Hebat, Aksi Lak0nan Paramugari Bersahaja Gadi$ ini Bikin GeIak Sakan Net1zen (video)

Setiap orang pastinya mempunyai bakat yang tersendiri dalam pelbagai bidang. Mutakhir ini ramai orang yang menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam aplikas tiktok. Tidak dapat dinafikan, aplikasi TikTok sememangnya boleh menghilangkan stress dan menghiburkan hari-hari kita setelah penat seharian bekerja.

Malah, kebanyakan bakat dan lawak mereka juga sangat spontan dan tidak dibuat-buat menjadikan mereka lebih dikenali ramai.

Sama juga seperti seorang TikTok famous ini apabila tular videonya berlakon menjadi pramugari Arab dan Korea berjaya mencuit hati netizen.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Menerusi video perkongsian daripada @miaazahar, pada mulanya dia diminta oleh followernya untuk berlakon menjadi watak pramugari versi Arab.

Lakonannya yang kelakar dan mengeluarkan ayat-ayat spontan automatik membuatkan ramai terhibur sehingga ada yang memintanya menjadi pramugari Korea, Jepun, Indonesia, Afrika dan macam-macam negara lagi.

Gadis yang dikenali sebagai Mia itu pun melayankan saja permintaan netizen dan tampil berlakon menjadi pramugari Korea pula.

Lihat video sambungan itu di bawah:

“Wajib Qalqalah ya geng, limited pramugari macam ni. Dia punya lawak memang tak dibuat-buat haha” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 780.7K views, 111.4K likes, dan 2.1K shares di TikTok. Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat lakonan spontan Mia.

Lebih-lebih lagi apabila dia menyanyikan lagu Arab popular di Malaysia satu ketika dulu iaitu Wassini yang dinyanyikan oleh Waheeda. Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

sumber: says.com / kalamindah

kalau sudi Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini