K̷antoi cur̷ang? Pemud̷a kecew̷a, call Tak J̷awab Rup̷anya Kek̷asih Diam2 Keluar Bersama Lel̷aki Myvi biru

Dalam menjalin perhubungan cinta, perkara yang paling ditakuti adalah sekiranya si dia bersikap curang di belakang pasangan. Sudah berjanji sehidup semati, diam-diam boleh pula ‘pasang’ orang ketiga.

Terbaharu, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pemuda ‘mengantoikan’ seorang gadis dipercayai kekasihnya yang keluar bersama lelaki lain.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, pemuda tersebut membuat rakaman sebelum terus mendekati pasangan itu di sebuah tempat letak kereta yang dipercayai baru selesai membeli-belah.

“Inilah Allah nak tunjuk, kantoi curang depan mata. Akhirnya, ni bukan kali pertama tapi kedua. Kawan siap keluar berdua? Tak rasa bersalah ya mainkan hati orang,” tulisnya dalam video itu.
Ketika menghampiri kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna biru dinaiki pasangan terbabit, si gadis bagaimanapun seolah-olah mempersoalkan semula tindakan pemuda berkenaan.

“Kenapa, hang siapa? Ni kawan aku la, kenapa? So what.. apa benda?,” kata gadis itu selepas disoal mengenai gerangan ‘orang ketiga’ oleh pemuda tersebut.

Video dimuat naik @Nano_yuko semalam itu meraih 1.6 juta tontonan setakat ini serta hampir 12,000 reaksi daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap pemuda terbabit.

Menurut netizen, lebih baik meninggalkan gadis seperti itu yang tidak bersikap setia selain mendoakan pemuda berkenaan agar berjumpa dengan pengganti yang lebih baik.

Kami nak video selanjutnya

Wujud lagi ye orang macam ni

Tinggalkan je dia, tak rasa bersalah langsung tu

Janganlah mainkan perasaan pasangan

Boleh plak tetiba hilang ingatan

Menyirap je dengar dia cakap

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut seperti pemilik asal video, lokasi dan tarikh yang diperoleh mengenai rakaman tersebut.Dan video tersebut telah pun di padam oleh pemilik asal.

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber: OMM, TikTok @Nano_yuko | Kredit: belumbalik