Foto sekadar hiasan
Harapnya Masih Belum Terlambat
Assalamualakum dan salam sejahtera.
Ini cerita pasal duit, dan simpanan, dan kenaifan.
Aku seorang perempuan, umur 30-an dah, kerja memang OK sangat, stabil, masa depan cerah, semuanya lah. Happily married with 3 kids.
Yang aku nak cerita ni pasal gaji aku which is sekarang ni RM10k, kira banyak lah. Considering masa baru masuk kerja 10 tahun dulu adalah RM2k+ je.
Tapi kenaifan aku adalah keborosan aku dan ketidakpedulian aku terhadap duit sendiri.
Korang bayangkan gaji macam aku ni, saving takdak pun weh. Nak kata aku ni banyak asset pun tak ye.
Bab bab invest ni memang tak pandai lah. Dah la tak pandai invest, duit pun tak simpan.
Bila pikir balik 10 tahun kerja tu gone macam tu je tanpa ada saving.
Kalau nak list balik apa lah sebenarnya yang aku buat dengan gaji aku tu, memang tak terlist kan dah rasanya, sebab aku pun tak ingat.
Nampak sangat la spend dekat benda mengarut je.
Tapi aku nak cuba jugak cerita apa aku buat dengan gaji aku selama ni, supaya aku sendiri boleh nampak dan korang pun boleh ambik iktibar.
1. Credit card – pembnuh bersiri.
Kenapa bersiri? Sebab dia macam beranak anak. Lepas satu, satu Credit Card.
Aku masa awal kerja dulu dekat Sarawak, masa tu memang takde lagi Debit Card ke apa untuk book flight ticket balik Semenanjung. Kena lah juga ada Credit Card.
So apply lah Maybank, masa tu credit limit RM4k je rasa nya.
Bila dah ada Credit Card ni, memang culture shock lah, main swipe je, sebab tak nampak duit keluar kan. Sekejap je dah maxed out.
Bulan-bulan aku bayar minimum payment je, memang takkan habis bayar sampai bercucu.
Lepas tu CIMB offer balance transfer dan increase credit limit jadi RM10k, aku pun buat. Sama jugak macam sebelum ni, memang maxed out, dan bulan bulan bayar minimum payment je.
Lepas tu pulak Bank Islam offer lagi balance transfer dan increase credit limit ke RM20k, of course aku yang BODOH ni accept lagi.
RM20k ni minimum payment RM1k tau, nak mampus jugak membayar bulan bulan.
2. Personal loan
Aku pernah buat personal loan RM20k untuk settle kan credit card aku yang dekat atas tu.
Lepas dah settle tu patut nya aku cancel la card tu kan, bayar personal loan je bulan bulan.
Tapi tidak, aku kan BODOH, aku tak cancel pun. Konon nya aku dah berubah, aku akan bayar full setiap bulan (pasang lagu Janji Manismu by Aishah).
Bila tak bayar full, aku build up balik hutang credit card aku. So kejadah nya pulak aku kena bayar credit card + personal loan kan.
Tapi itulah yang aku buat selama beberapa tahun.
Aku ada jugak personal loan untuk kahwin. Padahal tak perlu pun, aku ada je duit cukup untuk majlis simple simple.
Tapi apply jugak sebab macam biasa je orang buat apply loan untuk kahwin (siap dekat borang loan tu part sebab sebab meminjam no. 1 adalah Tujuan Perkahwinan, ko tick je lah kan).
3. Boros berbelanja
Aku perempuan yang suka beli baju. Seriously selalu giila beli, pakai beberapa kali je.
Suka beli kasut, tudung, semua lah sifat mazmumah boros yang lain memang ada dalam diri aku.
Especially bila dah start kerja, ada duit sendiri, lagi la aku macam dirasuk syaiton.
Dan perlu ingat semua ni berlaku dalam masa yang panjang, 10 tahun beb. 10 tahun reckless spending and bad habits.
4. Tak pandai invest
Beli rumah pun tak, invest Public Mutual pun tak, invest dengan mana mana wealth advisor pun tak, emas pun tak beli.
Basically takde apa yang boleh nak ditunjuk dari gaji aku yang konon konon tinggi tu. BODOH darab infiniti.
5. Percubaan business
Aku pernah join MLM (kuar modal RM6k)– BODOH, pernah try business macam macam.
Modal keluar, duit pun masuk, tapi tak pandai manage. Bercampur aduk dengan duit personal. Last last aku tak nampak pun hasil nya.
Duit habis, tenaga pun habis. Patut aku duduk je dekat rumah tengok cerita Korea.
Sejak 2016 aku mula berubah. Sebab nya ada orang share dekat FB, kalau gaji 5 angka tapi takde simpanan 6 angka makna nya ada something wrong. Itu je titik tolak nya.
Takde pun aku ingat detail pasal FB status tu. Tapi ayat tu memang aku ingat sampai sekarang.
Sebab aku gaji 5 angka, saving 4 angka je, tu pun selalu keluarkan.
Up to February 2018 ni, aku dah settle credit card aku tanpa personal loan.
Dan aku dah bijak, aku cancel kan card tu, potong dan buang jauh jauh.
Zaman sekarang credit card dah tak perlu, banyak tempat boleh pakai Debit card dah. Nak berhutang buatpa lagi?
Aku dah ada saving sikit, baru 5 angka tapi ok lah kan, dari tak ada apa langsung. Aku target nak capai saving RM50k by tengah tahun ni.
Aku dah ada 1 rumah landed, sekarang buat sewa, dan dah booking sebuah apartment lagi untuk sewa kan juga.
Kereta aku dah habis bayar dan aku pakai je kereta comel ku itu, takde pun nak upgrade ke apa.
Aku pun dah invest in Public Mutual melalui KWSP Akaun 2, yang ni memang tak keluar gaji lah kan, tapi investment jugak.
Emas pun aku beli sikit sikit masa tengah murah. Beli cincin ke, subang ke, selalu nya tak sampai RM200 pun. Emas second hand pun OK.
Aku masih ada baki personal loan RM18k, bulan bulan bayar RM300+, akan ku usahakan juga habiskan dalam tahun ini.
Macam mana aku buat untuk capai semua tu?
1. Buat budget bulanan dan really really really stick to it.
2. Tolak gaji siap siap untuk simpanan. Aku tolak gaji RM1000 untuk Tabung Haji.
3. Sentiasa ada emergency fund. Supaya kalau lah ada apa apa nak guna duit contoh nya kereta rosak ke, tak perlu keluarkan saving.
Emergency fund aku selalu nya RM500 je, kalau ada rezeki lebih ada lah RM1000.
Tapi even sikit pun, memang aku simpan sikit untuk emergency. Dan aku simpan dekat tempat yang susah untuk di ambil.
Aku simpan dekat atas almari dalam beg berkunci. Haha. Memang macam bangang je kan, tapi aku terpaksa buat macam ni sebab aku takut aku terpakai nanti.
4. Bawak bekal ke office. Kalau ikutkan dengan gaji aku ni tak perlu lah bawak bekal bagai. Clerk aku pun hari hari keluar lunch tau.
Tapi aku ni tahap baru nak start over, so memang lah kena buat macam ni.
Walaupun nampak tak banyak pun spend untuk lunch, tapi untuk aku, setiap ringgit itu berharga.
5. Kurang beli baju, kasut, etc. Kalau aku nak beli sangat pun, aku beli kat Carousell.
Orang akan pandang hina je kan pakai baju second hand tapi aku suka je. Itu pun tak selalu aku beli. Beberapa bulan sekali.
Kasut aku pakai je lah apa yang ada, sampai rosak. Handbag pun beli yang murah murah, kat Carousell jugak. Tudung dah laaaama giile tak beli.
6. Banyakkan sedekah. Tak perlu dijelaskan lagi kebaikan sedekah ni kan. Tapi aku rasa aku masih kurang sedekah sebenarnya.
Masih ada rasa takut nak bagi duit dekat orang sebab takut tak cukup aku nak guna sampai next gaji.
Korang ada tips tak macam mana nak teguhkan hati untuk tak risau sangat pasal ni?
7. Bagi duit dekat parent, jangan miss. Bagi duit kat adik adik, jangan berkira.
Setiap bulan bagi sikit dekat seorang adik. Bulan pertama adik no. 2, bulan kedua adik no.3, begitulah bergilir gilir sampai abang jamil mampus.
8. Tukar skincare dan make up. Dulu aku pakai Clarins, SKII, Mary Kay, M.A.C, tapi flawless nye tak jugak. So aku tukar dah, beli je apa yang OK kat Watson/Guardian tu. Boleh tahan berbulan jugak.
Tapi tip ni OK untuk aku yang kulit biasa biasa takde masalah sangat.
Korang jangan memandai tukar kalau kulit korang istimewa ye. Ikut kesesuaian masing masing lah.
9. Kurangkan Socmed. Bila tak buka IG, FB, takde la ko terpandang sale sana sini, promotion, barang baru masuk, product viral, bla bla bla.
10. Keep track incoming expenses. Contoh macam yuran anak awal tahun, insuran dan road tax kereta, cukai pintu, belanja raya, etc.
Bila kita always tau apa akan mendatang, kita akan lebih berhati hati dengan duit yang ada sekarang.
12. Keep track incoming money. Contoh macam bonus, cukai terlebih bayar, duit getah aruwah bapak hang, etc.
Allocate siap siap duit tu pegi mana nanti. Tak de lah ko duk berangan nak bercuti ke Maldives, tapi hutang berkepok tak bayor.
13. Kerjasama dengan spouse. Yang ni memang penting lah. Aku sebelum ni takde pun perbincangan siapa bayar apa dengan husband.
Tapi sejak aku tersedar dari lamunan ni, aku pun buat meeting dengan husband. Set kan apa dia bayar bulan bulan dan apa aku bayar.
Kalau ada extra expenses dari apa yang dah agreed tu, kitorg akan share.
Kalau tak banyak sangat, husband aku take up, sebab gaji dia lagi besar. Haha.
14. Sekarang aku tak business dah, tak cukup masa. Sebab aku perlu focus anak anak punya education, malam malam ajar mengaji, buat homework dengan diorang.
Lagi pun aku kan bawak bekal gi office, malam kena la prepare bahan bahan.
Awal awal pagi esok bangun masak. Anak aku pun bawak bekal gi sekolah, jimat dah dekat situ.
Kalau boleh aku nak business balik sebab memang minat, tapi aku kena start modal ciput je.
Rasa nya itu je kot tips yang aku boleh bagi. Sekarang aku selalu ingat kan adik adik yang baru start kerja, jangan la ada credit card.
Invest lah ke arah yang kau nak, tak kesah lah apa pun. Paling tidak, simpan lah duit tu sikit sikit.
JANGAN JADI MACAM AKU.
Yang BODOH tapi dah pandai sikit sekarang, Deena
Reaksi Warganet
Daya Yahya –
Kisah saya pun lebih kurang confessor, duit keluar macam air mengalir. Hutang keliling pinggang tapi gaji kurang dari confessor.
Monthly budget memang negative jela. Sekarang tengah struggle untuk setelkan hutang.
Doakan saya brjaya dan sentiasa murah rezeki.. Amiin
Mis Siti –
Nice sharing… confessor buat la simpanan ASB & ASB 2. Max 400k ambil tempoh 30 tahun.
Saya pernah invest dalam public mutual tapi macam tak untung sangat jadi saya jual la unit saya.
Saya punya public mutual agent tu pun tak reti invest.
Saya pun kadang kadang boros pastu menyesal. Beli juga tudung baju kasut tapi tak pakai pun.
Sekadar berkenan sebab tengok lawa. Tapi, paling boros bab makan lah sebab ikutkan nfsu makan.
Rauidah Rahmat –
Lagi satu, wat potongan bulanan bagi zakat pendapatan. So that, kira gaji bulan tu dapat dah ‘bersih’.
Boleh google calculate untuk bayaran zakat pendapatan secara bulanan. Or nak lagi jelas pergi je ke kaunter mana mana pusat zakat untuk details dan isi borang potongan zakat secara bulanan..
Boleh dapat rebat untuk income tax juga. Itu yang saya buat 10 tahun lepas sampai sekarang..
Alhamdulillah, Allah cukupkan semuanya..
Zila Azman –
Alhamdulillah aku dapat suami yang sangat sangat mengingatkan tentang pentingnya menyimpan.
Kalau aku sendiri memang ke laut dalam la jawabnya.
Bab duit ni takboleh silap langkah. Sekali silap habisla jawabnya merana bertahun tahun.
So kami memang ada jumpa financial advisor dari awal kawin.
Alhamdulillah semuanya berjalan dgn seperti yang dirancang. Terima kasih atas good advice
Sumber – Deena via IIUMC