Foto sekadar hiasan
Anak Hasil Broken Family
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi, Aku Nayla. Umur dah 30an. Aku nak cerita pasal aku sebagai hasil broken family ni.
Mak ayah aku bercerrai masa aku darjah lima. Ayah aku memang baran dan senang naik tangan.
Mak aku tengah pantang anak keenam masa tu. Dan punca ayah aku lafas cerrai adalah kerana kopi yang mak aku sediakan lepas ayah balik kerja tak cukup panas.
Ayah aku memang senang lafaz cerrai tapi selalunya ayah akan ruju’ pada hari yang sama.
Kebetulan hari ayah aku lafas tu mak cik aku, ustazah muda ada dekat rumah dan saksi ucapan lafaz tu.
Nak tak nak ayah aku kene ruju’ dekat mahkamah.
Bila dah kene ruju’ dekat mahkamah barulah kantoi ayah aku ni kaki control dan kaki pkul mak aku.
Family sebelah mak aku pon bantah mak aku untuk ruju’ semula.
Ayah aku nikah dengan mak tiri, janda anak lima dalam waktu edah. Niat mak aku untuk ruju’ semula ditentang kuat oleh nenek dan atuk.
Hak penjagaan dapat dekat mak aku. Semua 6 orang mak aku jaga dengan nafkah bulanan 600 dari ayah aku.
Bermula lah kehidupan aku dengan adik adik tanpa ayah.
Mak d3press teruk lepas cerrai. Dah besar baru aku perasan mak aku d3press. Mak aku selalu nangis kat dapur. Sampai kurus.
Mak aku kerja government. Tapi gaji semua potong hutang ayah aku.
Tak silap aku sebulan gaji bersih mak 100 je tinggal. Ayah pulak dah culas bagi nafkah.
Mahkamah dulu tak strict macam sekarang. Nak fight nafkah tu macam minta sedekah.
Nak dijadikan cerita. Air api letrik semua kene potong. Kami hidup melarat.
Tapi masa tu tak perasan pon aku miskin. Kecik lagi tak faham ape ape. Baby 2 orang mak aku terpaksa hantar kampung bagi nenek jaga.
Aku dengan adik adik selalu cari makan sendiri dekat rumah. Masak apa yang ada.
Aku reti masak nasi dah. Telur pon aku pandai goreng. Kalo lapar aku masak nasi.
Kadang gaul dengan garam. Kadang gaul dengan gula. Kalo ade bawang, lauk bawang la.
Panaskan minyak goreng lama tu buat jadi kuah. Kalo ade tepung buat cekodok garam atau cekodok manis.
Kitorang mandi dan basuh baju dekat sungai/ kolam awam. Berak dekat office mak. Gosok baju sekolah dekat office mak.
Sebelum subuh kene kene pergi office mak. Terpaksa gunakan air dan letrik dekat office kerajaan. Untuk hidup tak meminta.
Tak layak pon nak meminta. Gaji pokok mak aku dah lebih RM 1500.
Aku dengan adik adik selalu jugak ponteng sekolah rendah dan sekolah menengah. Tapi keputusan exam kitorang elok.
Bila cikgu tanya kenapa ponteng aku cerita la memang tak ada duit nak naik bus. Masa rehat pon lari pergi minum air paip dekat tandas.
Bantuan belajar pun aku tak layak. Sebab gaji pokok mak aku tinggi.
Cikgu pejamkan mata je kalau aku dan adik adik ponteng. Mak aku selalu sangat datang sekolah masuk bilik disiplin.
Tapi tak ada pilihan lain. Duit tambang bus atau makanan. Kitorang cuma belajar sungguh sungguh.
Start aku tingkatan 4 gaji mak dah makin naik. Potongan Hutang pinjaman ayah aku sikit sikit langsai. Kami semua 6 beradik dah duduk serumah.
Aku start jadi pelajar harapan untuk straight A SPM sebab PMR aku straight A.
Masa ni mak nampak naik semangat. Mak masak kalo sempat. Mak siap mintak maaf sebab biarkan aku masak jaga adik adik dan uruskan rumah. Aku makin banyak masa study.
Banyak yang aku telan sejak mak ayah aku berpisah. Aku anak manja ayah. Sangat kuat rindu pada ayah.
Tapi apa yang ayah buat dekat mak. Dan biarkan kami anak anaknya hidup melarat buat aku tutup rindu tu dengan benci.
Nak pulak tengok mak nangis dekat tangga. Kadang kadang mak murung terbaring macam dah hilang nyawa. Anak mana yang tak terkesan.
Aku datang bulan. Pakai kain batik lama kerat kerat jadikan pad. Basuh dan kering kan. Selalu sangat bocor dekat sekolah.
Baju dalam dan underwear lama mak aku. Aku pakai sampai lunyai. Jahit tangan kecik kan mana yang patut.
Baju seluar adik adik, aku jahit tangan atau tampal kalau koyak.
Kalo mak aku balik kerja rumah sepah. Mak aku akan terduduk menangis.
Aku memang tak sanggup tengok mak macam tu. Aku kemas mana yang boleh. Adik adik aku takut dengan aku.
Sebab aku lagi garang daripada mak. Aku kuat bebel. Aku ganti mak.
Mak tak hirau dah anak anak. Mak ambil upah jahit. Buat kuih, ice-cream, jajan untuk kitorang jual dekat sekolah.
Tapi kuasa Allah. Kami adik beradik tak pernah complain hidup susah.
Dalam banyak yang menghina ada cikgu dan kawan kawan yang baik dan paham masalah aku.
Aku tak dapat bantuan buku teks sepanjang sekolah menengah. Selalu je kawan offer kongsi buku teks dengan diorang.
Kadang kadang tak sempat nak buat kerja sekolah sebab masak, jaga adik adik, uruskan baju.
Aku budak lagi tak laju mana pon aku nak handle rumah dengan adik adik yang kecik lasak.
Cikgu tak bebel dekat aku. Tapi still kene denda naik atas kerusi.
Habis sekolah sebelum balik aku akan pergi bilik guru hantar kerja sekolah yang tertunggak atau tanya subjek yang aku tertinggal sebab ponteng.
Ada jugak ustazah yang usahakan aku dapat duit belanja naik bus. Dia bayar fidyah. Siap kumpul fidyah dari kawan kawan kampung dia.
ALLAH saja dapat balas jasa kebaikan ustazah. Setiap kali hulur duit, ustazah akan bagi motivasi. Minta aku tabah dan teruskan jadi kuat.
Ayah ade sekali dua datang lawat kami adik beradik. Mak selalu cerita ayah baik. Ayah sayang anak anak. Jangan benci ayah.
Aku anak manja ayah, paling gembira kalau ayah datang.
Tapi sekejap je aku gembira. Aku peluk ayah. Ayah raba aku. Aku jadi takut. Keliru.
Setiap kali ayah datang ziarah, aku menyorok. Nasib aku baik lepas kejadian tu mak tiri aku haramkan ayah aku datang rumah mak.
Jealous agaknya mak aku makin cantik dan kurus.
Aku makin berhati hati. Memang baju aku labuh. Tudung aku macam telekung. Kalau ayah sendiri tergamak pegang aku. Inikan pula lelaki lain.
Hidup aku tiada istilah cinta atau couple. Cukup lah ayah seorang lelaki yang menyakiti aku.
Aku simpan cerita ni sorang sorang. Mak pun tak tau.
Aku benci ayah aku. Setiap kali aku rasa susah atau lapar dan sempit, aku salahkan ayah.
Semuanya berpunca sebab ayah abaikan nafkah dan Hak aku sebagai anak.
Dan aku tahu broken family ni akan mempengaruhi minda aku untuk jadi memberontak dan nakal.
Tapi aku selalu ratib dalam hati. Aku nak buktikan aku berjaya. Kerja bagus. Mak dan adik adik senang tanpa ayah.
Satu hari aku akan tunjuk kejayaan aku pada ayah dan keluarga baru ayah. Sikit hak nafkah aku yang mereka ambil. Melimpah ruah Allah gantikan.
Selepas habis SPM dengan cemerlang aku tak duduk diam tunggu UPU. Aku kerja dengan gaji 600 sebulan, kerja 12 jam Sama dengan Indonesian dan Bangladeshi.
Duit itu lah aku beli barang barang dapur. Aku dapat gaji kedai pertama, aku pergi kedai runcit.
Aku beli roti, ice-cream, sunquick, susu dan macam macam untuk mak dan adik.
Semua yang aku teringin yang tak mampu aku beli dulu aku borong.
Aku ingat kiri kanan tangan aku penuh bawak plastik jalan kali balik rumah. Siap tergolek tin susu dengan kicap sebab plastik bocor tengah jalan.
Tapi moment tu lah paling aku ingat. Aku bahagia dapat provide keluarga kecil aku. Dapat mewahkan makanan adik adik aku.
Aku memang akan bagi mak aku cash. Aku simpan separuh. Mak aku separuh. Dan mak memang harapkan duit gaji aku setiap bulan.
Pernah aku masam muka dengan mak aku sebab gaji aku lambat dan mak aku pergi call boss aku.
Kawan kawan kerja bahan aku. Malu la jugak. Masa tu dah anak dara. Malu tak bertempat tu wujud, haha.
Aku dapat offer ASASI IPTA. Masa tu kene bayar yuran 600++.
Aku belum gaji. Merata aku call pakcik pakcik aku minta pinjam. Masa tu aku tahu kalau kau miskin tak ada saudara nak tolong.
Aku buat surat mintak advance gaji dekat boss aku. Sekali surat resign sebab nak sambung belajar.
Alhamdulillah boss perempuan aku baik. Dia siap pesan kalo cuti datang la buat OT. Belajar sungguh sungguh dan jangan lupa solat.
Habis ASASI aku sambung Degree. Alhamdulillah tak ada masalah tentang belajar. Cuma masalah duit.
Aku tak dapat nak mohon PTPTN sebab document ayah, aku tak ada. Aku minta document ayah aku.
Aku dilayan macam peminta sedekah oleh mak tiri. Aku daif sampai aku makan sisa tong sampah.
Malam malam lepas pukul 12 aku pusing luar hostel cari makanan dalam tong sampah.
Lebihan Donut, kepci, mekdi, jajan jajan expired aku kutip makan. Aku bawak masuk surau atau bilik utility hostel tu. kunci pintu dan makan.
Kadang kadang roommates aku perasan aku keluar bilik dan dia cari aku.
Sampai sekarang dia ingat aku nangis dekat surau. Padahal aku makan. Haha.
Memang aku tak meminta. Mak aku selalu pesan ramai lagi Manusia susah. Selagi boleh usahakan sendiri. Jangan meminta.
Aku beli nasi telur goreng dan kuah rehat tengahari. Makan separuh. Simpan untuk dinner. Rm3 sehari.
Beli susu tin tu bancuh dengan air panas. Aku jenis tak boleh tidur kalau lapar. Minum susu panas lena terus.
Aku bertahan 1 semester tanpa PTPTN dan Tak ada laptop. Phone nokia 3310. Di zaman android dan wassap aku maintain guna sms sampai semester 4.
Famous jugak aku sebab lecturer dan kawan kawan kelas kena sms aku personal kalo class cancel atau apa apa urusan.
Dan diorang tahu aku miskin. Tapi tak pernah rendah kan aku.
Alhamdulillah aku dapat PTPTN. Aku pergi pesuruhjaya sumpah. Angkat sumpah, ayah aku hilang dan tak dapat dihubungi.
Nama ayah hanya ada di surat cerrai dan Surat beranak. Aku padam ayah dalam hidup aku.
Kadang kadang aku lupa aku pernah ada ayah.
Aku tak duduk diam dekat University. Aku buat part time. Tutoring. Setiap bulan aku balik bawak mak aku pergi market beli barang dapur.
Penuh trolley. Senyum mak aku. Aku usaha first class degree nak free PTPTN.
Alhamdulillah berkat doa mak. Dapat biasiswa. Tak payah bayar PTPTN.
Habis degree aku kerja. Walaupun gaji gred SPM. Tapi berkat. Cukup aku bagi mak. Cukup aku belanja adik adik aku kepci, mekdi, wayang.
Turun naik bas aku pergi kerja. Turun naik bas aku bawak adik adik aku jalan jalan. Alhamdulillah aku dah senang. Dah cukup.
Dalam kesibukan kerja, adik lelaki aku call. Ayah dah tak ada. Aku blur. Nak nangis? Nak gelak? Nak padan muka?
Sudah nya aku pergi hospital naik taxi dalam rasa tak percaya. Mak tiri aku ni nak prank aku ke.
Bila sampai hospital nampak ayah pucat terkujur. Nmpak mak tiri. Adik adik tiri meratap. Runtuh hati aku.
Aku yang pertama sampai. Adik adik dan mak tunggu kereta jiran untuk ke hospital.
Aku nangis peluk ayah. Kenapa cepat sangat ayah pergi.
Akak tak sempat tunjuk kejayaan. Tak sempat nak cerita derita akak. Tak sempat nak dengar yang ayah bangga dengan akak.
Dalam benci ayah Bertahun tahun. Ada rindu dalam hati akak.
Mak dan adik adik sampai hospital. Masing nangis tersedu sedu. Seakan lupa kekejaman ayah.
Betul lah ayah tetap ayah. Akhirat nanti kite tetap punya ayah yang sama.
Lepas ayah tiada. Hati aku Seakan kosong. Tiada siapa yang aku nak salahkan.
Sedangkan kebencian pada ayah buat aku kuat harung hidup.
Aku mula belajar hidup tanpa benci dan dendam. Aku mula kejar kejayaan demi diri sendiri, demi Allah.
Mak dah makin tua. Adik adik dah mula kerja dan belajar University. Mak dapat beli rumah dan kereta sendiri.
Aku belajar untuk slow down. Cari kemanisan remaja yang hilang.
Aku dapat kerja overseas. Cuba berseorangan. Kenal diri. Kenal tuhan.
Setiap kali solat aku doa untuk mak dan ayah. Ada rezeki aku wakaf atau sedekah untuk mak dan ayah.
Aku masih dalam process memaafkan ayah. Mencari hikmah. Jodoh dan ajal. Aku serahkan pada qada qadar. Semua nya dah ditetapkan.
Alhamdulillah. Broken family buat aku matang sebelum usia. Ajar aku usaha atas kaki sendiri.
Ajar aku jaga ikhtilat degan lelaki dan jaga aurat. Ajar aku bergantung harap pada yang ESA.
Tak semuanya hasil broken family ni rosak.
Bercerrai tak semestinya sengsara. Anak anak ada rezeki Masing masing. Jangan putus harapan. ALLAH ada.
Doakan aku dapat ketenangan hati dan redha.
Banyak lagi ujian yang akan datang. Ujian pernikahan. Ujian anak. Selagi masih bernyawa.
Terima kasih baca luahan yang tak seberapa.
Anak broken family, Nayla
Reaksi Warganet
Lea Lyana –
Memang kebanyakan anak broken family hidup lebih kurang begini. Tapi pilihan yang kami ada cuma 1- perlu jadi kuat.
Aku puas membaca tulisan dan jalan kau Nayla. Semoga perjalanan kau sentiasa dipermudahkan dan dirahmati.
Fatin Anis –
Rasa terkesan sangat hati ni bila baca TT selongkar tong sampah cari makanan.
Teringat masa zaman matrik dulu kecoh cerita sorang budak perempuan selongkar tong sampah malam malam.
Kami semua buat kesimpulan yang budak tu tak berapa betul.
Tak pernah terlintas pulak masa tu nak pikir yang mungkin budak tu ada masalah kewangan yang sama macam TT..
Aniss Zakaria –
Teringat nasib sendiri lepas baca cerita dia.
Mungkin hidup dia lagi teruk dari aku, sebab aku ada kawan kawan yang sanggup tolong pinjamkan duit walaupun dorang sendiri tengah sempit dan geram bila aku mintak pinjam duit.
Alhamdulillah, berkat dorang pinjamkan duit aku dapat teruskan hidup.
Terima kasih banyak banyak pada yang banyak membantu diri ni. Selesai sudah segala hutang dengan mereka.
Syukur pada Allah masih bagi peluang untuk aku hidup sampai hari ni walaupun serba kekurangan, menderita..
Nisha Shafika –
Puasnya hati dengar confession you.
Di alam sana biarlah ayah tu jawab apa yang dia dah buat atas muka bumi.
Sebab selama dia hidup dia seakan lupa dia akan mati, biarkan anak anak tak bernafkah, nafikan pendidikan anak anak.
Menjawablah.
Proud of you sisturrrrr
Sharnie –
Alhamdulillah. Sekurang kurangnya adik ni lega sebab dapat cerita kan apa yang terpendam..
Tahniah adik. Adik lah antara mereka yang akan berjaya di dunia dan akhirat. Sentiasa ingat Allah.
Jangan lupa, nanti nak kawin kena pilih 4 syarat yang Islam tetap kan.
Kena pilih harta.. Keturunan.. Agama.. Dan Rupa..
Jangan ada satu slack pun. Sebab lelaki ni, kalau perempuan terima seaadanya, mereka tetap kata mereka yang paling bagus walaupun isteri dah penat urus keluarga semua benda.
Jadi.. Jangan terima seaadanya. Ikut lah cara Islam ya.. All da best..
Sumber – Nayla (Bukan nama sebenar) via IIUMC