Foto sekadar hiasan
Aku Hampir Bercerrai Angkara Lipas
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi semua. Aku Zul dan aku nak bercerita sikit pasal rumahtangga aku.
Disebabkan kebodohan aku masa awal awal kahwin, aku hampir ditinggalkan oleh isteri. Puncanya lipas.
Aku dengan wife aku consider arranged marriage lah. Wife aku memang jenis nerd2 sikit, bijak, pandai masak, cantik. Alhamdulillah cukup segalanya bagi aku.
Dia boleh dikategorikan sebagai introvert dan aku pula extrovert. Dia selalu panggil aku kanak kanak Ribena sebab aku jenis riuh rendah kekeke.
Nak dijadikan cerita, wife aku paling takut dengan makhluk Allah bernama lipas. Sebut saja nama lipas, dia geli gelaman sampai rasa nak muntah.
Selepas berkahwin, kitorang menyewa dulu rumah sebab rumah yang kitorang beli tak siap lagi. Biasalah, nak kena renovate bagai ambil masa.
Rumah sewa kitorang dekat dengan tempat kerja wife aku, pasar, supermarket jadi senanglah. Tapi memang ada isu dengan lipas.
Dekat rumah aku kan, kau sebut jea nama spray ke ubat, semua jenis ada wife aku beli. Kesukaan dia adalah spray Ridset. Sekali spray terus mat1 lolll.
Masa awal awal kahwin, aku memang suka prank wife aku. Bila dia nampak lipas kat rumah, memang dia lari sambil jerit jerit.
Memang kerja akulah kena pastikan lipas tu diarwahkan.
Aku selalu tangkap lipas lepas tu acah acah nak baling dekat wife aku. Menggelupur dia lari tak cukup tanah.
Selalunya dia merajuk kejap then adalah pukul pukul manja. Aku pujuk pujuk nanti oklah dia.
Ada satu hari tu, macam biasa aku tengah lepak main phone dekat ruang tamu. Wife aku tengah masak.
Sekali datanglah lipas nie melawat wife aku dekat dapur sambil terbang terbang. Wife aku apa lagi terjerit panggil aku.
Dengan pantasnya aku berlari dan berjaya menangkap lipas tu. Masa nie, aku acah acah nak takutkan wife aku.
Tapi malangnya kali nie memang betul betul aku tercampak lipas tu dekat wife aku.
Wife aku memang jerit kaw kaw sambil terlompat lompat. Habis tunggang terbalik periuk kuali yang tengah masak dekat dapur.
Lipas tu pulak masuk dekat dalam baju wife aku jadi boleh bayangkan tak tahap panik dia camne.
Few minutes feel like few eternities. Kelam kabut aku sampai koyakkan baju wife aku nak tangkap lipas tu. Wife aku terduduk kat lantai menangis teresak esak.
Muka dia pucat sangat sangat. Menangis tersedu sedu jenis yang tak boleh nak nafas.
Aku baru nak pujuk wife aku tapi dia pukul aku sekuat kuatnya.
First time wife aku lost control. Memang teruk aku kena belasah sampai dia tarik tarik rambut aku time tu. Siap dimaki maki tapi dia tak mencarut.
Aku terima jea sebab dah memang salah aku.
Aku ingatkan dia dah ok tapi lepas tu dia terus naik masuk bilik. Aku bagi dia masa untuk bertenang dan aku bersihkan dapur. Memang terpaksa buang semua.
Wife aku mandi berjam jam sampai merah merah kulit dia sental. Siap sapu losyen apa bagai.
Dia pack barang dia dan terus drive weyh pergi rumah kawan dia (kawan perempuan, bujang).
Dia cakap dia tak boleh tengok muka aku lama lama sebab dia rasa nak tumbuk tumbuk.
Aku macam tak boleh percaya dia merajuk sampai macam tu sekali.
Wife aku yang sweet bertukar jadi Hulk gara gara lipas. Aku baru sedar yang this time I really messed it up real bad.
Aku izinkan dia duduk rumah kawan dia sampai dia betul betul tenang.
Kawan dia punyalah cuak bila nampak wife aku datang bawak beg bagai.
Bila dia tanya aku kenapa, aku cakap sebab aku terbaling lipas.
Terkebil kebil kawan wife aku. Aku suruh dia tolong tengokkan wife aku.
Balik rumah aku dah jem otak fikir pasal isu tadi. Dah almost 7 bulan kitorang kahwin, memang tak sangka wife aku capable nak belasah aku macam Hulk. Sakit weyh.
Esoknya, wife aku still merajuk lagi jadi aku tak kacau dia. Aku pergi rumah parents aku nak makan. Masa nie mak aku tanya mana wife aku.
Aku pun bagitaulah wife aku dekat rumah kawan dia sebab marah dekat aku. Aku cakap sebab aku terbaling lipas dekat dia.
Ayah aku yang tengah minum kopi tersedak sedak dia. Mak aku pun terkebil2 tengok aku. Dia tarik kerusi sebelah aku dan suruh cerita.
Lepas habis cerita, mak aku terus ambil segala jenis senduk then ketuk ketuk kepala aku. Kali kedua aku kena belasah weyh.
Ayah aku geleng geleng kepala, nampak dia sedih sebab dapat anak macam aku.
Ayah aku suruh aku masuk bilik sambil tenangkan mak aku. Mak aku ungkit segala jenis kesalahan aku buat dari kecik sampai sekarang.
Ingatkan dah kahwin, ada akal tapi lagi menjadi jadi bingainya. Membazir susu mak selama ini. Sedih aku, dahlah dari semalam tak makan.
Malam sikit aku keluar bilik senyap senyap nak cari makan kat dapur. Tapi kena tangkap dengan mak aku.
Perangai dah macam lipas merayap rayap kat dapur malam malam tak buka lampu buat apa? Terkejut aku kena sergah.
Agaknya macam nielah perasaan lipas tiap kali aku sergah dia masa dia merayap rayap kat dapur. Mungkin lipas nie balas dendam balik kat aku.
Kifarah ke?
Mak aku marah kejap jea. Dia panaskan lauk semua bagi aku makan. Sambil tu aku dengarlah celoteh celoteh dia.
Mak aku cakap masa aku kecik memang tahap nakal aku dah sampai satu kampung tau.
Nama aku famous sebab mak aku jerit sampai satu kampung dengar. Mak aku sendiri pernah menangis banyak kali sebab stress dengan aku.
Nasib baik ayah jenis memahami mak jadi bila ayah balik rumah lepas habis kerja memang aku selalu kena smackdown. Hanger, selipar, paip semua aku dah rasa.
Wife aku mungkin dah lama pendam sekali dia meletup dah jadi macam gunung berapi meletus.
Mak aku pesan ada orang boleh terima prank, ada orang jenis sensitif. Jadi berpada pada kalau nak melawak pun. Prank nie orang orang bingai jea buat.
Nak tersedak aku makan nasi goreng tapi sebab lapar aku telan jea.
Tiba tiba aku flashback balik semua jenis prank aku buat dekat wife aku. Rasa bdoh pulak aku time tu. Kesian dia hmmm.
Malam tu aku hantar mesej panjang lebar dekat wife aku minta maaf. Aku admit salah aku semua dan pujuk dia balik rumah.
Esok tu dia balik rumah tapi muka dia still masam. Bengkak mata dia. Aku terus peluk dia minta maaf.
Dia cakap awal awal dia boleh terima prank aku tapi lama lama dia penat. Penat sangat sangat. Dah sampai tahap dia mula menyampah tengok muka aku.
Trauma dia dengan lipas bermula masa kecik. Abang abang dia yang start suka tangkap lipas hidup hidup then baling dekat dia dengan adik adik dia.
Kejam betul abang2 ipar aku (aku tak sengaja baling so tak kejam kan?).
Pernah sekali lipas tu tersangkut kat rambut dia. Dia berumur dalam 8/9 tahun masa tu. Dia punya takut sampai pengsan.
Bila sedar dia geli sangat dengan rambut dia sampai ayah dia terpaksa potong rambut dia jadi pendek.
Bila dah bekerja, baru dia start bela rambut panjang balik. Tak sangka aku trauma dia sampai macam tu sekali.
Jujurnya dia cakap dia pernah terfikir nak tinggalkan aku kekadang sebab stress.
Allahu, baru tujuh bulan kahwin wife aku dah stress. Rupanya lama dia makan hati dengan perangai bingai aku.
Maafkan aku, sayang. Abang janji tak buat lagi.
Wife aku mengadu sejak kebelakangan nie dia cepat penat. Badan rasa lesu dan memang rasa nak tidur jea.
Aku dah fikir bukan bukan masa nie. Bila aku prank dia lagilah dia stress.
Aku bawa dia pergi check up dan alhamdulillah good news rupanya. Wife aku mengandung 5 minggu dah.
Bila mak aku dapat tau, membebel bebel mak aku dekat aku. Kut kut masa aku prank dia terjatuh ke apa, kesian baby dalam perut. Aku memang betul betul speechless masa nie.
Wife aku dah jeling jeling dekat aku.
Dengan kuasa 2 mak dan wife aku, aku kena ketuk ketuk lagi dengan senduk mak aku.
Mak aku siap cakap dia harap lepas dah kena ketuk nie berhubunglah sel sel dalam otak aku.
Sejak dari hari tu, aku memang taubat habis nak prank2 apa kejadah semua.
Sepanjang wife aku mengandung aku kena bebel dengan dia.
Tak tenang hidup aku disebabkan lipas nie. Macam macam aku kena lalui.
Aku harap korang janganlah jadi macam aku. Nak prank ke bergurau biar berpada pada.
Sekarang nie aku dah nak dekat 7 tahun kahwin. Anak dah 2. Sampai ke hari nie wife aku ungkit pasal lipas walaupun dah pindah rumah baru.
Korang doakan lah wife aku lupa pasal isu lipas nie.
Ataupun cari jalan nak lupuskan keturunan lipas nie dari muka bumi. Habis duit aku bulan bulan beli spray dan ubat lipas.
Sekian…
Suami yang anti lipas, Zul
Reaksi Warganet
Fazlinz Linz –
Saya baca dan saya tak rasa prank tu kelakar. Saya tak suka segala jenis prank di tv atau radio.. Seronok sangat kenakan orang..
Dengan suami, sekali dua saya ok lagi.. Tapi kerap sangat, memang saya marah dan terus sound..
Jamilah Jaafar –
Masa anak aku kecik kami buat sistem kurung dalam bilik sapa yang buat kesalahan macam bergaduh ke apa. Lepas lima minit depa keluar kena salam dan say sorry.
Anak aku yang sulung tu 5 tahun rasanya dia kena kurung. Adik dia kat bilik sebelah.
Rupanya dalam bilik tu ada lipas yang tengah mengawan 2 ekor. Dia menjerit jerit sebab lipas tu terbang dan begitu besar.
Melompat lompat dia atas katil dan kepala katil besi tu tiang dia ada side tajam. Terkena kening mata. Dia menjerit macam nak mti.
Bila kami buka pintu tengok drah bercucuran dekat mata. Panik giila laki aku dukung dia terus ke hospital.
Kena jahit 8 jarum. Pukul 1 pagi baru balik dari hospital. Memang benda itu jadi trauma untuk dia.
Kita tak tahu apa latar belakang seseorang bila kita kawin dan benda tu bukan boleh dijadikan bahan jenaka apatah lagi prank.
Buat orang terkejut kerana kita rasa enjoy. Boleh menyebabkan kematian.
Aku pernah baling ular plastik kepada kawan masa duduk di asrama.
Akibatnya dia terkejut, menggeletar badan, badan kejung, gigi terkancing. Ambulan datang bawa ke hospital.
Aku sangat faham kisah isteri dia ni. Nampak kecik ja tapi benda tu besar sebenarnya.
Nurul Halawati –
Terhibur baca. Memang saya pun takut dan anti lipas.
Tengah mandikan anak dalam bilik air, boleh lari lintang pukang tinggal anak sorang sorang dalam tu. Huhu, punyalah takut ke lipas.
Sebab masa sekolah asrama dulu lipas merayap kat badan dan kaki. Terasa tajam tajam kaki dia tu. Sampai sekarang geli geleman kalau ingat tragedi tu.
Dan yang kelakarnya, suami pun takut lipas jugak. haha
Selalu kalau ada lipas, suami nak juga jadi hero dalam takut takut dia. Dari jauh di spray je lipas tu banyak banyak sampai mti. Dah kejung tak bergerak, baru dia kutip
Sumber – Zul (Bukan nama sebenar) via IIUMC