Kawin dah 15tahun. Malam time isteri ‘OT’, aku tangkap dia dengan staf laki. Bila dia mengaku, aku pula buntu

 #Foto sekadar hiasan

Isteri Curang Sampai Terlanjur Berkali Kali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku dah berkahwin dengan isteri aku sudah hampir 15 tahun.

Kami belum lagi di kurniakan anak, tapi kami ada anak angkat yang di ambil sejak lahir lagi yang kini sudah berusia 10 tahun.

Berbalik dengan cerita aku, isteri aku berkerja di sebuah kilang. Kerja shift.

Berberapa bulan lalu isteri aku kantoi ada scandal dengan staff lelaki lain. Sampai pernah check in berberapa kali di hotel..

Sewaktu check in di hotel dia bagi alasan perlu OT kerja malam tapi dia bukan OT tapi dia pergi check in.

Aku cuba kumpul segala bukti. Setelah semua bukti ada, aku cuba tangkap lelaki yang bersama dia. Sebab aku tahu dia yang hantar lelaki tu pergi balik kerja.

So aku dapat tangkap lelaki tu dan rampas phone dia. So di situ lah banyak perkara yang aku tahu memang betul dan sah mereka selalu checkin dan ada hubungan…

Aku terus paksa isteri aku untuk mengaku. Mula nya dia menindakkan nya tapi akhir nya dia mengaku memang ada hubungan dengan lelaki tersebut sehingga selalu terlanjur..

Kerana kejadian itu aku trauma sehingga di serang penyakit anxiety hingga sekarang..

Aku susah untuk lepaskan isteri aku sebab terlalu sayang dan tak nak anak aku trauma dan terjejas kesihatan dan mental nya…

Benda ini terjadi dengan alasan dia cakap aku busy, tak ada masa untuk dia, tak ambil berat tentang dia..

Sedangkan dia sendiri kerja shift. 2 hari siang, 2 hari malam. Lepas kerja malam memang dia akan tido sampai 5 petang. Cuti pun 2 hari je..

Kalau dia OT lagi lah. Lepas kerja malam dia balik tidur, esok dah kerja balik.

Masa bila pulak aku nak luangkan masa dengan dia. Aku dah lah kerja normal hour.

Aku penah suruh dia berhenti kerja tapi dia bagi alasan keluarga di kampung perlukan dia yang bantu dalam hal ekonomi.

Setelah kejadian itu, baru aku tahu dia selalu belakangkan aku. Buat personal loan, duit simpan pun habis, barang kemas yang di beli di gadaikan dengan alasan bantu keluarga di kampung…

Oklah aku anggap tu bukan rezeki aku. Tapi aku betul betul kecewa apa yang dia lakukan sampai scandal dan terlanjur berberapa kali..

Kalau tak kantoi memang dia akan check in lagi. benda ni berlaku dalam tempoh hampir 2 bulan lebih…

Sekarang aku selalu berasa cemas gelisah sedih. Dalam tido pun selalu nangis..

Aku dah tak tahu apa perlu aku buat dah.

Hari hari aku minta petunjuk dari Allah.. Moga Allah tunjukan apa perlu aku lakukan..

Buat sahabat semua boleh tak bagi pandangan dan apa perlu aku lakukan.

Terima kasih..

Reaksi Warganet

Makngah Sal –
Cuba bawa berbincang dengan isteri. Sebab kalau dah sampai terlanjur ni.

Kalau ditakdirkan ada anak luar nikah lagi berat kes. Lagi teruk, kalau lelaki tu tak nak bertanggungjawab dan awak kena jaga anak tu.

Maaf. Saya cuma pikir masa akan datang kalau terjadi hal macamtu. Kalau isteri pilih untuk hidup bebas, lepaskan je la.

Awak tak rasa apa apa ke bila bersama dengan dia tubuh badan je awak dapat.

Tapi hati dia, fikiran dia hanya untuk skandal dia. Sebab hati dia dah tak de dekat awak sebab tu dia pilih terlanjur dengan lelaki lain..

Amalina Abidin –
1st ko pergi la jumpa psychiatrist.

2nd kalau rasa masih sayang suruh la dia benti keje dan suruh la dia taubat nasuhah.

3rd kalau bini taknak dengar cakap ko pergi je la pejabat agama tu bang.

Sedangkan dalam Islam ada hukuman untuk orang yang berziina iaitu 100x sebatan.

Semoga ko kuat bang. Kalau aku dekat tempat kau, aku rasa kene pkul dah dedua orang tu. Memang mg aku kejar guna parang

Akrima Abu Bakar –
Dulu sebelum kahwin ada orang nasihat, kalau sayangkan pasangan jangan 100%.

Sebab dalam perkahwinan pasti akan diuji, kalau tak pasangan diambil orang, pasti pasangan akan diambil Tuhan.

Terlalu sayangkan seseorang boleh buatkan kita lupa nak guna akal waras untuk membuat keputusan..

Ambil masa untuk berfikir, boleh ke percaya dia lagi andai betul dia nak berubah.. Kalau dah sampai malam tak boleh tido memikirkan, mungkin tuan sendiri dah banyak overthinking..

Kadang kadang melepaskan tu lebih melegakan dari terus bertahan pada hubungan yang rapuh.

Tapi apapun banyakkan bertanya pada Allah supaya Allah lorongkan jalan terbaik buat kalian.

Andai hubungan boleh diperbaik, mohon Allah lorongkan isteri bertaubat dan berubah.

Jika tidak, mohon Allah kurangkan rasa sakit bila terpaksa melepaskan..

Hafiz Aiman –
Kamu masih jadikan dia isteri kamu bermaksud kamu redo dengan dirinya.

Maka agama meletakkan diri kamu sebagai lelaki dayus. Sayangi dekat diri dulu supaya kehidupan lepas m4ti terbela.

Membawa gelaran dayus selepas m4ti akan membawa kesakitan yang tidak terduga.

Jagalah keturunan kamu. Dalam hidup tiada apapun dimiliki oleh manusia. Kerana semuanya Allah yang punya.

Cuma tugas manusia hanya mengusahakan sahaja. Lalu apa yang manusia dapat semua Allah sudah sediakannya.

Maka jangan takut untuk melepaskan kesengsaraan di akhirat.

Cahaya Kebijaksanaan –
Jika benar tuan mahu selamatkan perkahwinan, pastikan dahulu isteri betul betul insaf dan bertaubat.

Dan nampak usaha dan azamnya untuk berubah, bukan penyesalan kerana kantoi. Jika insaf kerana kantoi, tidak mustahil episod kecurangan boleh berulang.

Lagi lagi jika dia tahu tuan jenis mudah memaafkan.

Jika tuan memilih utk berpisah, kumpulkan bukti dan failkan nusyuz terlebih dahulu di mahkamah sebelum cerrai supaya isteri tidak layak menuntut hak muta’ah dll.

Untuk kebaikan anak, kena ingat bukan broken family yang boleh memudaratkan anak tetapi dysfunctional parent.

Walaupun bercerrai, selagi ibu/bapa tahu berperanan dengan baik tidak ada masalah sebenarnya, insya-Allah.

Untuk diri sendiri, dapatkan rawatan dan berjumpalah psychiatrist kerana anak memerlukan ayah yang sihat fizikal, emosi dan mental untuk menjaganya.

Semoga dipermudahkan urusan seterusnya.

Sumber – Nick (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *