Korang Dengkl Ni Kenapa?? Netizen Pertikai Kenapa Shuib Boleh uruskan Jen4zah Hingga Liang L4had. Orang Lain Tak Boleh

PETALING JAYA: Pelawak popular, Shuib Sepahtu telah diberikan kesempatan untuk menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ serta menunaikan solat ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ buat ᴀʀᴡᴀʜ isterinya semalam.

Shuib yang dilihat berpakaian serba lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) pada ᴘᴇɴɢᴇʙᴜᴍɪᴀɴ ᴀʀᴡᴀʜ isterinya di Tanah ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ Islam Kampung Sungai Pusu Gombak dilihat telah menarik warga maya untuk memberikan pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza malah ada juga yang turut mempertikai keberadaan pelawak berkenaan di kawasan ᴘᴇʀᴋᴜʙᴜʀᴀɴ terbabit.

Keberadaan Shuib menemani jenazah isterinya hingga ke ʟɪᴀɴɢ ʟᴀʜᴀᴅ juga tidak terlepas dari ᴘᴇʀᴛɪᴋᴀɪᴀɴ dan kecaman daripada warga maya yang dilihat tidak puas hati kerana diberikan peluang terakhir sebegitu.

Antara komen-komen yang kurang senang

“Mana bole macam ni orang lain tak dibenarkan”

“Bukan nak mengadu tetapi rasa mcm double standard, kerana dia artis? bukan dia seorang sahaja yang kehilangan orang tersayang.”

“Ramai lagi yang rasa seperti ini, ini adalah tidak adil, kita tak merasa apa yang org lain rasa,”

Difahamkan, Shuib mendapat kebenaran untuk menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ᴀʀᴡᴀʜ isternya kerana telah memotong gelang kuarantin dan mendapat kebenaran daripada pihak ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ekoran daripada itu, terdapat seorang individu yang bernama Mat Yoe tampil memberikan penjelasan mengenai isu yang berbangkit ini.

Menurutnya, sekiranya ingin menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ahli keluarga yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19 adalah dibenarkan tetapi perlu mematuhi segala prosedur yang ditetapkan oleh pegawai yang bertugas berkenaan.

Antara syarat yang perlu dipatuhi untuk menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 adalah bukan dalam kuarantin, tidak bergejala, bukan dari kawasan PKPD, sihat tubuh badan, tiada ᴘᴇɴʏᴀᴋɪᴛ ᴋʀᴏɴɪᴋ dan patuh kepada arahan pegawai bertugas

kredit: akupapankekunci

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini