Jnazah orang yg ‘salah’. Meremang dgr mereka meratap btahlil. Anak sedara mula tkut, cepat2 ajak blk

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca, kisah kali ni mengaitkan pengalaman tentang penganut Ayah Pin. Sebenarnya selama ini aku berkawan dengan seorang anak yang keluarganya mengamalkan ajaran ayah pin. Nak diceritakan kisah sebelum mengetahui tu banyak sangat. Tapi kali ni aku ambik plot plot yang terjadi sewaktu dari mmpi sehingga hari kem4tian ayahnya.

Pada satu malam, aku didatangi mimpi bercakap dengan seorang pakcik yang berkulit gelap macam India dan berbulu, seorang driver lori. Dalam mimpi tu aku berkata padanya, “Pakcik, seminggu lagi pakcik akan mati”. Dia diam sahaja.

Selapas mimpi, aku terjaga. Aku memikirkan siapakah pakcik tu. Aku rasa terlalu kenal tapi aku tidak ingat siapakah gerangangnya.

Selang seminggu kemudian, aku dikhabarkan berita tentang kematian ayah kawan aku. Lalu aku bergegas pergi kerumahnya ditemani seorang kawan perempuan.

Sampai dirumah aruwah, suasana rumah tu bukan seperti orang mngal. Keadaan di halaman rumah dalam keadaan bersuka ria, gelak ketawa. Aku merasa hairan.

Aku melangkah naik kerumah aruwah. Dan saat memijakkan kaki ditangga, aku mula rasa tidak sedap hati. Seakan dilihat semua mata mata yang ade. Aku memandang ke belakang, ternyata benar sangkaan aku. Aku tidak hiraukan mata mata itu dan terus melangkah baik.

Semasa aku sampai kemuka pintu aku mendengar suara sang anak perempuan menangis sekuat hati. Lantas aku memberi salam dan merasakan dinding rumah itu bergoncang. Aku merasa terkejut dan budak perempuan yang menangis itu terdiam tersentak.

Aku terpinga pinga disebabkan kejadian itu. Kawan aku memandang aku kehairanan. Aku abaikan ape terjadi. Aku memandang jnazah yg sudah dikapankan didalam keranda. Aku merasa pelik.

Ya Allah, kenapa diletakkan didalam keranda. Kebiasaannya kalau masa masa ziarah jnazah diletakkan diatas tilam. Aku terus pergi mendekati isteri aruwah.

“Makcik, saya nak yasin”. Makcik tu tersentak. Aku terkejut, kenapa makcik ni tersentak dengan pertanyaan aku?. Makcik tu kabur selang beberapa minit kemudian. Datangla dua keping naskah yasin untuk kami berdua.

Aku duduk dikepala jnazah dan membuka bacaan dengan bismillah. Masa aku habiskan bismillah, aku disapa angin dalam rumah. Bau wangi. Lantas aku memandang kawan aku dengan bahasa isyarat angguk kepala seolah olah bertanya ape? Kawan mengangkat bahu memberi isyarat tak tahu.

Masa aku bercakap tu, aku memandang seorang makcik tua keluar dari kelompok manusia yang diatas rumah. Macam fatamorgana diatas jalan tu, berjalan menuju kearah kami.

Aku diamkan diri menyambung bacaan yasin. Dia bercakap dengan kawan perempuan aku. Tetapi aku tidak mendengar ape yang mereka bualkan. Menurut kawan aku, dia tanye, “Ada tak yasin besar nak, makcik nak baca”.

Kawan aku menjawab, “Yang besar ada, yang kawan ssya tengah baca itulah makcik”.

“Takpelah makcik baca hafaz sahaja”. Kami bertiga bacalah yasin tersebut sampai habis. Setelah habis aku mengundur diri turun bawah. Melihat gelagat orang kampung tu.

Sebentar kemudian datang bos aku. Yang sebenarnya bos kawan aku yang kematian ayah tu. Datang naik atas rumah. Menurut kawan perempuan aku yang sedang baca yasin, bos tu berkata, “berani ye baca yasin sorang sorang”.

Kawan aku terdiam dan terpinga pinga. Sedang kan dia baca yasin dengan seorang makcik. Setelah selesai baca yasin, tetiba kedengaran suara orang kampong,

“Doh marilah kita angkat jnazah nih. Lama lama tak elok”. Aku memikirkan, jnazah ni dah disembahyangkan ke belum. Menurut pengalaman aku, jnazah dibawa ke kubur selepas solat. Tapi, tiada solat tiada ape angkat keranda terus berjalan ke kubur. Hairan.

Berbagai bagai tanda tanye aku dalam kepala. Dan siapakah makcik yang mmbaca yasin bersama aku tadi…

Pada sebelah malam dirumah aruwah. Aku berkira kira semasa tu isyak sekitar jam 820 malam, aku bertolak dari Bukit Payong ke Manir sekitar setengah jam. Jadi aku turun dalm 750 dan sampai area kampung si A ( anak aruwah) sedang molek solat isyak dan dalam pkul 9 tahlil.

Sesampai di sekitar kampung tu aku solat isyak dan bergegas pergi kerumah aruwah. Sampai di rumah aruwah, sangkaan aku meleset. Rupa rupanya orang dah start tahlil. Ehhhh… awalnyaaaa dalam aty…

Selepas parking dalam 30 meter dari rumah aruwah aku mendengar zikir. Kepala aku seaakan membesar seperti saiz bola sepak. Besar meremang dengar zikir dia….

Bercakap dengan ank saudara aku…. Zikir ape niiiii…. Ya allah… mengucap istigfar beberapa kali. Anak saudara dah mula takut, mengajak balik, aku cakap tak bolehhh… Kita hadapp…

Aku pun turun dari kereta. Aku baca ayat kursi menyapu seluruh badan. Sebagai pelindong diri…

Semasa sampai ditangga, alunan zikir diorang semaakin kuat meratap.. Hahh hahhh hahh hahh hahh hahh hahh …. Dengan semangat diorang berzikir. Aku tidak tahu ape maksud ‘Hahh’ tu…

Aku bagi salam dengan nada kebiasaannya. Tetapi. Suara yang keluar seakan laungan azan masjid. Kuattt bergema sampai rumah seakan bergegar.

Aku kaget sendiri mendengar ucapan salam aku. Keadaan dalam rumah yg sedang berzikir senyap sunyi sepi. Aku naik dan duduk di beranda.

Tiba tiba semua orang angkat tangan berdoa. Ehhhhh dalam hati, “dah doa? Cepat pulak doannya….” aku ikutlah menadah doa.

Tiba masa orang angkat makanan. Sekali lagi, Semasa ucapan bismillah. Suara aku lantang seperti suara di speaker masjid.. BISMILLAHIRAHMANIRRAHIMMMMMMM….

Aku sendiri terkejut dan orang sekeliling aku melihat. Anak saudara aku bertanya, “kenape kuat sangat…?”.

Aku malu dan berkata, “Tak tahuuuuu….” Makanlah aku seperti biasa. Habis semua aku balik.

Aku bercakap cakap dalam kereta akan kejadian tu. Sampai di kampong wakaf beruas dan masa tu masih lagi ada kedai mc gever( kedai chikeng chop). Aku bercakap dengan anak saudara, “Pokbey lapo la”. “Aikkk…kan tadi dh makan”…

“Tak tahulaaa. Lapor sangatt rasenye”. Masa aku sampai area kedai, aku terpandang sepasang suami isteri duduk dimeja berdua depan kedai. Dengan air kopi berasap secawan. Mereka melihat kereta aku dari hendak parking sampai aku parking dan masuk ke kedai. Melihat juga aku makan. Sampai aku keluar naik kereta balik mereka masih memandang.

Sedangkan air kopi yang diatas meja tu sedikit pun tidak sejuk dan masih berasap. Aku kehairanan. Kenapa makcik dan pakcik ni pandang aku semacam…

Aku pun memandu pulang kerumah dalam keadaan sangat letih otak memikirkan ape yang berlaku pada hari tu. Dan aku terus tido.

Dalam mimpi aku didatangi sepasang suami isteri tadi. Dia berkata, “Nak, mulai esok kamu kene puasa lima hari dan solat sunat taubat. Sebab kamu dah pergi rumah orang yang salah. Kamu baca yasin pada orang yang salah, kamu makan makanan kotor”.

Aku memandang perempuan ditepi lelaki tu. Rupanya itulah perempuan tua yang datang bersama aku semasa baca yasin bersama kawan aku tempohari.

Keesokan harinya aku pun buatlah seperti ape yang dipesan.

Tamat. Kisah kali ini…in shaa allah aku coretkan lagi kisah2 aku… Mekaseh semua. Apa yg terjdi semua ini adalah izin dari Allah.. Sesunguhnya yang Benar adalah semuanya benar.

Kisah ini terjadi masa tahun 2007 kalau tak silap, dan berlaku di kampong tepoh, Manir , Terengganu. Maaf kalau gaya bahasa kurang faham dan pening. Baca teliti. Dan fahamkanlah sendiri.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Ini kisah kawan baik aku. Aku gelarkan nama sahabat aku Sal. Sal ni seorang yang pelik sikit, dia punya rasa malu tu macam tak masuk akal je. Terkurung je dalam rumah, tak bergaul dengan orang langsung dengan aku je dia boleh jumpa selain family dia.

Masa kecik2 dulu okay je macam budak2 lain tapi perangai dia berubah setelah melangkah ke alam remaja. Sejak kecik kami kawan main sama2, sekolah sama,kelas sama tapi masuk form 1 kami sekolah lain2.

Kisah yang aku nak ceritakan bermula pada tahun 2015 masa tu kami form 3, Sal ni boleh dikatakan budak pandai tapi sayang dia selalu tak pergi sekolah. Setiap kali aku balik asrama aku akan melawat dia. Dia pernah cerita dia kena tindih kat hantu masa tido.

Aku cuma mendengar je..keadaan dalam rumah dia pun agak seram dengan gelap suram je. Aku pernah tanyakan kenapa jarang ke sekolah, dia cakap dia malu,dia rasakn muka dia senget pas tu kening dia tebal sampaikan dia cukur kening dia.

Aku pernah tanyakan kawan2 aku yang sama kelas dengan dia,mereka cakap sal ni akan duduk belakang sekali sorang2 dan tunduk je bawah, kalau time rehat dia akan tapau dan makan dalam kelas menyorok.

Pada satu hari aku balik asrama,umi aku bagitahu sal tak sihat dia meracau je,keadaan nya tak terurus. Aku macam tak percaya, malam tu aku dengar jeritan sal,meracau-racau. Disebabkan rumah kami dekat jadi aku dapat dengar suara sal.

Aku ajak umi aku ke rumah sal malam tu. Rumah sal ramai orang datang tengok sal. Keadaan sal bercakap sendirian aku lupa apa yang dia cakap tapi aku ingat bila disuruh dia mengucap dia boleh mengucap dengan baik,apabila disuruh bacakan beberapa ayat al-quran,elok lancar bacaan nya.

Aku beranikan diri rapat kan dengan dia.aku tanya kan sal samada kenal aku tak, dia kata dia kenal aku siap sebut namaku yang panjang berserta alamat rumah.

Dia berulang cakap aku adalah sahabat dia yang paling baik,sahabat dunia akhirat dia.aku sedih giler waktu tu..masa aku nak balik dia tak bagi aku balik dia cakap kalau aku nak ke syurga kena bersama dia, dia suruh aku temankan dia, kalau tak ke neraka lah aku..aku cakap jangan cakap macam tu, esok aku datang lagi..aku cuba pujuk sal.

Mula-mula keadaannya boleh dikawal, dia memuji nama-nama Allah,setiap sudut dia kata ada Sya1tan dan Ibliis. Bayangkan besi tebal yang dipacak untuk buat tiang rumah tu dia boleh bengkokkan sebab dia kata ada syaitan. Begitulah keadaan dia Kat mana tak bawa dia berubat tapi masih macam tu.

Pada satu hari tu Sal dah lain macam, keadaan nya m4kin ter0k, ingat lagi waktu tu kecoh pasal ayah pin. Aku pun tak pasti macam mana sal dengar pasal ayah pin. Dia memuja-muja ayah pin,ayah pin ni hebat,mulia dan sebagainya.

Dia cakap kalau jumpa Tuhan mahunya dicucuk mata dan m4ki hamun Tuhan.bayangkan 360 darjah dia berubah..aku minta dia mengucap tapi dia kata tak boleh. dicelik tajam ke arah aku.

Umi aku cerita ada ustaz datang berubat sal,dan sal sendiri yang tunjuk ada empat sudut rumah dia ada orang tanam benda-benda pelik tak silap aku ada paku,kain putih, rambut, tulang. Pas tu dengar nya ustaz tu nak ambik sal sebagai anak angkat sebab dia boleh jadi bomoh. Aku tak pasti kesahihan cerita tu. Tapi mak ayah sal tak bagi.

Masa keadaan dia ok lagi aku sempat tanya sal macamana boleh jadi macam ni. Dia kata dia tak tahu, keadaan tu berlaku macam tu je.

Dia cerita ayah nya pernah nampak kelibat perempuan serba putih di dapan rumah nya, khabar angin kata ada org hantar santau nak tuju pada ayahnya tapi terkena pada sal.

Aku tak faham apa yang mereka dengkikan sangat sebab keluara sal bukan kaya dan biasa saja setahu aku dorang tak kacau orang pun.

Dan sebelum berlaku sal cakap dia sedang menulis tiba tiba watak dia jadi dua orang seperti dia tanya dia yang jawab. Dan dia bagitahu dia sukakan seorang budak laki kelas dia, aku terfikir tak kan budak laki tu yang buat dia.

Lepas tu dia mula berubah bayang kan mula-mula berlaku kakak dia cakap rambut sal yang panjang tu berurai ke depan dalam keadaan duduk dia seperti ketawa dan menangis.

Sekarang 2018, kisah sal masih aku ingat dan dia sampi sekarang seperti orang tidak terurus dengan kata lain macam orang giila dan samapi sekarang jugak aku tak tahu sape yang buat sal sebenarnya.

Allahu.. sahabat, aku doakan Syurga buat mu. Kamu insan terpilih oleh Allah.. Doakan sahabat saya semoga dia sentiasa dilindungi Allah s.w.t.

Kredit: informasiviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini