“Kecik lagi dah pandai”. Pelik budak 7 tahun, duduk sebelah. Tapi tangannya ‘di bawah meja’ kawan.

 #Foto sekadar hiasan

Kecil Lagi Dah Pandai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Provokatif sungguh tajuk kali ni. Tapi percayalah, isinya baik.

Cabaran baru yang kulihat pada sesi mengajar kali ini, ialah murid yang terdedah pada kelvcahan.

Kanak kanak seusia 7 tahun yang membaca pun belum pandai. Tapi sudah tahu mengusik z4kar orang.

Seawal minggu pertama aku dah spotted tindak tanduk beberapa murid ni. Ada dua orang yang duduk bersebelahan dan tangannya ‘di bawah meja’ kawan.

Ada yang masa berdiri mengaji sebelah aku pun tangannya dalam kain samping. Ada yang mengadu, kawannya nak cium.

Murid lelaki dengan lelaki. Ada yang tendang kawan, sambil tersengih sengih tendang di kemalvan. Terkebil kebil si kawan pegang kemalvannya kena tendang.

Bull’s eye tu juga nak ditendang. Dah tak ada tempat lain?

Sazah perati je perangai korang… Nak pastikan korang tersilap atau memang sengaja berkelakuan macam tu.

Minggu lepas waktu berziarah ke rumah Akak, kami berbincang tentang hal ni. Maklum la, Akak ada 3 anak lelaki baya baya muridku.

Mungkin Akak boleh fahamkan aku tentang sikap budak lelaki meneroka tubuh badan pada usia ni.

Akak kata setengah budak lelaki memang terbiasa pegang kemalvannya sebab tahan kencing. Kita kena selalu ingatkan supaya pergi kencing dan berhenti pegang kemalvan.

Masalahnya, dah berapa tahun aku mengajar tak biasa pula nampak murid pegang kemalvan bila nak kencing. Mereka berjoget terkepit kepit adalah.

Kemudian Akak cerita pula kejadian di sekolah anaknya, Angah.

Waktu di tandas, Angah pernah terserempak murid darjah satu berdiri menghadap dinding, dengan gaya orang kencing berdiri.

Padahal tiada tandas berdiri di situ. Angah tak nampak tangannya buat apa tapi Angah tengok muka budak tu merah.

Kau buat apa berdiri mengadap dinding dengan muka merah nakkkkk…..

Aku, Akak, Ibu, kami semua diam macam tercekik tulang. Pedih sungguh realiti anak anak zaman ni..

Dua hari lepas, Ayub mengadu dekat aku. Ijan tunjuk kemalvan dekat dia!

Aku panggil Ijan yang kecik kuit badannya. Antara murid yang pandai mengaji dan selalu bimbing kawan dalam kelas.

Ijan mengaku dia buka tengah sampingnya yang sudah tiada zip, seolah olah menunjukkan kemalvan. Cuma buka lubang samping. Bukan betul betul buka seluar.

Tapi perbuatan tu melampau bagi seorang budak. Aku syak ada yang abvse budak ni sampai dia tahu kelakuan tu. Aku tarik Ijan ke meja guru dan siasat lebih lanjut.

“Ijan, ada orang pegang kemalvan kamu ke di rumah?”

Ijan angguk. “Siapa?” tanyaku lagi sambil mencadangkan dua orang. Seorang Ijan nafikan, seorang dia iyakan.

“Dia pegang macam mana? Cuba Ijan buat kat tangan ustazah ni.” Aku hulur tangan, nak pastikan sentuhan tu seperti apa.

Dari gaya sentuhan boleh diteka niatnya. Boleh jadi ‘orang itu’ cuma tolong basuhkan kencing atau buang kutu babi.

Ijan gengggam genggam tangan aku beberapa kali.

“Selalu ke dia pegang?” Ijan angguk.

Sayu hati aku. Budak ni memang kena abvse. Dengan keluarga sendiri.

“Bagitahu ibu tak? Ibu cakap apa?”

“Ibu kata dia pegang sebab dia marah Ijan.”

Tolol. Marah piatlah telinga. Cubit perut. Tarik sideburn ke. Apa benda marah genggam kemalvan. Kecewanya aku dengar jawapan Ijan.

Kasihannya Ijan… Argh hangin aku dengan parent tolol begini!

Aku putuskan untuk berterus terang dengan murid harini. Sekarang. Kalau kelvcahan sudah jadi terang-terangan, nahi munkar juga perlu terang terangan!

Kelas kujeda sebentar, berdiri di tengah whiteboard menyeluruhi wajah suci anak anakku.

“Anak anak, siapa ada tempat kencing? Angkat tangan,” sambil aku angkat tangan tinggi tinggi.

Satu kelas terdiam dengar soalanku. Tak ada yang berani angkat tangan. Mungkin tak pasti apa arah soalan aku tu. Suasana rasa tegang sejenak.

Tiba tiba Saif yang duduk depan sekali gelakkan aku.

“Hahaha ustazah pun ada tempat kencing!”

“Eh mestilah, kamu ingat ustazah kencing dekat hidung?” Aku pandang Saif sambil tunjal dua jari ke hidung sendiri.

Semua gelak dengar jawapanku. Suasana tegang jadi kendur. Barulah mereka angkat tangan.

“Bagus. Semua ada tempat kencing. Apa kita panggil tempat kencing?” soalku melanjutkan.

Macam macam jawapan mereka beri, berdasarkan apa yang diajar oleh keluarga. Ada yang jawab dengan istilah sebenar.

“Betul.. Tempat kencing lelaki, kita panggil z4kar. Perempuan, kita panggil f4raj,” ujarku tegas menghilangkan janggal.

“Ustazah nak pesan ni, dengar baik baik. Z4kar dan f4raj kita, tak ada siapa pun boleh pegang. Siapa pun tak boleh. Keluarga ke, kawan ke, TAK. BOLEH. Faham?”

“Faham…” perlahan saja balasan mereka.

“Kita pegang z4kar dan f4raj orang pun TAK BOLEH. Faham?”

“Faham…”

“Kalau orang sentuh, buat apa? PUKUL TANGAN DIA. Macam ni,” ujarku sambil pukul tangan sendiri kuat kuat depan mereka.

Diam semua senyap sunyi.

“Anak anak, siapa pegang z4kar dan f4raj orang, berdosa. Kamu jangan ingat nak main main macam pegang telinga ya. Pegang z4kar dan f4raj BERDOSA. Siapa nak masuk neraka?”

“Tak naaaaakkkk…”

“Ha macam tu jangan pegang z4kar dan f4raj orang, jangan bagi orang pegang z4kar dan f4raj kamu. Janji ya?”

“Janjiiiiiii….”

Pendedahan pada usia muda akan menyebabkan ketagihan. Ketagihan s3ks bakal merosakkan otak sama macam ketagihan d4dah. Lelaki yang bermain z4kar boleh menyebabkan mti pucuk.

Lebih bahaya dari itu, kesan maksiat s3ks mengundang AZAB dari langit… Allah bayar CASH di dunia sebelum akhirat!

Ya Allah lindungi murid muridku… Kesiannya mereka semua.

Anda yang baca ni, didiklah kanak kanak kita jaga aurat mereka. Prihatin dengan aduan mereka.

Kalau anda orang dewasa nakal sekalipun, jangan libatkan kanak kanak. Mereka masa depan kita.

Please. Nanti kita semua dah tua, anda mahu negara ni ditadbir oleh manusia giila s3ks? Mahu dijaga oleh belia belia rosak otak?

Nauzubillah!

Mohon hentikan. Kita boleh.

(Semua nama dalam cerita ni bukan sebenar. Terima kasih admin kalau sudi share awareness..)

Reaksi Warganet

Que Ashiela –
Banyak kes begini berlaku di kalangan anak anak sekolah rendah. Mereka mengaku selalu tengok video ‘dewasa’ ni daripada telefon ibu ayah masing masing.

Jadi jangan salahkan anak anak jika mereka buat perkara terkutuk. Ibubapa punca sebenar! Sedih

Zaisyrafna Zam –
Tu la seram. Saya ni pun dengar bebudak sekarang sembang, adoiiii pitam. Belum lagi baca msg2 dalam wasap.

Ape lagi semua dah ada media social sendiri lagi Allahuakbar.

Semoga terlindung la anak anak semua dari keburukan macamni. Aamiin ya rabbal alamin

Ramlah Said –
Kadang heran dengan mak bapak yang tak prihatin dengan video2 jenis begitu.

Ada kes anak (masih Yr 4 budak tu masa tu) sampai bawak pergi sekolah. Bagi kawan suruh tengok dekat rumah.

Sekali terkantoi. Bawak pergi jumpa PK Hal Ehwal Murid. Bapanya pun di panggil ke ofis sekolah.

Malang skali mentaliti si bapa, bukan rasa terkejut atau malu/marah dengan tindakan anak tu tapi macam bangga pulak bila bercakap dengan pihak sekolah:

“Saya tak heranlah cikgu. Dekat rumah saya memang banyak video jenis tu…”

Terkedu HEM mendengar mengakuan bapa budak tu. So WHAT??. bangga beno dia bagi anak darjah 4 tengok dan bawa ke sekolah pulak tu.

Jangan menyesal lah wahai si bapak. Jika suatu hari nanti anak awak jadi per0gol/maniac..!

Roshaida Dellah –
Tq for sharing ustazah. Saya ada 3 orang anak lelaki.

Hari hari saya akan pesan atau nasihat diorg. Jangan buat itu jangan buat ini. Hari hari time balik sekolah diorang akan tadah telinga dengar saya bagi ceramah.

Saya akan sengaja pilih laluan jauh untuk sampai ke rumah semata mata nak berborak borak dengan mereka sambil sambil beri nasihat.

Harap anak anak saya akan dengar nasihat saya sampai bila bila. Saya tak bagi anak saya tengok hp sebab benda benda macam ni la.

Anak akan main hp weekend sahaja tu pun ada limit. Tapi dekat rumah ada tv internet yang mana mereka boleh tengok cerita apa apa dengan pengawasan saya.

Anak saya pun alhamdulillah jenis tak memberontak bila tak dapat hp.

Harap anak anak kita semua terlindung dari benda benda yang tak elok…amin

Sumber – Sazah Bukan Perfect (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *