Lipstik merah menyala, seram aku tengok. Diam2 isteri login fb aku, tekan ‘like’. Aku dah macam bermadu dengan ustaz tu

 

Foto sekadar hiasan

Ist3ri Tak Suka Ikut Cakap Su4mi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi semua, saya Khairul. Berumur 43 tahun, beristeri sorang dan beranak dua.

Saya nak luahkan masalah isteri saya yang lebih suka dengar cakap orang lain berbanding cakap saya, suaminya.

Saya ni seorang yang simple. Kehendak saya juga simple. Saya sudah maklumkan pada isteri tentang sifat peribadi saya yang simple sejak sebelum kahwin lagi.

Tapi sampai ke sudah dia tak percaya, dia lebih percayakan cakap orang lain.

Saya senaraikan 4 contoh perbuatan isteri yang lebih percaya cakap orang lain berbanding saya:

1) Isteri suka pakai mekap di rumah dengan lipstik merah menyala. Saya rasa seram tengok dia pakai lipstik merah tu lagi lagi pada waktu malam.

Dengan muka dia yang putih melepak, rambut lurus panjang hitam pekat; nampak macam pontianak.

Saya pesan, duduk rumah tak payahlah pakai mekap, lipstik. Dia kata ustaz ajar, bila di rumah pun isteri kena berhias untuk suami.

Lepas tu dia spray minyak wangi banyak banyak. Sesak nafas saya.

Saya cakap saya tak suka, sakit hidung, susah nak tidur. Dia boleh gelak pastu kata saya tak romantik.

Terus saya bawak bantal tidur luar di sofa. Dia apa lagi, mencuka muka tengok saya buat macam tu.

Iyalah, dia nak tidur dengan saya. Bukan tidur dengan ustaz yang ajar bukan bukan tu. Jadi nak ikut cakap saya ke ustaz?

2) Saya pernah request nak sarapan simple, sandwich telur. Isteri sediakan nasi goreng ayam. Saya tanyalah kenapa buat nasi goreng ayam?

Dia cakap dia rajin nak goreng nasi, tak nak biar saya makan sandwich je.

Berangin je saya. Saya nak jaga badan, nak makan simple. Kenapa dia nak sumbat perut saya dengan nasi goreng?

Rupanya lepas dia goreng nasi, dia snap gambar nasi goreng tu post di Facebook dengan caption, “Sarapan pagi untuk suami tercinta, semoga air tanganku jadi berkat pengikat kasih cinta kami.”

Terpaksalah saya makan nasi goreng ayam. Siap ada hias hiasan lagi. Kalau tak makan, nanti dia tarik muka pulak.

Rasa nak tercekik air liur saya bila terbaca post isteri di Facebook tu tengaharinya.

Kawan kawan dia, saudara mara semua memuji isteri saya rajin dan pandai jaga saya, suaminya.

Point nombor 2 ni nak cerita yang isteri suka dengar cakap orang lain di Facebook supaya beri suami makan sedap sedap. Barulah suami sayang.

Sebab itu dia suka post apa yang dia masak. Dia tak suka masak yang simple simple sebab pada dia, masakan simple hanya untuk kaum isteri pemalas.

Dia fikir saya makin sayang sebab dia berkorban masa dan tenaga masak masakan yang renyah untuk disediakan.

Padahal saya faham, isteri hanya lapar pujian di Facebook je.

Terkadang saya terpaksa buang senyap senyap apa yang dia masak sebab saya nak jaga badan.

Isteri suka masak masakan yang banyak pakai minyak, berlemak. Saya lebih suka makanan yang simple.

Dua anak saya pun dah makin gemuk berlemak, risau saya tengok. Terpaksa saya bawa anak anak kerap berjoging supaya sihat tubuh badan.

3) Bila keluar dengan family, dia suka overdress. Anak anak pun overdress juga. Serabut saya tengok. Padahal nak pergi Aeon Mall je.

Mekap isteri tu macam biasalah, tebal. Saya cakap pakai simple je baju t-shirt, seluar jeans sudahlah dan tak payah mekap.

Dia kata nanti terserempak dengan kenalan ke, saudara mara ke, malulah dia tak jaga penampilan. Suami pun malu kalau isteri selekeh.

Saya kata “Saya tak malu pun, tak payahlah overthinking.”

Dia dah start nak marah sambil kata “Kalau ada perempuan lain mekap cantik, dressing lagi mengancam dari isteri sendiri, nanti abang pandang perempuan tu macam mana?! Abang mesti pandang perempuan yang lagi cantik bergaya!”

Masa tu saya dah mula fikir isteri saya makin hari makin sakit jiwa. Dulu dia tak macam tu. Simple je.

Sejak dia suka layan ceramah agama, layan page Kisah Rumah Tangga, dia makin tak percaya cakap saya.

Balik balik quote cakap orang lain.

4) Di Facebook, isteri saya suka cakap besar dan merendah rendahkan perempuan lain. Post dia selalunya begini;

“Kenapa perempuan ni malas betul jaga tok laki baik baik. Apa susahnya memasak, mengemas. Saya ni anak 2 pun boleh bangun pukul 6 pagi solat, siapkan sarapan.

Bla bla bla (cakap besar), bla bla bla (cakap besar)…patutlah tok laki cari perempuan lain.”

Lepas tu dia tag Facebook saya supaya saya like. Semua post dia saya kena like sebenarnya. Selalu juga dia yang login Facebook saya kemudian tolong like kan bila saya cakap “Nanti”.

Dia nak kawan kawan perempuannya nampak yang saya supportive.

Mereka semua tak tahu sejak berkahwin, saya dah muak nak tengok Facebook sendiri sebab terpaksa baca post isteri.

Jadi saya create akaun lain yang isteri tak tahu. Barulah aman tenteram nak layan Facebook.

Saya biarkan aje dia ambik alih Facebook utama saya.

Sebab kalau tak, nanti saya kena marah sebab tak like post dia.

Bila saya cakap, “Tak baik merendah rendahkan perempuan lain. Kita tak tahu apa masalah sebenar perempuan tu dengan suami dia.”

Dia cakap “Tak ada alasan isteri pemalas ni. Ustaz kata bla bla bla bla…”

Bila saya dengar je perkataan ‘ustaz kata’, terus otak saya jem berhenti berfungsi, sebab tak sanggup nak dengar.

Dah terlalu banyak kali dengar ‘ustaz kata’, ‘ustaz kata’, ‘ustaz kata’.

Macam saya ni bermadu dengan ustaz pula. Ustaz tu jadi suami pertama dia.

Padahal isteri saya tu bukannya rajin sangat. Ada je lewat bangkit, pukul 11 pagi, kadang pukul 12 tengahari baru bangkit.

Masak pun bukannya terlalu sedap. Adalah yang sedap tapi banyak tak sedap. Saya telan je apa dia masak selagi sanggup.

Tapi saya suami dia, tak naklah pecahkan rahsia. Saya sayang isteri.

Cuma post dia tu saya risau akan trigger sakit mental pada perempuan perempuan lain yang percaya kononnya isteri saya tu ibu dan isteri yang rajin dan sempurna.

Boleh nampak sesama kawan perempuannya masing masing suka compete tunjuk siapa terpaling sempurna.

Pada saya itulah pengaruh buruk yang jadi disebabkan post cakap besar isteri saya.

Cukuplah sekadar 4 contoh. Banyak lagi sebenarnya. Tapi saya penat dah nak taip.

Isteri saya ni lawa orangnya. Tapi sejak akhir akhir ni saya dah tak nampak dia lawa.

Saya nampak dia macam perempuan kurang waras yang tak bahagia.

Padahal dia dah ada suami yang sayang dia, ada anak anak yang comel. Tapi dia masih rasa tak cukup sempurna.

Saya faham dia nak upgrade diri jadi lebih baik. Masalahnya saya dah berpuas hati dengannya sebab saya simple je orangnya.

Tapi dia tak nak dengar cakap saya. Cakap orang lain jugak yang dia suka ikut.

Bila saya suarakan, dia kata “Orang lelaki memang cakap tak kisah. Tapi lepas tu cari jugak perempuan lain.”

Saya rasa isteri saya terlalu takut ditinggalkan sampai jadi kurang waras. Jadi saya pun mati kutu tak tau nak cakap apa lagi.

Kalau berterusan dan jadi makin teruk, saya tak tau apa akan jadi nanti? Saya masih mampu bertoleransi.

Bila baca kisah atau isu isteri isteri cantik molek ditinggalkan, dicerraikan, dicurangi suami sendiri.

Kemudian diganti dengan perempuan lain yang selalunya tak berapa cantik, penampilan simple, tapi lebih ceria. Apa masalah sebenarnya?

Mahu juga saya bertanya pada suami suami perempuan cantik itu. Adakah sebab isteri isteri mereka kurang waras macam isteri saya?

Tak membahagiakan suami kerana diri sendiri terlalu insecure? Terlalu percaya cakap orang lain dari cakap suami sendiri?

Sila beri pendapat anda bagaimana?

Reaksi Warganet

Fydd Arsat –
Kalau isteri lagi suka dengar cakap ustaz, mulai esok ko pakailah kopiah, bercakap macam ustaz ustaz pastu start la puji makcik makcik yang pakai baju kelawar pergi Aeon ke Giant ke depan depan dia.

Lepastu update bio kat FB profile, makanan kegemaran sandwich telor. Try tengok dia ubah ke tidak..

Honey Gee –
Saya pernah mendengar sendiri pengakuan seorang isteri kedua bagitau suaminya bercerita isteri pertama pakai lipstik merah menyala. Dah rupa macam apa.

Pastu si suami dan madu pakat gelak berjemaah.

Dalam hati sedih saya mendengar sebab sudah pasti isteri tua cuba untuk menarik perhatian si suami.

Tapi itu la.. dipersendakan pula

Syuhada Mohd Nor –
Pujila encik.. ‘cantik awak pakai macam ni’. Tambah tambah pakaian dia menutup aurat. Ha tu pun susah..hahaha.

Lepastu bagitaula dia ‘isteri saya jenis suka menjaga kesihatan. Dia akan masakkan makanan yang sihat untuk kami sekeluarga’.

Sebelum dia post dia masak nasi goreng ayam, encik dah post healthy meal yang encik suka.

Pastu ambil la gambar dia time pakai simple ja pastu caption cantiknya bidadari saya. Senang ja encik.

Perempuan yang insecure memang rajin dok kutuk orang nak jadi terpaling bagus dari orang suka bersaing dengan orang. Padahal dia dah cukup sempurna di mata suami dia

Nurina Lylia –
Tutup socmed isteri. Itu cara terbaik. Memang ada orang yang rasa triggered bila orang lain post benda benda dekat fb dan rasa dia kena compete.

Request makanan simple and puji dia melambung bila dia masak simple, pakai simple simple. Biar dia tahu dia tak perlu try hard untuk puaskan hati suami.

Jadikan pujian awak lebih berharga dari pujian orang luar.

Sauriani DN –
Terima kasih en, sebab tulis cerita ni. Rupanya benda macam ni (nampak remeh) tapi berlaku dalam masyarakat.

Saya faham pandangan encik ni, encik simple tak suka heavy heavy.

Teringat watak Bree dalam citer Desprate Housewife. Anak dan suami dia stress sebab dia terlalu perfect.

Dalam realiti ada kawan yang ditinggal bf 6 tahun sebab terlalu sempurna.

Kita ni nak cari pasangan yang menenangkan hati. Bukan setakat lawa/hensem tapi tak memahami pun tak bahagia jugak..

Moga dipermudahkan

Sumber – Khairul (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *