Hil4ng Pertimbangan Selepas MenghaIau Isteri Dan Anak, Lelaki Mer3mpuh Rumah Mentua Hingga R0boh

Seorang lelaki yang baran bertindak menghalau isteri dan anak-anak untuk tinggal di rumah ibu bapa isterinya. Namun apabila isteri dan anak-anak sudah berada di rumah mentua, si suami kemudian marah dan hilang pertimbangan.

Menerusi perkongsian Tan Eng Meng dalam catatannya di Facebook berkata, dia sebelum itu memperoleh maklumat daripada Ahli Majlis Daerah Pontian, Krishnan Kumar, lalu bergegas pergi ke lokasi kejadian.

Si isteri yang berusia 30an itu difahamkan sering dipukuI oleh suaminya hingga lebam di badan.

Si suami kemudian bertindak di luar kawalan apabila merempuh rumah ibu mentuanya menggunakan lori. Kejadian itu berlaku di Skudai, Johor Bahru pada jam sekitar 10 malam, 28 Jun 2021.

Si suami yang berang dan hilang pertimbangan dikatakan datang ke rumah mentuanya menggunakan lori sebelum merempuh rumah tersebut untuk menakut-nakutkan dan mengganggu isteri dan anak-anaknya. Namun tindakannya juga turut mengundang perhatian jiran-jiran yang kebimbangan melihat perbuatannya yang tidak wajar itu.

Susulan kejadian itu, si suami telah ditahan untuk siasatan dan akan dikenakan tindakan undang-undang. Mujurlah tiada sesiapa yang cedera akibat insiden berkenaan.

Suami Merempuh Rumah Mentua Hingga Roboh, Berang Dan Hilang Pertimbangan Selepas Menghalau Isteri Dan Anak-anakSuami Merempuh Rumah Mentua Hingga Roboh, Berang Dan Hilang Pertimbangan Selepas Menghalau Isteri Dan Anak-anak

Tan Eng Meng memaklumkan, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng akan menanggung kos pembinaan semula bahagian rumah yang telah rosak.

Perkongsian di Facebook

“Perkara ini adalah asam garam dalam perkahwinan dan harap pasangan berkenaan berfikir dua kali sebelum bertindak melulu. Usah gunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Sebaliknya jika ada masalah, selesaikan dengan cara baik tanpa perlu menggunakan kekerasan,” katanya.

Sumber: Tan Eng Meng Via SG

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini