“Ibu Tetap Nak Anak Dia Ni Merasa Durian Dari Pokok Sendiri…”-Ibu Gigih Cari Syarikat Kurier Buat Anak Sebak & Gembira!

Siapa tak seronok kalau dapat berkotak-kotak kiriman daripada seseorang, lagi-lagi daripada orang tersayang. Inilah kegembiraan yang ingin dikongsikan oleh seorang anak yang menerima kiriman yang tidak disangka-sangka daripada ibunya di kampung.

“Yeayy dapat durian fresh dari Pahang. terima kasih ibu n family pahang.. setelah sekian lama tak dapat balik pahang RINDUUUUU”

Demikian kapsyen yang ditulis pada video yang dikongsikan di aplikasi TikTok

Sehingga kini video tersebut telah mendapat perhatian hingga ditonton 242.7K jumlahnya.

@amirah.afiqah

yeayy dapat durian fresh dari Pahang 🤍 terima kasih ibu n family pahang ❤️🥰 setelah sekian lama tak dapat balik pahang 🥲 RINDUUUUU 😭🥺#fyp #fypシ

♬ Terima Kasih Cinta (feat. RJ) – Tasha Manshahar

Memetik perkongsian cerita Nur Amirah Afiqah Hamdan bersama mStar, buah durian yang dikirim ibunya adalah durian kampung hasil daripada kebun milik keluarganya di Chenor, Pahang.

“Sebenarnya ada beberapa pokok dekat kebun tapi musim-musim sebelum ini tak menjadi. Kalau balik kampung, kami selalu pergi kebun ibu saudara sahaja dekat Jerantut, Temerloh.

“Tiba-tiba beberapa bulan lalu, ibu beritahu pokok-pokok durian kami keluarkan bunga. Hari-hari juga ibu update pasal pokok durian, siap bagi gambar tunjuk buah yang tengah lebat.

“Bila dah mula gugur baru-baru ini, ibu pun cuba pos. Mula-mula dia tanya satu syarikat kurier tapi mereka tidak terima. Ibu cuba lagi tanya kurier lain dan mereka terima sebab ibu bungkus elok tak ada bau.

“Alhamdulillah, baru sahaja sampai tiga hari lalu… ibu kirim tiga parcel. Bukan buah durian sahaja, siap ada petai lagi. Hari pertama semua lima biji durian habis dimakan bersama keluarga mentua yang tinggal di sini,” jelas anak bongsu daripada tiga beradik ini yang menetap jauh berbanding dua abangnya yang tinggal berdekatan dengan ibunya di kampung.

Tambahnya lagi,”Ibu tetap nak anak dia yang duduk jauh ni merasa hasil durian dari kebun sendiri. Maklumlah saya pun dah hampir lima bulan tak balik Chenor. Kali terakhir balik kampung adalah ketika majlis pernikahan saya.

“Siapa tak rindu…tapi tak balik pun tak apalah sebab dapat durian yang ibu kirim. Terubat juga rindu.

“Ibu kirim lagi buah-buahan trip kedua. Ada durian, rambutan dan buah mesta,” ujarnya dan turut berkongsi video menerima parcel kali kedua yang istimewa daripada ibunya.

@amirah.afiqah

Alhamdulillah dapat lagi parcel kebahagiaan dari pahang 🤍 Thankyouu ibu ku sayang ❤️Kalini my mom guna kurier Lineclear tau ‼️ #fyp#fypdongggggggg

♬ Sumpah Ku Mencintaimu – Alsa Aqilah

Meninjau di ruangan komen, ramai turut berkongsi rasa rindu untuk pulang ke kampung untuk menikmati durian di kebun sendiri. Tidak kurang ramai ingin tahu proses untuk lakukan perhantaran durian yang dilakukan oleh ibu Nur Amirah. Semuanya dijelaskan olehnya di ruangan komen dan semoga ianya memberi manfaat untuk semua.

Sumber : mStar dan TikTok amirah.afiqah

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini