Isu Alih Minuman Penaja, UEFA BakaI Kenakan Denda Kepada Pihak Pasukan

Baru-baru tuIar mengenai satu video secara langsung tindakan Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol air Coca-Cola yang disediakan oleh penaja dan mengantikan dengan air kosong semasa sidang media kejohanan Euro 2020 pada Isnin lalu telah mencet0skan kontr0versi hangat.

Walau bagaimanapun, niat beliau sebenarnya baik iaitu ingin mempelawa orang ramai supaya mengamalkan tabiat minum air kosong dan meninggaIkan minuman air berkarbonat, cuma tidak kena pula dengan cara beliau mempromosikan tabiat sihat tersebut.

Aksi berkenaan sudah menjadi trend dan turut ditiru oleh dua pemain dari pasukan yang lain iaitu pemain tengah Perancis yang beragama Islam, Paul Pogba yang mengalihkan minuman alkohol Heineken pada Selasa manakala pemain Itali, Manuel Locatelli menggantikan Coca-Cola dengan air kosong pada kelmarin.

Susulan daripada tindakan itu, pengarah kejohanan UEFA Euro 2020, Martin Kallen telah mengeluarkan amaran keras kepada semua pemain yang mewakili 24 pasukan dalam kejohanan ini supaya menghentikan budaya mengalihkan minuman tajaan semasa sidang media berlangsung.

“UEFA sudah pun mengingatkan kepada semua pasukan bahawa penajaan amatlah penting untuk menjayakan sesebuah kejohanan dan pembangunan bola sepak Eropah, termasuk bola sepak belia dan wanita.”

“Dan, semua pasukan dan para pemain sebelum ini sudah pun diberi peringatan supaya sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh UEFA.

“Bercakap pasal Pogba, saya faham kenapa beliau alihkan botol hijau Heineken kerana beliau Muslim dan menentang minuman alkohol berlandaskan fahaman agama,” kata Kallen semalam seperti dipetik portal Give Me Sport.

Video:

Dalam pada itu, Kallen juga menambah bahawa UEFA tidak akan mendenda pemain berikutan kesalahan mengalihkan minuman yang disediakan oleh penaja-penaja Euro 2020 sebaliknya pasukan yang akan menanggung denda disebabkan perbuatan mereka itu.

“Mewakili pihak UEFA, kami berhasrat untuk tidak mendenda pemain-pemain berkenaan, sebaliknya denda dikenakan kepada pasukan yang mereka wakili.

“Tetapi keputusan akan berubah dan boleh jadi pemain juga akan turut didenda. Buat masa ini masih tiada tindakan yang diambil ke atas pemain,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Coca-Cola dan Heineken serta 10 penaja lain telah banyak menaja untuk menjayakan kejohanan bola sepak berprestij UEFA 2020 dengan nilai tajaan secara keseluruhannya berjumlah hampir $2.4 billion (RM9.87 billion). – Sumber & video dipetik dari The V0cket, Youtube, Twitter

SUmber: MytvViral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini