“Kau dah kenapa adik” Tvlar Rakaman Buat Pr4nk Semasa Solat

Syukur kepada Allah SWT, umat Islam dibenarkan menunaikan solat tarawikh pada Ramadan kali ini dalam norma baharu serta mengikut Pr0sedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Baru dua malam menunaikan solat Tarawih, tular video seorang kanak-kanak melakukan aksi plank ketika menunaikan solat sunat itu di masjid yang tidak disebutkan lokasinya.

Tingkah laku tidak senonoh kanak-kanak itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Kredit foto: Twiter manglaksa

Sudah menjadi kelaziman, kedatangan bulan Ramadan menjadikan ramai masyarakat Islam datang ke masjid membawa anak-anak mereka bersama-sama untuk memeriahkan serta mengimarahkan masjid dengan solat tarawih, iftar, serta menunaikan solat fardhu tapi mungkin mereka alpa mengenai tat4tertib masjid atau kawal tingkah laku anak-anak mereka.

Menjadi saranan buat ibubapa, hendaklah mereka memainkan peranan penting dengan memerhatikan tingkahlaku anak-anak mereka di dalam masjid, mendidik dan mengingatkan anak-anak mereka akan tingginya kehormatan dan kedudukan masjid di dalam Islam, serta memahamkan anak-anak mereka akan fungsi atau peranan masjid itu.

Tak salah bawa anak ke masjid tetapi…

SERONOK mata kita lihat suasana dalam masjid. Kurang dua minggu sahaja lagi bah4ng raya mula terasa tetapi masjid masih penuh, luar biasa! Alhamdulillah, umat Islam terus berlumb4-lvmba mencari keberkatan pada bulan yang mulia ini hingga ke penghujung Ramadan.

Seronok juga melihat jemaah-jemaah termasuk kanak-kanak berlumba-lumba hendak berada di saf depan.

Suasana ini membuktikan ibu bapa tahu peranan dan tanggungjawabnya menerapkan Rukun Islam ke dalam jiwa anak-anak ketika usia masih muda.

Memetik kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, katanya, Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya Tarbiyah al-Aulad telah menyebut tiga institusi penting untuk kanak-kanak ialah:

Rumah: Tempat pembangunan fizikal, adab dan akhlak. Masjid: Selaku tempat pembangunan kerohanian. Sekolah: Merupakan tempat pembangunan akal fikiran, adab serta pemikiran.

Justeru, tidak perlu din4fikan atau dibah4skan lagi walaupun timbul pelbagai pandangan berbeza mengenai 1su bawa anak-anak bawah umur ke masjid.

Namun, apa yang kurang menyeronokkan di mata kita apabila ada anak kecil di bawah usia lima tahun dibiarkan bersama-sama di saf depan.

Bayangkan dengan keadaan anak-anak kecil ini yang belum tahu mengikut rukun solat, keluar masuk saf dan setiap pergerakannya menyentuh jemaah di sebelah.

Walaupun secara umumnya tidak sal4h untuk kanak-kanak berada di dalam saf orang dewasa namun ibu bapa sepatutnya tahu memahami aturan.

Anak yang belum mampu berdikari perlu diletakkan di sebelah ibu bapa yang mengambil tempat bersolat di tepi dinding (hujung saf).

Itu adalah aturan terbaik yang disebut Zulkifli.

Moralnya, ingin ditekankan di sini, bahawa sangat digalakkan membawa anak-anak mengimarah masjid tetapi didiklah mereka dan ingatkan mereka tentang kehormatan dan kedudukan masjid sebagai rumah ibadat.

Sumber: trendingsangat Via Detikkiniviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini