J̷iran aku jen̷is tak m̷alu, selalu pinj̷am kereta mew̷ah aku nk menunjuk dia k̷aya, time h̷antar miny̷ak E

Foto sekadar hiasan. Assalam semua, Saya cuma nak bercerita, tentang jiran saya yang suka meminjam harta benda orang lain. Suami jiran saya ini bekerja sendiri sebagai agen insurans. Dia ada seorang isteri yang baik, anak 4-5 orang, ada kereta jenama proton dan Motor 250cc. Rumah sendiri (Apartment), rumah yang lain-lain saya tak pasti. Dia berumur lebih 40 tahun. Kami awal 30an.

Kenapa saya bercerita disini? Sebab saya tak boleh menulis di FB saya, nanti suami saya baca dia suruh saya padam . Untuk mengelakkan saya memendam rasa lebih baik saya menulis disini.

Kami tinggal di Apartment ini selama 7 tahun. Suami baru mula berkawan rapat dengan suami jiran ini 2 tahun lepas. Selepas beberapa bulan berkawan, suami jiran kami mula nak meminjam kereta.

Pada mulanya saya tak kisah mungkin dia betul- betul memerluukan kereta yang lebih besar sedikit untuk bawa anak-anak dia berjalan pada ketika itu. Lama kelamaan, dia terus dengan perangai meminjam.

Kami ada kereta berjenama Toyota MPV- saya bagi nama A dan kereta produced di Italy (sorry tak boleh inform disini- nanti kawan saya baca akan dapat tau siapa saya) – saya bagi nama B dan Moto berkuasa Tinggi 1000cc. Kereta A suami punya dan kereta B saya punya.

Pada permulaan, Suami jiran itu meminjam untuk bawa family berjalan-jalan. Saya terima dengan hati terbuka. Kali kedua, dia call suami saya nak pinjam lagi. Seterusnya kekal dengan tabiat dia yang suka meminjam.

Suami saya tak boleh bercakap tidak dan kami tak tau nak bagi alasan apa. Sebab kami ada dua buah kereta. Pastinya jiran saya tu akan selidik terlebih dahulu sama ada kereta kami ada atau tidak kemudian dia akan call suami saya untuk meminjam.

Suami saya pun tak berkenan dengan perangai jiran sebenarnya. Kami cuma berharap jiran itu ada satu perasaan malu dan ada kesedaran diri janganlah suka-suka hati nak meminjam.

Dulu semasa kami ada kereta biasa-biasa sahaja, kami malu nak pinjam kereta orang lain. Lagi-lagi kereta yang hebat-hebat. Tapi lain pula perangai jiran kami ini. Tak ada satu pun perasaan malu meminjam barang orang lain.

Saya bertambah geram, bila nampak jiran saya post di FB bergambar dengan kereta kami dengan caption ‘Bawa anak2 berjalan, meluangkan masa dengan anak2’.

Anak2 dia pijak kerusi kereta kami untuk berdiri di Roof sambil bergambar. Suka hati je. Skit hati tau. Anak saya pun tak pernah buat seperti itu.

Keesokan harinya, kebetulan saya ada urusan diluar memerluukan saya pakai MPV itu, saya dapati minyak tinggal E. Jiran itu tau pinjam tapi tak tau isi minyak. Saya tak pernah jumpa orang seperti ini sebelum ini. Saya tak sangka. Orang seperti ini benar-benar wujud.

Ya, ada part lain jiran tu baik. Dia selalu belikan apa2 untuk diberikan kepada kami kalau dia keluar pergi mana-mana. Tapi, itu tak bermakna kami boleh bagi pinjam semua harta benda kami. Mungkin itu cara dia untuk berbaik dengan kami.

Semasa saya scroll FB suami saya, ternampak posting jiran saya (Dia friend dengan suami saya sahaja dalam FB, dengan saya tak). Terdetik nak tengok FB dia.

So saya scroll posting FB jiran saya dari tahun terbaru ke setahun yang lepas. Terkejut saya ada gambar kereta B dalam tu. Patutlah dia ajak suami saya lepak dan minta bawa kereta B. Rupanya, dia ada niat lain lagi.

Dia cakap dengan suami saya nak test drive sekejap kereta B. Rupanya, dia berhenti di Petrol pam, ambil gambar kereta B saya dengan Caption Di FB ‘Bawa bini no 2 jalan-jalan, bini no 1 tinggal di rumah- kereta A’. Saya terkejut tengok ramai yang komen :

Komen 1 : Wah, hebat sekarang ni.

Dia reply : Biasa2 je bos.

Komen 2 : Nak pinjam boleh?

Dia reply : Boleh bosss.

Komen 3 : Perempuan materialistik pun ada yang komen, pergi mana ni sayang?

Dia reply : Ini saya tak ingat.

Sedih saya tengok, rupanya ada orang seperti ini. Hebatnya dia dimata orang dalam FB. Kereta B, kereta saya.. saya malu tengok dia buat macam tu. Bila saya ternampak posting dia macam tu, saya terkejut. Saya tanya suami saya, kenapa dia macam ni?

Suami saya cakap, dia pernah mengaku pinjam kereta2 kami untuk tujuan bisnes dia supaya orang lain / rakan-rakan akan nampak dia hebat dalam FB dan orang akan tanya dia buat apa sampai hebat macam ni dan dalam masa sama dapat naikkan lagi dia punya client.

Sangat terkejut dan sangat tidak bersetuju. Tindakan dia totally salah. Saya cakap dengan suami saya, tolonglah elakkan dari berkawan rapat dengan orang mcm ni. Dia cuma gunakan kita untuk kepentingan diri dia sendiri sahaja.

Saya bertambah skit hati lagi, dia boleh bercerita dengan suami saya nak berkahwin lagi seorang dan ada dia nyatakan sebab nak berkahwin. Tentulah dia ada buruk2kan isteri dia juga.

Tapi perempuan2 marerialistik takkan nampak, dia sangat PLASTIK dalam FB. Asal nampak lelaki naik kereta hebat nak sapu, asal nampak macam berduit nak kawin. Hanya isteri dia sahaja yang tau berapa yang ada dalam poket suami dia, apa harta benda yang dia ada.

Family dia selalu keluar masuk hspital, Kesian isteri dia, baru keluar hspital sebab ada masalah kesihatan, begitu juga anak2 dia yang lain.

Lagi beberapa bulan kami akan berpindah ke rumah baru. Kami harap dapatlah jauhkan diri dari orang seperti ini yang sangat Plastik di mata manusia.

Saya sudah nasihatkan suami saya supaya kurangkan berkawan dengan orang seperti ini. Jangan kita menggalakkan dia buat perkara yang salah. Totally salah. Hebat di FB, hakikatnya nothing.

Dia kerap bertanya mengenai rumah baru kami. Kami risau, kalau dia datang sana dan ambil gambar di depan rumah kami.. dia akan claim lagi itu rumah dia pula. Motor kami dia tak dapat pinjam mungkin salah satunya ketinggian dia tidak mencukupi.

Ada satu posting di FB dia, dia letak sebuah rumah yang sangat cantik. Di bahagian komen itu pun dengan yakin dia reply seperti rumah cantik itu rumah dia. Kalau betul itu rumah dia alhamdullilah…

Ntahlah… Cukuplah dia claim kereta kami di Media sos**l itu kereta dia. Dalam FB dia juga saya nampak Dia duduk di meja office menghadap komputer dengan pakai baju kod, dengan caption,

‘Ramai orang diluar sana nak tau bagaimana saya boleh berjaya seperti ini, diberinya tips2, bla…bla… ’. Pening kepala saya fikir orang2 macam ni. Malu tau. Tak dapat apa2 kepuasan pun kalau buat macam ni.

Kepada sesiapa diluar sana yang ada perangai seperti ini, tolonglah berubah. Nak BERJAYA bukan cara itu. Banyak lagi cara boleh berjaya. Jangan menipu isteri, buat baik dengan isteri insyaAllah berjaya dunia akhirat. Sekian

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Nyla Kamelia, Setuju… Pada yg suka pinjam kereta orang tanpa keperluan mendesak tu elakkan lah. Setakat nk bawak keluarga jenjalan tu tak perlu… Aaaiiii terus terang, malu ler kat tuan punya kereta, tu bukan barang murah.

Aku pernah rasa, tgok kereta aku berjalan tanpa pengetahuan aku, sungguh kurang asam yg bawa tanpa izin tu. Nak test drive gi kedai kereta tu… Adik beradik aku tak pernah naik kereta adik beradik lain tanpa izin.

Dan aku mmg tak pernah minta pinjam kereta adik beradik sbb nak test drive. Bab kereta mmg panasss. Cuma kalau ada kematian, mmg aku offer la kereta aku kat org yg ditimpa musibah tu.

Liza Adnan, Nasihat la org yg bergini.. sblm nk ckp tu doa dlu dgn Allah moga di buka kan pintu hatinya, dn dia xkecik hati dan Allah hdirkan rasa tersedar apa dia buat itu salah dan berubah.. riso org mcm nie, sbb setan nie kje dia menghasut.

Bila hati dah hitam… xnmpk halal haram.. fhm2 la.. xmustahil.. moga Allah lindungi sis dan keluarga dr yg xelok.. pindah rumah nti, bgthu la kt alamat lain.. kwsn dn daerah lain, lps tu unfren fb dn lain2..

Wan Norehan, Confessor dan suami pastinya insan yang sangat baik. Nak lata TIDAK pada harta sendiri pun tak tergamak. Tapi tu la… Bila niat kita nak menjaga silaturrahim tapi tak difahami, memang skit hati.

Sabar la puan. Tak lama lagi dah pindah, boleh la jauhkan diri dari dia. Tapi kesiannya la sape yang bakal jadi jiran baru dia nanti.

Cik Erma, Saya ada seorang kenalan bekerja di comp. insurance. Dari awal dia start sbg ajen separuh masa, dia selamba je naik train/lrt jumpa org. Kt KL jalan jem parking susah. Lgpun masa tu dia part time.

Sampai la dia decide nk buat full time, masih humble, memang dia kata, kebanyakan ajen nak upgrade kereta sebab nak tarik org lain nk jd ajen bawah dia juga, sbb nak tunjuk betapa berjaya nya kerjaya mereka. Tapi bukan bg dia.

Nasib dia baik dapat boss yang tak pushy dan memahami. Nak berjaya kena jujur, betul2 berusaha walau susah mana pun. Now dah berjaya angkat kereta mewah (mmg sgt2 mewah).

Bukan nak cakap material itu penanda aras kejayaan, tapi kalau kita jujur dlm bekerja, kejayaan itu akn datang jugak, dgn izin Allah.

Aslina Majid, Ambik phone suami… Block la nombor dia dlm phone suami… Jangan keluar rumah sangat. Kalo terserempak, buat2 mcm takde apape jadi atau lagi best buat je mcm tak kenal.

Buat2 la tgh sibuk nak ke mana2 kalo terserempak… Kalo dia dgn muka tak malu dtg kat rumah nak ambik kunci kereta, jangan bukak pintu… Benda boleh elak kan… Knape nak jadi ramah sangat.

Efa Mikael, Confessor and suami mesti jenis org yg tak berani berkata NO kan? Rasa nk jadi kawan confessor kejap tukang tolong kata NO kat mamat tu di samping bagi sedikit “buah keras”. Kami suami isteri memang senang sangat berkata NO dalam situasi mcm ni.

Kebaikannya mestilah takde orang berani ambik kesempatan. Cubalah confessor. Jadi orang tegas. Kita tak boleh ubah orang. Tapi kita boleh ubah diri sendiri demi kebaikan bersama.

That guy takkan stop takat tu jer. Sebelum membarah, baik bertindak. Belajar untuk berkata TIDAK. Hidup lebih aman takde org berani ambil kesempatan.

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber – Ketty (Bukan nama sebenar) Via informasiviral