berjaya lepasi fasa hidup tersebut dan berjaya. Alhamdulillah sekali lagi.
Aku nak share kehidupan aku dengan mak aku selepas aku dah berkahwin pula.
Sebelum kahwin dan dah bekerja, aku mula membayar sewa dengan kakak aku untuk rumah yang kami sama sama duduk (mak aku, kakak aku, adik aku, aku).
Tapi lepas kahwin, aku dan suami aku buat rumah sendiri dan of course aku bawak semua tinggal dengan aku sebab diorang tak mampu nak survive kalau aku tak bayar sewa rumah tu sekali.
Aku pun baru bekerjaya dan tak mampu nak bayar banyak rumah. Suami aku pun cadangkan benda sama.
Yang menjadi masalah sekarang ialah, aku tak suka sebenarnya hidup macamni. Macam mana?
Satu family duduk sekali sebab aku nak privacy aku dengan husband aku. Walau husband aku tak pernah mengeluh.
Mak aku ni dia ada rumah dekat kampung dia yang mak dia bagi.
Mak dia pun duduk sorang dan aku rasa logik saja mak aku ni balik kampung dan duduk dengan mak dia.
Tapi nampaknya mak aku macam tak nak berganjak daripada rumah kami.
Kakak aku pulak dah nak kahwin dan memang akan pindah duduk dengan suami dia.
Adik aku? Aku memang dah niat nak jaga dia memandangkan memang dari kecil aku banyak jaga.
So tak ada masalah, kalau dia hidup dengan aku dan suami aku serumah sementara U pun tutup sebab C19 haritu.
Nanti U buka confirm dia balik U semula. Lagipun suami aku punya kerjaya selalu outstation.
Sekurang kurangnya ada adik aku nanti boleh teman dekat rumah.
Yang menjadi masalah, mak aku tak nak berganjak walhal sehingga sekarang hubungan aku dengan mak aku macam strangers.
Kitorang tak pandang muka, tak bertegur, tak bercakap. Papehal mak aku akan bercakap dengan suami aku saja or kakak and adik aku.
Walaupun hubungan aku dengan mak aku tak baik tapi sejujurnya setiap bulan aku tak pernah lupa kongsi rezeki, bawak bercuti, beli itu ini padahal tak bertegur sangat.
Mak aku pun selalu tolong basuh baju aku, lipat baju, masak untuk semua dalam rumah.
Dua dua ada saja perkara baik yang kitorang buat antara satu sama lain. Aku bukan tak usaha nak berbaik bila dah dewasa ni. Aku usaha tapi feedback mak aku terhadap aku menghampakan.
Ingatkan dah besar dan dah kahwin ni tak adalah gaduh gaduh kan? Tapi ada saja. Nak nak duduk serumah.
Aku tak ada anak lagi, 4 kali dah gugur. Tiap kali aku gugur mak aku tak bercara sangat dekat aku padahal duduk serumah.
Ada satu kali tu aku gugur aku dengar mak aku cakap “lantak kaulah, pepandai la kau”
Ada juga satu tahun tu aku mengandung, dia cakap dia tak nak jaga anak aku. Tapi yang peliknya nak lagi menumpang duduk rumah aku.
Aku banyak kali dah ni nak slow talk dekat group family suruh mak aku balik kampung.
Tapi suami aku tak bagi takut jadi bermusuh anak beranak.
Ya Allah masalahnya aku tak mampu nak tipu perasaan aku yang mana aku tak suka mak aku tinggal dengan aku.
Korang rasa aku nak kena buat apa now? Kalau aku mintak mak aku balik kampung tak ke macam menghalau lepastu jadi bermusuh?
Now, mak aku dah semakin tua dan perangai social dia beransur kurang. Bukan hilang tapi kurang.
Skandal dengan laki orang macam mainan, atas alasan kurang kasih sayang.
Aku? Bila aku dah besar, ada kerjaya, dah kahwin aku memang langsung tak ambil port apa mak aku nak jadi atau buat sebab aku rasa cukuplah zaman remaja aku dulu dimusnahkan dengan masuk campur urusan personal mak aku.
Semakin membesar sudah tentu aku semakin matang, hanya doa sahaja aku titipkan agar mak aku berubah.
Apa aku nak cakap daripada pengalaman aku ni.
1. Bukan anak saja ada istilah derhaka, mak ayah pun ada istilah derhaka.
Lebih hebat ialah mak ayah bukan derhaka dekat anak dia tapi derhaka dengan Allah SWT.
2. Dah jadi mak atau ayah, janganlah pentingkan nfsu dan keseronokkan sendiri dalam masa yang sama ada insan lain sengsara.
3. Jangan harapkan anak saja mulakan langkah nak berbaik, mak ayah kena ada effort juga. Jangan buat anak rasa terasing.
Terima kasih semua atas nasihat atau teguran. Tolong doakan urusan aku dipermudahkan.
Tolong doakan mak aku terbuka hati nak balik kampung sekaligus, diberikan hidayah.
Reaksi Warganet
Ummu Aiman –
Dosa ibu itu urusan dia dengan Allah. Tapi sebagai anak perlu hormat dan jalankan tangunggjawab.
Didunia ni senang nak ucapkan aku anak derhaka tapi diakhirat nanti tak bau syurga dik.
Sedangkan syurga tu boleh di bau 500 tahun perjalanan. Rugi lah kalau hidup ni tak diguna untuk mengejar syurga Allah.
Selagi ada peluang gunakan lah sebaiknya untuk berbakti kepada ibubapa. Kadang bebanan dan kesusahan yang kita rasa tu lah yang menyelamatkan kita dari api neraka nanti.
Norlaila Mohd Din –
Jangan suh ibu balik kampung, selagi dia ibu, tiada istilah ibu menumpang. Elok sangat dia duduk bersama dengan u.
Allah tak buka hati dia untuk pindah maybe untuk bagi masa u perbaiki hubungan u dan mak tu.
U sendiri kata ibu dah semakin berubah, dah kurang skandal, tolong masak dan kerja lain lain.
Naper u nak dendam citer lama. Bagi lah peluang dekat mak tu perbaiki diri. Berhenti bagi silent treatment dekat mak tu.
Sungguh derhaka, derhaka ibu biar Tuhan uruskan. Jangan anak pulak pilih jadi derhaka.
Takda orang sempurna. U mungkin nampak emak u banyak kelemahan lantas u sisihkan emak tu.
If anak u nanti juga nampak kelemahan u dan sisihkan u, silent treatment? Camner? Sakitkan. Berdamai lah dengan emak tu..
Buat kerana Allah tanda kesyukuran diberi suami yabg baik. Ingatlah setiap yang bersyukur Allah akan tambah nikmat.
Bagi yang tidak bersyukur, siksaan Allah amat pedih….
Support your mother…if dia masam muka bila u bercakap, teruskan bercakap sebaiknya. Ibu u sedang berlawan dengan ego seorang ibu.. Give her time
Seri Cahaya Delima –
Ini dinamakan ego seorang ibu. Dia bukan tak sayang tapi dah terlanjur buat salah tetapi dah rasa malu nak minta maaf.
Buktinya dia still uruskan rumah anak nya.. menyiapkn keperluan anak nya. Mungkinkn punca masih ingin tinggal bersama kerana dia masih nak hidup bersama anak anak.
Dia mungkin perlukan masa untuk berbaik dengan anaknya. Beri ruang jangan terlalu memaksa.
Berdoa semoga ada sinar bahagia antara awak dan ibu awak satu hari nanti.
NuRaz Wan –
Awak menyewa tempat lain dengan suami. Tapi kalau awak dan suami dapat tukar tempat kerja misalnya boleh dijadikn alasan lebih kukuh.
Kalau tak pun, masa adik balik asrama, awak keluar mnyewa tempat lain. Beritahu mak awak akan keluar rumah dan terserah pada mak, kalau dia nk duduk situ, dia kena sambung menyewa sendiri. Awak sewa rumh kecil saje.
Rasanya sebab selalu stress, awak susah nak lekat kandungan, stress salah satu punca jadi keguguran kandungan.
Atau awak minta kakak awak bawak mak kerumah dia, carilah alasan yang munasabah.
Tapi pindah tempat kerja, adalah alasan yang paling sesuai. Cuma nak pindah atau tukar tu pula kadang kadang sukar.
Kalau tidak pun, tunggu adik dah kerja, minta dia saja yang bawa mak menyewa sendiri.
Sumber – Anak Derhaka (Bukan nama sebenar) via IIUMC