Ibu 11 Anak Akui ‘Ketagih’ Tambah Zuriat, Belanja RM4.4 Juta Tunai Impian Miliki 100 Cahaya Mata Guna Ibu Tumpang

Seorang wanita di Georgia yang kini memiliki 11 anak mend4kwa mahu menambah lagi bilangan anak sehingga 100 orang melalui kaedah ibu tumpang.

Christina Ozturk, 23, yang juga isteri kepada usahawan, Galip Ozturk, 56, berkata, mereka sanggup berbelanja besar sebanyak RM4.4 juta demi mencapai matlamat itu.

“Perkara terindah kini adalah saya sudah mempunyai 11 anak termasuk yang terkini, Olivia yang dilahirkan pada hujung bulan lalu.

“Saya lahirkan anak perempuan terakhir saya, Vika dari rahim sendiri kira-kira enam tahun lalu.

“Manakala anak yang selebihnya juga daripada ben1h saya dan suami, cuma ‘dibawa’ dan lahir daripada rahim ibu tumpang,” katanya kepada pemberita, memetik laporan The Sun.

Selain itu, pasangan jutawan itu pernah memaklumkan hasrat bahawa mereka menyasarkan mahu mempunyai 105 orang anak, namun jumlah itu belum ditetapkan lagi.

“Saya tidak tahu berapa ramai yang mahu terlibat (menjadi ibu tumpang), namun kami semahunya tidak akan berhenti (mempunyai anak) setakat 10 orang sahaja.

“Kami belum sedia hendak umumkan berapa jumlah sasaran bilangan anak yang sebenar. Segala yang berlaku ada garis masanya,” katanya lagi.

Jika benar Christina mahu mencapai sasaran 100 anak pada usia 30 tahun, maka dia perlu berusaha mendapatkan kira-kira 12 orang anak pada setiap tahun bagi tempoh tujuh tahun ke hadapan.

Difahamkan, amalan zuriat ibu tumpang di Batumi, Georgia did4kwa sah dan dibenarkan di sisi undang-undang.

Setiap ben1h zuriat yang ditumpang dan dilahirkan oleh wanita ibu tumpang menelan k0s sehingga kira-kira RM44,000 setiap seorang.

SUmber: The Sun, Siakap Keli via Petua dan Resepi Bonda

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini