Foto sekadar hiasan
Menantu Kesayangan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Buat mak ayah, saya maafkan mak ayah. Saya minta maaf, saya cuba ikhlas.
Sedikit intro, saya seorang isteri, pengurus rumah tangga, seorang ibu kepada 3 orang anak soleh solehah, insyaAllah aamiin.
Alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang sangat, baik, bertanggungjawab, memahami. Luahan lebih berkisar kepada ibu bapa mentua.
Kelahiran anak sulung sangatlah membahagiakan. Alhamdulillah, anak sulung berumur 8 bulan, saya disahkan hamil lagi.
We both were very excited. Si abang akan ada kawan.
Tapi mak mertua agak tidak senang, diperli dimarah sebab tidak merancang. Kami senyum.
Suami banyak tenangkan saya. Kami pekakkan telinga, tabahkan hati.
Sepanjang kehamilan langsung tidak bertanya khabar. Bila lahir pon endah tak endah. Its okay. Alhamdulillah abang dan adik jadi best friend. Macam kembar.
Pendekkan cerita, bila anak kedua dah masuk usia 2 tahun, saya hamil lagi.
Suami cakap tak payah bagitahu mak. Saya kurang setuju.
Macam mana pun tetap kena hormat, kena bagitahu. Sampai bila nak sorok?
Akhirnya, masuk usia kandungan 4 bulan suami telefon mak untuk beritahu berita kehamilan. On loudspeaker.
Mak bagitahu suami dia nak carikan ubat akar kayu bagi saya minum, lepas ni dah tak boleh hamil lagi dah. Kiranya mandul terus laa.
Kami terkejut, tak sangka keluar kata kata tu dari seorang ibu, guru quran, hajjah! Saya nangis, istighfar.
Suami bagitahu mak, bagi je ubat tu dekat anak perempuan mak, jangan rosakkan anak perempuan orang. Off panggilan. Hmmmm.
Alasannya takut anak lelakinya susah, saya tak bekerja. Sedangkan suami saya mampu, suami saya berniaga.
Kami hidup sederhana walaupun mampu untuk bermewah. Suami bukan jenis show off.
Sekali lagi kami pekakkan telinga, sabarrr. Rezeki Allah dah tetapkan. Yakin!
Di mata anak anak menantu lain, saya adalah menantu kesayangan sebab selalu dipuji mak. Suami adalah anak kesayangan. Patuh, taat.
Setiap kali balik kampung suami tak pernah tinggalkan saya bersendirian dengan mentua, bimbang diperli, dikata macam macam.
Di depan suami, memang mak tak pernah mengata, tapi bila suami tak ada, macam macam disoalnya.
Tak pernah miss suruh makan perancang. Senyum lagi… peace mak!
Alhamdulillah, anak anak kami sekarang dah besar, sihat, cerdik, paling menghormati orang tua. Yang bongsu dah masuk 3 tahun.
Alhamdulillah, guru guru semua puji sebab tak banyak peel, bijak.
Saya tunaikan janji pada diri sendiri untuk didik anak sebaik mungkin.
Seawal 3 tahun anak anak dah pandai membaca. Usia 7 tahun si abang dah khatam al-Quran. Insya’Allah adik adik bakal menyusul.
Semasa PKP, keluarga saya diuji. Kami terpaksa balik kampung, sebab perniagaan kami tak mampu survive dengan kos hidup bandar.
Kami pindah ke kampung, tinggal menyewa.
Mak ayah tinggal di daerah lain. Untuk pengetahuan, kami asal dari kampung sama.
Rumah ibu ayah kandung saya jarak satu kampung dengan rumah kami sekarang.
Semasa awal PKP 1, ibu kandung saya diuji sakit jantung. Mak ayah pulak terkandas di kampung, tak boleh rentas daerah untuk balik ke rumahnya di daerah M.
Sepanjang ibu di hospital saya yang menjaga ibu, suami yang sangat baik ni lah yang hantar dan ambil saya di hospital.
Berkali kali saya minta izin redha suami untuk saya jaga mak yang lansung tak mampu uruskan diri.
Suami redha, dan izinkan.
Rupa rupanya mak ayah tak berkenan. Diperlinya saya. Hari hari ke hospital kata mereka. Saya senyum.
Padahal saya tak pernah abaikan tugas saya di rumah.
Sebelum ke hospital, saya siapkan sarapan, tinggalkan mak ayah dengan perut dah terisi.
Anak anak pula ditinggalkan di rumah bersama tokbaba (ayah saya). Langsung tidak mahu membebankan mak ayah.
Bila tengahari, saya balik rumah dan memasak untuk makan tengahari mereka.
Kadang kadang suami beli lauk siap, saya hanya masak nasi. Keperluan mereka tiptop saya dan suami jaga.
Pada suatu hari selepas balik dari hospital, saya dimarah sebab seharian di hospital.
Saya penat, stress. Mak ayah seolah olah cemburu saya jaga ibu.
Saya mengamuk pada suami, saya stress. inilah masanya saya nak berbakti pada ibu, jika ini saja peluang yang Allah bagi, saya nak buat sehabis baik.
Suami tenangkan saya. Saya sumpah, bila mak ayah sakit, mereka akan rasa apa yang saya rasa.
Saya pasti mak ayah dengar luahan saya pada suami.
Berlalu zaman PKP. Sekarang mak ayah diuji dengan c0vid.
Ayah tinggal di rumah abang ipar. Mak pulak terpaksa warded sebab c0vid, jangkitan kuman.
Menangis nangis mintak temankan dia di hospital.
Saya cakap dekat suami, saya tak mampu, saya takut tak ikhlas. Biarlah anak anak mereka yang berkorban.
Anak anak perempuan saling menolak dengan alasan kerja. Minta saya yang suri rumah ni jagakan mak di hospital.
Maaf.. Saya tak nak seharian di hospital, mak ayah kan marah…. Maaf mak, ayah. Saya tak mampu.
Hari ni saya sujud pohon ampun dari Allah atas khilaf saya, saya minta Allah ikhlaskan hati saya.
Dalam sujud, saya cakap, “mak, ayah. saya dah maafkan mak ayah”.
Dan hari ni saya sedia ke hospital, untuk bersihkan badan mak, jaga mak sepertimana saya jaga, belai ibu kandung saya semasa ibu tak mampu bergerak…
Terima kasih Allah untuk ujian dan pengalaman.
Reaksi Warganet
Farah Hanina –
Anak perempuan kandung pun tak sanggup jaga mak sendiri. Akhirnya ipar jugak yang disuruh.
Alhamdulillah awak ada suami yang memahami dan selalu lindung isteri.
Miera Wahab –
Kuatnya puan sebab memaafkan dan berjaya untuk ikhlas. Tahniah puan.
Doakan saya juga boleh seikhlas puan satu hari nanti.
Cuma sekarang belum masanya. Hati belum mampu menerima dan mengikhlaskan segala semburan yang saya terima.
Noor Izrain –
Tahniah, awak berjaya mengikhlaskn diri akhirnya. Juga buat suami awk.
Inilah masa awak tunjukkan pada mereka, yang awk buat perkara yang sama seperti awak buat untuk mak ayah awk.
Saya percaya awak buat ni pun sebab suami awak sangat memahami perasaan awak serta menjaga kebajikan mak ayah awak.
Semoga awak mendapat pahala yang berganda bila berbakti pada mereka.
Tapi letaklah limit sebaik baiknya supaya anak anak mereka yang lain turut mengambil peranan.
Mudah mudahan MIL awak akan berubah selepas ni.
Dayang Nursyahirah –
Kita semua kena ubah mentaliti, buang jauh mentaliti anak perempuan setelah kahwin terus lepas tangan dekat mak dengan ayah kandung sendiri.
Time to step up our thinking. Tanpa mak dan ayah sendiri kita takkan ada di muka bumi ni dan berkahwin dengan anak dari family lain.
Kudos to the confessor. You and your husband have set a good example. Be a great team player to each other.
Selagi you and your husband in the game together, inshaAllah Allah mudahkan urusan kalian.
Hannah Johary –
Assalamualaikum Menantu, MashaaAllah menitik air mata baca ni.
Don’t worry sis. Teruskan apa yang sis buat.
Mengandung bersalin. Jaga mak di hospital. Jaga in laws. Anak anak dan suami tak terabai.
You are doing sooo great and you are sooo strong. Sis sangat kuat physically and mentally, kerana itu ujian sis banyak bermain di emosi dan perasaan.
Jauh lagi nak sampai ke final lap. Tapi sis dah menang jauh, Allahu akbar.
Kuatkan emosi dan perasaan sis. Kumpulkan keikhlasan buat kali ini, dan teruskan melangkah.
Allah sees and Allah knows. Allah bersama sama dengan orang orang yang bersabar.
Dan Allah akan selalu dengan sis.
You have my prayers. Every bit of it. InshaaAllah hidup sis akan sentiasa senang dan bahagia.
Hugs!
Sumber – Menantu (Bukan nama sebenar) via IIUMC