“Kawan tak boleh tidur, kakak bacakan Yasin” – Meningg4l selepas demam on-0ff, adik sebak terbuka Instagram arw4h kakak

SEKUAT dan setabah mana pun seorang lelaki, namun apabila melibatkan kehil4ngan insan tersay4ng, pastu tump4h jua air mata yang cuba dit4han.

Begitulah yang dirasai oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ini apabila berk0ngsi kisah mengenai pem3rgian satu-satunya kakak k4ndungnya.

“Tadi aku terbuka mesej Instagram dan Instagram ni… ini sebenarnya akaun arwah kakak aku. Aku terbuka, tiba-tiba aku rindu dengan dia. Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuknya. Aku kuat, aku tak nangis kan?” kata remaja tersebut sebelum dia kelihatan seb4k pada penghujung video.

Sehingga kini, video tersebut meraih sehingga 120, 000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Izzwan Ahmad itu berkata, arwah kakaknya, Izzah Ahmad meninggal dunia pada Januari 2018 ketika berusia 16 tahun.

“Ketika itu saya berusia 14 tahun. Semuanya bermula apabila arwah kakak demam. Arwah demam tak kebah jadi mama bawa pergi ke hospital namun masih belum dapat kesan apa puncanya ketika itu.

Selepas pemergian arwah kakaknya, hanya tinggal Izzwan dan abangnya yang menjadi penguat semangat buat ibu mereka.

“Kemudian bawa pergi ke sebuah hospital swasta, doktor beritahu kakak ada masalah jantung dan minta ke Institut Jantung Negara (IJN). Di IJN, dapat kesan ada jangkitan kuman dekat otak.

“Kakak dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk buat pembedahan pada otak. Saya tak sanggup nak tengok keadaannya dan tak mampu tahan sebak ketika melawatnya di wad ICU selepas pembedahan,” ceritanya.

Menurut Izzwan yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik, selepas terlantar kira-kira tiga tiga minggu di hospital, kakaknya menghembuskan nafas terakhir.

“Pemergian arwah sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga kerana dia merupakan satu-satunya anak perempuan dalam adik beradik. Namun yang paling terkesan sudah tentunya mama.

“Mama sentiasa ada di sisi kakak, bawa ke beberapa hospital demi nak lihat kakak sembuh. Saya dapat tengok macam mana keadaan mama masa tu… tak cukup tidur dan sering bersedih. Beberapa hari pertama selepas kakak meninggal dunia, mama selalu termenung,” ujarnya yang berasal dari Sekinchan, Selangor.

Remaja ini yang menyifatkan kakaknya sebagai seorang yang ceria berkata, pemergian arwah meninggalkan seribu satu kenangan yang tidak mungkin akan dilupakannya sepanjang hayat.

“Kami beza dua tahun je. Memang saya rapat sangat dengan arwah kakak. Kami akan naik motosikal ke sekolah bersama-sama… saya bawa motor, kakak jadi pembonceng.

“Awal-awal pemergian kakak, memang terasa sunyi dan kosong. Hilang dah teman bermanja dan bergaduh. Sebab kami dua beradik saja di rumah manakala abang sulung ketika itu menyambung pelajaran di politeknik.

“Selepas itu, ada kawan kakak cerita… kakak ni baik sangat. Pernah sekali tu kawannya tak boleh tidur malam, kakak bacakan surah Yasin untuknya agar tenang dan mudah lelapkan mata.

“Memang momen yang sangat sukar pada awalnya, namun kami sekeluarga reda walaupun ada kalanya rindu dan teringat-ingat kepada arwah,” ujarnya lagi.

Tidak menyangka videonya mengundang perhatian ramai, Izzwan berkata dia bukanlah seorang yang suka berkongsi masalah kepada umum namun terlintas untuk memuat naik video tersebut kerana rindu kepada arwah selepas terbuka akaun Instagram miliknya.

Potret Aidilfitri keluarga Izzwan yang masuk kali keempat tanpa arwah kakaknya.

“Tak sangka, selain ramai zahirkan rasa simpati, ramai juga yang bagi maklum balas untuk mengetahui cerita pasal pemergian arwah. Dan saya kongsi serba sedikit mengenainya dalam satu video berasingan.

“Terima kasih kepada yang doakan arwah. Apa yang boleh saya katakan, sekiranya ada antara ahli keluarga kita tidak sihat seperti sebelumnya, segeralah terus bawa berjumpa pakar.

“Jadi punca penyakit boleh tahu daripada awal memandangkan ada doktor pakar dan kelengkapan yang bagus. Namun sudah ajal kakak… kami sekeluarga menerima dengan penuh reda. Hanya kenangan sahaja mengubati rasa rindu padanya,” ujarnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

SUmber: mstar Via Detikkiniviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini