Kerana ‘kacau line’ mak dengan jiran, aku dihalau ke rumah nenek. Bila mak ditangkap khalwat anak sendiri, semua terkejut

 Foto sekadar hiasan

1bu Aku Seorang J4lang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku menulis ni untuk luahkan perasaan sebagai seorang anak dan untuk pengajaran juga buat mereka yang bergelar isteri.

Ibu tapi ada affair dengan jantan lain.

Sekarang ni aku tengah jaga mak aku sedang sakit. Tapi entah la aku rasa aku jaga hanya atas rasa tanggungjawab bukan sebab kasih aku sebagai seorang anak.

Aku mulakan cerita ketika aku berumur dalam 5-7 tahun. Aku anak sulung dan ada 2 adik lelaki, adik aku namakan M dan A.

Adik aku M muda 3 tahun dari aku manakala adik lelaki bongsu aku A seorang OKU akal.

Keluarga kami bahagia, aku menikmati zaman kanak kanak seperti orang lain.

Kami tinggal di Felda. Keluarga kami mesra dengan semua jiran tetangga.

Ada seorang pakcik ni yang juga jiran kami selalu datang rumah aku dengan bawakan jajan untuk aku dan adik aku.

Jiwa kanak kanak, memang seronok la bila orang bawa makanan untuk kita.

Yang aku perasan, pakcik tu selalu datang time ayah aku tak ada di rumah.

Dia tak masuk di dalam rumah tetapi akan berbual dengan mak aku di pintu dapur. Apa la budak budak besar kami tahu perbuatan mereka tu salah atau tidak..

Masa berlalu, aku dah meningkat remaja. Biasalah bila dah remaja ni kita akan tidur lewat menonton televisyen dan video.

Mak aku akan bising dan memaki aku setiap kali aku tidur lewat. Kadang kadang aku melawan cakap dan kalau malas bergaduh, aku akan masuk buat buat tidur walaupun mata tak mengantuk.

Masa ni mak aku rapat sangat dengan jiran sebelah aku. Disebabkan jiran aku ada kereta, kalau pergi mana mana mak aku mesti join sekali.

Rapatnya mereka sampai nak jodohkan aku dengan anak lelaki mereka.

Memang tidaklah aku nak setuju, dah la aku anggap anak jiran aku tu macam abang sendiri.

Time ni aku tak syak lagi mak aku ni dah melebihi batas sebagai seorang jiran.

Sehinggalah satu hari aku bergaduh dengan mak aku (sebab aku tidur lewat), mak aku campak beg baju aku suruh aku tinggal dengan nenek aku di kampung.

Keesokkan harinya, bapa saudara aku datang ambik aku untuk di bawa pulang ke rumah nenek..

Setahun aku duduk di rumah nenek, satu hari adik aku M telefon mengatakan dia tangkap mak aku dan suami jiran sebelah aku di dalam bilik. Kami berdua menangis dalam telefon.

Tidak ku sangka sejauh ni mak aku buat perangai. Rasa macam aku bermimpi dengar cerita adik aku.

Adik aku baru berumur 15 tahun ketika itu dah kena hadap benda tak masuk akal ni.

Disebabkan mak aku ni jenis “pandai makan pandai simpan”, jiran jiran dan keluarga semua terkejut tak percaya mak aku kena tangkap khalwat dengan anak sendiri.

Dengan anak anak, mak macam singa tapi dengan orang luar pijak semut pun tak mti.

Mesti ada yang tanya mana ayah aku kan?

Aku rasa ayah aku dan adik beradiknya jenis lurus dan blur. Jenis ikut cakap bini tapi sayang sangat pada anak anak.

Masa siang ayah banyak habiskan masa di ladang, tempat dia cari rezeki. Malam memang dia tidur awal sebab penat kerja di ladang.

Lepas kes tersebut, mak dan ayah aku bercerrai. Adik aku M bertukar menjadi liar.

Aku tak salahkan dia, semua salah mak aku. Dialah punca.

Time ni baru aku teringat balik pakcik yang selalu bawa makanan ringan pada kami dulu, rupanya time tu pakcik tulah skandal mak.

Pastu teringat balik kes mak halau aku keluar rumah. Rupa rupanya dia halau aku sebab kacau line dia nak bermadu kasih.

Suami jiran akan datang masuk pintu belakang time ayah aku dah tidur.

Bila mak halau aku balik kampung, tak ada lagi gangguan buat mereka. Banyak lagi cerita perangai mak aku yang aku tahu dan dengar.

Lepas mak bercerrai makin ketara j4lang dia. Kami anak anak ni pandai pandailah bawa diri. Adik yang bongsu ayah aku yang jaga.

Ayah aku pun lepas bercerrai memang jadi tak terurus. Banyak diam diri, kadang kadang aku nampak dia menangis sorang sorang.

Umur 22 tahun aku ambil keputusan untuk berkahwin. Semua urusan aku uruskan sendiri dengan bantuan ayah dan sedara mara.

Mak aku? Dia datang hanya sebagai tetamu. Sedih sangat orang lain kahwin mak ayah dorang yang buat semua. Aku kawin semua buat sendiri.

Mak aku hidup lagha sampailah aku anak 3. Bersalin, dalam pantang pandai pandai lah aku urus sendiri. Mak aku masih dengan dunia dia.

Setelah sekian lama mak aku diberikan nikmat sihat, 2021 kesihatan mak aku mula merosot.

Masa ni baru dia rajin call aku, rajin tanya khabar keluarga aku terutama cucu cucunya. Baru nampak jalan ke rumah aku.

Sebelum ni bila aku ajak dia datang ke rumah aku, macam macam alasan dia bagi.

Cuti hujung minggunya di isi dengan bercuti, pergi mall dan tengok wayang. Memang tak ingat anak cucu pun masa dia sihat.

Sejak tak sihat baru dia rajin datang rumah aku. Sekarang akulah yang jaga dia setiap kali dia terlantar sakit.

Adik aku M memang tak mahu ambik tahu pasal mak aku. Aku tak salahkan dia. Banyak yang M pendam tidak luahkan.

Aku bernasib baik, ada suami dan anak anak yang bagi support. Aku ceritakan semua pada anak anak aku. Aku ajar mereka tidak berdendam walau hati kita disakiti.

Alhamdulillah, anak anak aku santuni nenek mereka dengan baik.

Cuma itulah, parut dihati payah nak di ubati walaupun mulut melafazkan “aku maafkan kamu”.

Tolong doakan aku ikhlas santuni mak aku, dapat jaga dia dengan baik dan redha sepenuhnya.

Buat isteri isteri atau ibu di luar sana yang berperangai macam mak aku, aku doakan korang berubah sebelum kifarah datang.

Sakit sangat jadi anak kepada perempuan begitu. Sampai mti belum tentu boleh sembuh.

Reaksi Warganet

Ishmah Musfirah –
Each time you see her, your scar will bleed.

You better do DNA testings for you and your siblings. Bukan boleh percaya perempuan banyak scandal.

Nonie Noralia –
Saya bukan dtempat kalian tetapi bagi saya segala perbuatan ibu itu antara dia dengan Tuhan. Ujian untuk kalian juga semua.

Sekarang peluang kamu mengingatkan ibu untuk bertaubat dan meminta maaf pada anak anak dan bekas suami.

Semoga membaik semuanya untuk keluarga kalian. In shaa Allah. Aamin.

Sue Mayah Rasidi –
Untungnya si emak perangai jalang tapi ada anak yang masih baik nak jaga bila dah tua.

Sedih, dapat suami baik pun sanggup lagi curang hingga tahap berziina, dan paling sedih, anak jadi mngsa keadaan..

Aini Rahim –
Sebelum mak awak mti tolong pujuk dia taubat nasuha dan mintak dia supaya mintak ampun dekat semua.

Takpala kalau orang tak mampu nak ampunkan, sekurang kurangnya dia mintak maaf sungguh sungguh.

Layla Witra –
Saya faham perasaan awak. Saya pernah berada dalam situasi itu tapi saya anak bongsu…

Selalu ditinggalkan sendirian sebab mak gi Dating.

Saya faham luka itu tapi nak membenci selamanya adalah tak mungkin. Ia adalah ujian untuk kita.

Santuni ibu sewajarnya walaupun dosanya bergunung tetap doanya terpaling makbul untuk kita anaknya.

Saya doakan semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala permudahkan segala urusan awak sekeluarga senantiasa Insya Allah Allahhumma Aamiin

Sumber – Merpati putih (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *