Ist̷eri D̷itidurk̷an Lep̷as Cze̷er. Sebaik T̷ersedar, M̷er̷aung Ist̷eri Bila Dap̷at Tahu Siapa J̷enaz̷ah B̷erb̷ungkus Di S̷ebelahny̷a.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan para pembaca. Terima kasih andainya coretanku ini disiarkan.

Serba sikit pasal aku. Aku doktor dekat klinik kesihatan. Husband pula doktor dekat hospital kerajaan. Dua dua kerja dekat area lembah Klang. Ye, sarang C19 terbesar di bumi Malaysia ni. Kadang kadang kitaorang bertukar tukar cerita pasal pesakit yang kitorang encounter di tempat kerja masing masing.

Tapi selalunya, kisah kisah dari husband aku selalu buat aku rasa murung. Itu baru aku, yang setakat tukang dengar. Husband aku yang dok hadap pesakit tu semua, taktau la macam mana. At one time, waktu dia balik kerja, aku tengok dia banyak termenung. Setelah aku korek korek, dia pon bukak cerita.

“Tadi saya dapat tau, ada sorang patient yang saya pernah ambil drah 2 hari lepas, dah meninggal. Tapi saya rasa terkesan dengan patient ni.. Actually bukan saya yang incharge patient ni, saya tolong kawan ambikkan ABG dengan bl00d c&s.

Time saya datang dekat dia, saya tengok tangan dia dah menggeletar. Dia kata dia takut jarum. Saya pon cakapla dekat dia, “jomla sembang sembang”.

Boleh distract rasa anxi0us dia.

Patient ni laki, muda lagi dalam 30 an,badan agak berisi. Patient tanya dekat saya, “doktor, doktor rasa saya ni macam mana? Ada harapan tak?”

Saya pon tengok bacaan machine yang monitor bacaan 0ksigen dan tekanan drah. Bacaan 0ksigen 88% sahaja, walaupun dah kene support dengan machine supply 0ksigen yang tinggi.

Saya terdiam. Saya tau outcome patient macam ni selalunya tak bagus.

Saya tanya patient, “awak rasa macam mana?”

Patient jawab: “Saya rasa masa saya pon dah tak lama. Rasa lemas. Macam paru paru kene rendam dalam air.

Doktor hari tu ada cakap saya dalam waiting list untuk dapat ventilator. Tapi tulah, tak tau sempat dapat ke tak. Wife saya pregnant, dia pon kene C19.Semalam kene operate nak lahirkan baby. Dia ada kat ICU, dah ditidurkan semalam. Doktor cakap paru paru dia teruk.

Redup mata pesakit tu. Percakapannya tercungap, dada sedikit berombak. Saya cakap kat patient tu, “jangan berhenti berdoa ya, dan jangan putus harap”. Lepastu saya pun pergi.

Pagi ni saya dapat tau, patient tu dah dapat ventilator dekat ICU. Dpat katil brsebelahan dengan wife dia. Tapi organ dia semua dah rosak, last last patient tu meninggal dunia. Wife patient tu pulak keadaan dia improve, doktor dah cabut tiub pernafasan, and dia dah bangun.

Dan sebelah katil dia, ada m4yat yang dah dibungkus dengan kain putih. The sad part is, wife tu taktau pon m4yat sebelah katil tu sebenarnya aruwah husband dia… sampailah doktor break the bad news.. wife patient tu meraung..”

Air mata aku da bergenang. Allah sedihnya rasa. Berat ujian wife patient tu.

“Saya tak taulah wak. Saya tak boleh emotionally attach sangat dengan patient. Kalau saya buat macam tu hari hari, saya rasa boleh jadi giila.”

Betul, aku faham sangat. Sebab setiap kali pesakit m4ti depan kita, secebis dari hati ni turut sama melayang pergi.

“Dah wak, jom la tidur”.

Esok masih ada lagi peperangan yang perlu ditempuhi. Kredit edisimedia.

Reaksi Warganet

Syahirah Mohamad – Saya faham perasaan suami tu. Macam saya, seorang cikgu.. Setiap hari, ada je cikgu cikgu yang break the news pasal anak murid kami yang kena C19 atau parents/ family murid yang meningal. Saya jadi down. Memikirkan terlalu ramai anak murid kami yang jadi yatim piatu kerana p4ndemik ni. Macam mana nak hadapi mereka selepas buka sekolah ni.

Semalam ada perjumpaan kokurikulum. Saya terkejut anak murid saya yg baru kehilangan ayah Jumaat minggu lepas kerana C19 join meeting. Saya terus tanya, “Awak sihat? Awak dah makan?” Sayu sangat suaranya, tapi saya sangat respect kecekalan anak gadis umur 14 tahun tu menuntut ilmu walau tanpa ayah disisi.

Anis Amir –Haha. Masa junior aku masih tak boleh beza dan belum pandai nak refuse perasaan macam ni. Setiap kali ada yang meninggal (under incharge), mesti menangis, teringat ingat, sampai tak boleh tidur.

Ye, kalau teruskan bersikap senang attach dengan patient, memang boleh giila! Makin lama service, tiap kali ada patients yang meningal, numb terus rasa. Keras betul hati ni rasanye.

Dah tak rasa ape dah apabila mendengar tentang kem4tian. Rasa biasa. Bukan sengaja, tetapi terpaksa. Jika tidak, kerja memang takkan selesai dengan baik.

Fairusk Ibrahim – Tak mampu baca, nangis dah awal awal lagi. I am a doctor working in health clinic di Kelantan. Semalam seorang meningal after CPR revert tapi succumb jugak later.

Seorang cat 4 dengan lethargic, nafas laju, saya suruh wife (pun +ve) peluk ciom dulu before hantar, saya sebak sangat tengok wife mnangis. Risau tu prtemuan terakhir. Husband bila da OK skit lepas iv drip tenangkan isteri. Tapi get ready bagi kad kad bank dekat anak.

Dalam PPE sambil check sambil nangis dah. Saya sangat faham perasaan tu. I was in their shoes masa ayah mertua kena C19 cat 4. I was there crying.

Rose Asha Fitri –Sedih baca kisah ni. Boleh bayang perasaan wife dia tu. Yang melihat situasi tu lagilah.. Mesti rasa sedih dan terkilan. Tapi percaya lah anda frontliner telah buat yang terbaik untuk mereka.. menyelamatkan nywa manusia.. Aj4l m4ut itu Allah tentukan. Adakala cemburu dgn tugas anda yang banyak berbakti. Mengutip banyak pahala dalam karier tersebut.

Pengalaman anda itu Allah dah rezekikan yang bukan semua orang dapat. Semoga kuat dan tabah dalam mengalas tangungjawab Dan terima kasih atas sumbangan besar anda pada masyarakat. I pround with u all.

Sumber – Noradrenaline (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Kredit: keluargabahagia

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini