Foto sekadar hiasan
Anak Buah Biadap
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hai, nama aku Farehah dan umur 33 tahun. Still single dan bekerja sebagai pembantu guru tadika swasta.
Kat sini aku tak nak cerita pasal budak budak dekat tadika. Aku nak cerita pasal anak buah aku yang bernama Iris yang berusia 10 tahun.
Kenapa dengan anak buah aku yang seorang nie? Dia nie anak Abang aku yang nombor 3. Iris anak sulung dan ada adik lelaki seorang.
Kalau diikutkan budak kan, bukan macam kita yang dah besar panjang, dah cukup besar nak fikir baik buruk. Dia belum berakal.
Tapinya, jangan jadikan kerana budak budak tahu apa nie umpama lesen nak buat sesuka hati.
Umur baru 10 tahu, tapi dia punya biadab tue hantu pun surrender. Belum lagi dengar dia melawan cakap orang. Panas hati ooo..
Iris nie dia tak boleh orang usik or bergurau sikit dengan dia. Kita kadang sakat dia, siaplah kaki dia terbang.
Paling tidak dia “puihhh” kita nie tak kira siapa. Garang bukan main.
Ibu dia takde garang pun. Abang aku pulak dia tegas jer, bukan garang or baran. Iris nie tak tahulah ikut siapa punya attitude.
Kat sekolah, dah berapa kali Abang dengan Kakak ipar aku kena panggil sebab Iris pkul pelajar sekelas dia. Adalah sampai lebam dikerjakan. Sebab kawannya usik dia.
Abang dengan Kakak ipar aku dah tak tahu nak buat apa. Pergi berubat dengan Ustaz pun sama jer. Takde perubahan..
Dengan adik dia, Ikmal lagilah. Kadang takde angin, takde ribut dia bedebukkan muka adik dia. Kadang si adik berjalan, dia tolak.
Cuma yang aku frust sikit, Kakak ipar aku nie tegur pun entahlah. Macam tak menegur. Kalau akulah kan, dah memang lebih dari patut kena hanger ke tali pinggang ke.
Abang aku pun tak pernah jentik anak anak dia. Dia cuma tegas pada adik beradik tapi tak pada anak anak. Itulah salahnya.
Kalau si Iris nie menjerit, bingit!
Kalau You all pernah tengok rancangan dari Amerika yang ada pengasuh datang rumah nak settledkan masalah budak budak yang nakal, tak duduk diam, kurang ajar, macam tuelah keadaan Iris tue.
Macam budak budak dalam rancangan tue. Pkul, gigit, jerit, tengking. Macam tuelah..
Adik aku, Fairuz pernah menumpang seketika di rumah diorang kerana tengah praktikal berdekatan dengan rumah diorang. Tak jauh, jalan kaki 15 minit sampailah.
Sepanjang Fairuz duduk situ 3 bulan, hampir setiap hari dengar Iriz menjerit dan ada satu moment tue, Iriz dah sampai tahap baling barang apa saja yang ada di depan dia kearah Kakak ipar.
Dan pernah, Fairuz balik dari praktikal. Dia masuk rumah tetiba si Iriz nie meluru ke arah dia dan jerit,
“Tak payah masuk! Gemuk tak payah masuk!!” Fairuz nie badan boleh tahan “sado”nya.
Abang aku cuma jerit, “Hehhh!!!!” jer.
Fairuz cepat cepat masuk bilik. Melalak habis Iriz… Dan aku tak tahulah sindrom apa macam nie.
Abang dengan Kakak ipar aku tak pernah bawak Iriz nie jumpa pakar untuk cari punca kenapa Iris jadi gitu.
Pernah ada yang suarakan tetapi diorang rasa macam kita nie anggap anak dia ada mental health problem. Dah berbulan bulan tak bercakap pula dengan orang tue. Susah kan?
Kita cakap bukan nak anggap anak dia macam tue tapi entah apa yang diorang fikir. Si Ikmal nie Alhamdulillah, baik. Nakal kekadang tue biasa. Budak kan…
Iris nie umur 10 tahun. Kalau ikutkan dia dah kira besar jugaklah kan. Kalau umur 7 tahun ke bawah tue kita faham lagi berperangai gitu.
Yang kita sakit hati part biadab tue. Ingat dulu time diorang nak balik, diorang suruh Iris salam Mak aku.
Dia takmau dan cakap, “Taknak!! Busuk!!! Syohhh!!! “.
Ya Tuhannn… Dia boleh “syoh” kan aje…
Macam biasa, Abang dengan Kakak ipar tak kata apalah.. Mak aku senyum tapi hati dia?
Aku nak bantu mencari solusi untuk Iris nie tapi Abang dengan Kakak ipar aku jenis entahlah.. Aku jer beriya buat apa.. Tapi kesian.
Itulah pasal. Aku tak kisah anak buah aku nakal sebab namanya pun budak dan kita dulu pun gitu jugak.
Tapi takde sampai tahap si Iris nie. Pernah dia mengamuk dekat sebuah kedai buku. Adalah benda yang dia tak dapat beli. Menjerit macam orang histeria dan pakej ludah.
Korang rasa macamana? Nak tolong takut nanti tak pepasal kata kita sibuk even Abang sendiri. Tak tolong, sampai bila?
Sekarang aku dengan keluarga aku cuma bantu doa jerlah agak Iris nie jadi budak baik. Dan dikurniakan sifat ketegasan buat Abang dan Kakak ipar aku nie.
Ada satu moment beberapa tahun yang lepas, Iris pernah menolak Mak saudara kami sampai tergolek time raya.
Habis tumpah Mee kari kena dekat badan. Untung kuah tak panas. Kalau tidak… Aku yang sakit hati tengok.
Yang bagusnya, Abang dengan Kakak ipar aku terus tarik Iris masuk bilik. Tanpa ucapan maaf zahir batin dekat Mak saudara.
So kesimpulannya boleh aku katakan Abang dan Kakak ipar pun bermasalah iaitu masalah tak pernah tegur or bertegas.
Memang Iris tue tak boleh dibawa ke majlis orang. Tak dapat bayangkan kalau tetiba “angin kentut” dia datang.
Solusi banyak tapi itulah, Mak Bapaknya pulak yang tak nak dan biarkan..
Ke tunggu kaki anak singgah ke muka diorang baru nak berakal?
Wallahuaklam ler..
Reaksi Warganet
Ann Fardan –
Budak tu tak pernah kena penampar, sepak terajang sampai tersedu sedu, x tahu nak bernafas ke nak nangis at the same time?!!
Kalau kena sekali sure elok perangai biadap dia tu..
Tapi oleh sebab mak bapak dia tak sampai Hati nak tengok anak dia menangis dibelasah dari kecik nanti jangan dah besar mak bapak dia yang menangis tengok anak dia kena rotan dalam penjara… Nauzubillah!!
Fazidah Abdul Kadir –
Memang betul betul ada masalah mental budak tu, bukan biasa biasa.
Kena rujuk pakar…takut makin besar makin bahaya. Bukan kat prents je tapi saudara mara dan orang lain jugak.
Semoga Allah buka hati parents dia untuk dapatkan rawatan.
Sue Mayah Rasidi –
Nak brmula dengan ank buah tu, memang 1st kena lalu dulu pintu utama iaitu mak bapak dia.
Dah mak bapak dia pun macamtu, memag takleh buat apa. Bincang lah sehabis baik dengan mak bapak si iris tu.
Cakap jelah ayat apa saja yang boleh dorang lembut hati untuk sama sama selesaikan isu ni.
Dapat kunci utama dia, InshaAllah, settle lah budak iris tu .
Ismahani Azimee –
Ambil video Iris. Kemudian tunjuk video yang cerita Amerika tu.. Nanny 911 rasanya camtu tajuknya.
Lepas tu face to face dengan abang tt. Bukan dengan kakak ipar. Tapi dengan abang. Tunjuk perbandingan. Lepas tu cadangkan terapi.
Sekadar maklumkan dan tunjuk jalan. Depa nak ikut ke tak, tak boleh paksa.
Kadang ibu bapa ni masih ‘on denial’. Dengan bukti bukti kadang boleh lembutkan.
Kita bukan nak tuduh, tapi nak cari jalan penyelesaian. Kesian masa depan anak sedara tu.
Jadi apa apa di masa depan dekat abang kakak, kita jugak mak sedara yang nak tolong.
Dedaun Hijau –
Saya dulu ade anak buah macam ni. Masih tadika bila, dengan orang dia macam tak hormat, suka cari pasal dengan kawan kawan dia.
Saya datang rumah diorang pun dia halau saya, menjeling jeling. Perangai dia memang buat kakak pening dan dia selalu kena marah…
Bila tengok tv ade watak orang jahat dia mengamuk ngamuk nak jadi orang jahat, nak tembak orang, nak bnuh orang. Beria menangis nak jadi jahat.
Sampai sekali tu kakak saya bawak berubat Islam. Rupanya ade benda menumpang dekat dia (dapat dari sekolah) makhluk tu budak berwajah orang tua.
Memang makhluk tu nak anak buah kawan dengan dia sorang je, jangan kawan dengan manusia lain..
Alhamdulillah lepas buang, perangai dia dah berubah. Saya datang pun dia ok je manja nak ajak main sekali.
Cubalah cari perawat Islam. Mungkin bole buang benda tak elok dekat diri anak buah awak
Sumber – Farehah (Bukan nama sebenar) via IIUMC