Habis semua gaji 6k aku serahkan pd suami, nak mkn pun aku bwk bekal, rupanya ini prmainan dia.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan hai semua. Aku sebenarnya tak tahu nak luah kat mana. Penat aku search laman kaunseling untuk aku tanya menda-menda hal ehwal rumah tangga, tapi semua macam susah nak dapat respon.

Aku harap ada la yang sudi berikan sepatah dua kata komen macamana nak stop jadi isteri yang b0doh.

Aku berkahwin dengan suami aku atas pilihan keluarga. Tahun ini masuk tahun ke 6 kami berkahwin. Dikurniakan 3 orang cahaya mata. Sebulan selepas berkahwin aku terima tawaran kerja yang pertama.

Gaji aku yang dua ribu cuma ketika itu semua aku serahkan kepada suami kerana katanya kita boleh gabungkan gaji dan beli apa yang kita suka.

Aku naif waktu itu, maka aku serahkan semuanya. Tapi alhamdulillah waktu itu, nafkah masih berjalan seperti biasa.

Masuk tahun ke 2 berkahwin, aku tukar pekerjaan. Alhamdulillah gaji naik sikit dari 2000 ke 2500.

Macam biasa, aku diminta serahkan semuanya sehingga aku cuma ada seratus dua sahaja di dalam tangan.

Aku masih okay, masih bdoh dan terus positif kononnya ingin membantu suamiku membayar segala macam bil dan bayaran bulanan. Nafkah masih berjalan, jadi ketika itu, aku masih merasa cukup.

Hari ini, masuk tahun ke 6 perkahwinan, aku sudah berada di tahap yang agak selesa.

Suamiku masih di tempat yang sama dengan gaji yang sama. Katanya untuk kestabilan dia harus stay disitu.

Sedangkan aku, bertungkus lumus kerja dan cari kerja yang lebih baik untuk dapat gaji yang lebih tinggi supaya aku ada baki lebih selepas semua gajiku diserahkan padanya.

Gaji aku kini mencecah 6000. Tetapi, atas dasar ehsan dan permintaan, aku terpaksa serahkan hampir kesemua gaji tersebut sehingga yang tinggal sekarang cuma 500 sahaja untuk aku.

Nafkah juga sudah tidak diendahkan kerana katanya aku sudah banyak lebihan duit. Kalau tak cukup minta padanya.

Gaji aku, tapi akhirnya masih perlu meminta-minta nafkah. Kadang di marah lagi katanya aku boros.

RM500 baki gaji aku itu sajalah aku berjimat untuk ulang alik ke tempat kerja, bayar makan, parking bulanan dan apa-apa melibatkan kerja aku. Sehingga aku rasa terlalu miskin walaupun bergaji tinggi.

Bila aku suarakan hak aku, suamiku mula berangg. Katanya komitmen kami tinggi. Dia perlukan sokongan dari aku untuk sama-sama bayar komitmen.

Tapi.. apa yang aku nampak, kehidupan suamiku lebih mewah walaupun gajinya separuh dari gajiku sedangkan aku, gaji tinggi tetapi diserahkan padanya.

Kadang-kadang mampu bawa bekal sahaja ke tempat kerja sementara tunggu gaji lagi. Aku dah mula rasa tak reda. Dah mula rasa diperguna.

Suami aku baik. Sangat baik. Dia banyak sediakan semua kelengkapan rumah untukku dan anak-anak.

Dibelikan aku macam-macam. Tapi aku tahu semua itu datang dari gajiku juga. Tapi aku masih bersyukur. Bdohkan aku.

Ketika aku berpantang dikampung, aku masih serahkan gaji pada suamiku. Hidupnya bahagia di sana seakan lelaki bujang, berjimba bersama kawan, sedangkan aku, nak upah orang datang mengurut pun fikir sepuluh kali.

Suamiku juga pernah kantoi menyimpan vdeo-vdeo lu-c4h dan berjanji tidak akan ulangi. Tetapi aku masih merasa dia masih melayan semua itu.

Tapi aku tetap berdoa supaya dia insaf dan betul-betul stop semua itu. Aku betul-betul terh1na bab tu, tapi entahlah. Kenapa aku masih bdoh?

Dia juga per0kok. Aku menangis merayu-rayu minta dia berhenti mer0kok dan aku katakan aku sanggup bnuh diri jika dia tidak mahu berhenti.

Alih-alih aku pula dipersalah. Katanya terlalu memaksa untuk dia berubah, Tak ingat Tuhan menda begitu pun nak bnuh diri. Haha.

Marah-marah aku dan mula merajuk tidak ingin bercakap denganku lagi. Last-last, aku yang minta maaf dan janji tak akan paksa apa-apa dalam hidupnya. Aku masih berdoa supaya dia berubah. Haha, bdohnya aku.

Suamiku juga ramai kawan yang bujang dan suka pr0vok suamiku untuk cari sc4ndal. Dasar kawan tak guna dan aku minta suamiku stop berkawan dengan mereka.

Aku minta pilih antara aku atau kawan, dan dia pilih kawan. Hahaha, sekali lagi, aku b0doh.

Aku mula alami simpt0m depress1on. Rasa hidup tak berguna, kerja kuat tapi tetap miskin. Gaji banyak tapi tak guna asyik kena kebas.

Bulan lepas, aku cuma transfer separuh sahaja gajiku padanya, kataku biar aku bayar yang lain sendiri.

Alih-alih disuruh aku bayar semuanya sehingga habislah gajiku. Terpaksa minta semula yang aku dah beri padanya. Sekali lagi, bdohnya aku.

Bulan ini, aku dah tekad, aku tak kan transfer apa-apa lagi. Aku bayar yang aku mahu bayar sahaja.

Apa lagi bergduh lah kami dan sehingga saat ini aku mula rasa aku hanya dimanipulasi dan diperb0dohi oleh suami sendiri.

Tuan tuan dan puan puan, aku tidak tahu apa perlu aku lakukan untuk fokus tentang diri sendiri. Aku penat fikirkan dia.

Buat masa ini, bukan sebab kukuh untuk berpisah kalau semata bab gaji. Dan aku pun tak nak berpisah. Aku cuma nak cari bahagia aku sendiri.

Cuma aku tak tahu bagaimana. Aku kalau boleh dah malas nak ambil tahu apa-apa tentang suamiku, tapi fikirkan anak-anak yang sedang membesar, aku cuba juga jadi terbaik walau kadang-kadang semua itu f4ke cuma.

Aku dah malas nak fikir. Nak masak, nak jaga anak, nak buat kerja. Aku nak bahagiakan diri sendiri sahaja. Aku penat jadi orang bdoh dan terus diperbdoh.

Dan sekarang aku pun tak tahu apa lagi function aku sebagai isteri. Entahlah.

Next week, aku dah nak start jumpa doktor untuk depr3ssion. Aku dah penat menagis sebab jadi bdoh.

Aku nak bahagia dan aku tak nak fikirkan sesiapa lagi termasuk suamiku. Dia pilih kawan. Aku pilih bahagiakan diriku.

Doakan aku kuat. Dan mohon kata-kata semangat untuk perempuan naif, bdoh dan hampir nak gile macam aku ni untuk terus berjuang untuk diri sendiri.

Aku fikirkan anak-anak sahaja waktu ini. Apa lagi aku nak harapkan. Selebihnya, aku harap aku boleh m4ti cepat bawa anak-anakku bersama.

Tapi jap, aku kena taubat dulu sebab ngumpat suami aku kat sini dan aku kena ganti puasa dulu.

Aku harap esok-esok, kalau ditakdirkan aku m4ti, aku dapat m4ti dengan anak-anak dalam husnulkhotimah. Aamiin. Okay. Itu aje. Terima kasih guys! Doakan aku.

Reaksi warganet.

Nur Humaira – Gaji puan adalah hak puan. Komitmen rumah tangga yang wajib (makan minum, tmpt tinggal, dll) adalah tnaggungjawab dia.

Urusan rumah dan anak adalah tanggungjawab bersama. Hak gaji puan adalah hak mutlak puan melainkan sebelum puan kerja dulu, puan ada perjanjian ngan dia (sebagai balasan puan kerja, puan kena tolong bayar komitmen), ingat nafkah tu tetap dia punya tanggungjawab. Ramai betul terlepas bab ni.

Puan kena usaha dari segi tanya kepada orng lebih arif, try pergi kaunseling keluarga, bincng hati ke hati dgn suami dan mcm2 cara lain.

Tapi semua tu kena ada dia sekali bkn puan sorng je. Tapi lepas semua dh puan cuba tapi takde effect, puan fikir lah masak2. Kalau dalam Islam nak didik isteri pun suami ada caranya dan last sekali faham2 la.

Saya doakan yang terbaik untuk puan. Hidup bukan untuk diz4limi.

Siti Nor Fatimah – Benci lelaki2 begini.. saya ada satu pengalaman lbh krg mcmni.. mereka gabung satu akaun, dan suaminya pura2 mampu utk buka cawangan.. bila diselidiki gaji si suami cuma rm2900 yg selebihnya gaji isteri.. puan tahu kan selebihnya dia habis ke mana?

Bangkit lah puan.. kita org perempuan tak m4ti klau hidup takde suami toksik mcmni.. puan ada segala2nya.. suami utk melindungi isteri, bkn yg “meny4kiti” isteri begini.. belajar la berdikari puan.. buang ke lombong je suami mcmni.. doa saya bersama puan.. sungguh2 ni dtg dr hati saya.. fikirlah yg terbaik ye.

Ummu Amirul – Gaji isteri , suami tiada hak utk minta atau menuntut serahkan kepadanya.
Duit gaji isteri hak isteri.. biar suami belajar bertanggungjawab dan tidak ambil kesempatan.

Tidak salah kalau isteri bantu suami kerana hidup berkeluarga saling lengkap-melengkapi tetapi jangan sampai terpaksa meminta-minta gaji sendiri daripada suami.

Kita perlu fikirkan juga diri sendiri….
ada simpanan sendiri kalau berlaku kecemasan, boleh beri ibu bapa yang telah membesarkan kita.

Saya yakin Puan orang yang bijak, uruslah pendapatan Puan dengan bijak.

Mas Muhamad – Kuatkan semangat ye sis. Gaji 6k dah boleh mulakan hidup sendiri dengan anak2. lps ni jgn bg gaji sis kat suami lagi. duit rumah, makan n nafkah mintak kat dia.

kalau dia x bg selama 3 bln bawak gi pejabat agma mintak kaunselingkan dia. kalau x jalan jgk baiklah hidup sendiri je.. atau carilah org lain yg lebih bertanggungjawab. Ramai lagi lelaki yg baik2 kat luar sana tu. Bukan kerana duit kisah sis ni tp kerana tanggungjawab suami.

Nur Aszlimah – Bagus puan dah tersedar sekarang dari bela biawak hidup. Dia dah pilih kawan. So dgn gaji puan tu boleh dah bela puan n anak2. Sekarang kena bangkit je. Saya doakan puan diberi kekuatan untuk bangkit.

Berry Ahmad – Puan… mohon jadi bijak utk diri sendiri n anak2.. sayangi diri sendiri dahulu.. tak ada dlm islam kata, isteri yg perlu bekerja berhempas-pulas n menyerahkan semua gaji kpd suami.. apa bukti suami puan sama2 selesaikan kewangan rumah? Sy yakin puan org yg terpelajar.. tapi tolonglah, utk bulan ini n seterusnya, tlglah jadi isteri yg bijak.

Tanggungjwb suami utk sediakan segala keperluan rumah, bukan puan.. Pls ya puan.. tolonglah berubah demi sygkan diri sendiri.

Mei Lin – Husband mcm yg pn dpt ni, elok tolak dlm lombong je..beli brg utk pn tp guna duit gaji pn, tu bkn baik namanya..itu setan..suami pn jdkn pn depressed so pn nk bahagia mcm mana.

Husband yg patut bg nafkah yg dtg dr gaji die, bkn bg nafkah dr gaji pn..silap besar tu..tlg la jd bijak pn..syg suami ikut rentak..

Tp kalau dh suami mcm tu, pergi la pjbt agama utk tebus talak..die xjlnkn tanggungjwb die pon..malah buat pn sakit lg ada la..semoga Allah sentiasa melindungi pn..aminn.

Kredit: seleksimedia

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini