Long Tiger ditah4n ke$ kurung bekas pekerja

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger sudah ditahan polis dalam satu serbuan di Muar pada Isnin kerana dipercayai terlibat dalam kes mengurung bekas pekerjanya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 35, ditahan kira-kira jam 9.45 malam.

“Kita mendapat maklumat suspek terlibat dalam kes mengurung seorang lelaki berusia 21 tahun yang juga bekas pekerjanya.

“Dia direman selama empat hari, bermula 13 Julai lalu dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada Rabu.

Jelas Ayob Khan, Long Tiger mempunyai banyak rekod jenayah lampau bersabit kes peras ugut, culik, jenayah dan rogol namun telah selesai menjalani hukuman.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ayob Khan berkata, kertas siasatan berhubung kenduri durian di sebuah kebun di Batu Pahat yang melibatkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Video berdurasi 13 saat yang memaparkan Ahli Parlimen Batu Pahat itu baru-baru ini tular di media sosial kerana menghadiri satu kenduri durian di sebuah dusun di Batu Pahat.

Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat negara ini dan mereka meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap ahli politik berkenaan.

Kredit: wowberita

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini