Gaji aku lepas tolak, tinggal RM20 je. Gaji suami 5 angka. Aku minta naikkan nafkah, dia bantah. Dia ketawa, hina aku rasa

 

Foto sekadar hiasan

Su4mi Bergaji Besar, Tapi Hidup Susah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi nama saya Ainina. Saya berkelulusan degree, suami juga berkelulusan degree.

Saya bekerja sebagai officer dan bergaji underpaid, cumanya saya masih bertahan kerana tempat kerja dekat dengan taska anak dan rumah.

Saya dan suami berkahwin pada 2018 selepas berkenalan selama 7 bulan di universiti.

Masa tu tengah kemaruk bercinta. Sampai hari ni saya masih cintakan dia.

Suami saya seorang yang cool, tenang, simple man.

Dia sangat rajin bekerja, pada umur 30 tahun dia sudah basic bergaji 5 angka. Dia seorang jurutera di sebuah kilang kimia.

Nafkah setiap bulan dia beri pada saya ialah 800. Duit ni la saya beli makan tengah hari (hujung bulan saya akan bawa bekal),

Saya beli dinner untuk satu keluarga kalau saya letih bekerja dan tak mampu nak masak.

Dan duit ini juga ialah duit untuk saya beli barang keperluan.

Saya selalu minta suami naikkan nafkah kerana selepas tolak semua komitmen saya, baki dalam bank saya tinggal RM20 sahaja.

Tapi suami tetap rasakan itu masalah saya yang tidak bekerja sehebat dia.

Komitmen saya ialah PTPTN, Mara, Asnb, wifi di kampung orang tua saya, kereta, Coway dan lain lain lagi.

Akibat selalu makan hati dan bergaduh kerana duit, hubungan kami jadi tak sebaik dulu.

Saya rindu suami saya yang kelakar, happy.

Salahkah seorang isteri meminta bantuan suaminya dari segi kewangan?

Berdosakah saya meminta untuk dibantu? Saya juga letih menjaga anak yang sangat manja dengan saya.

Sekurangnya jika saya ada duit lebih, boleh saya manjakan diri pergi spa, facial, shopping dan sebagainya.

Saya tak pernah luah masalah rumahtangga kepada sahabat sahabat saya, saya seorang yang menghormati suami.

Cuma saya pernah meluahkan rasa sedih di hati kepada ibu saya dan ibu saya menasihati untuk pulang kepangkuan keluarga.

Mungkin ibu lihat saya sangat susah di negeri ini.

Saya buntu. Untuk berbaik dengan suami, saya perlu redho dengan semua bebanan ini.

Saya kecil hati, dengan gaji yang besar itu, tidak ada sekelumit kasihan langsungkah melihat isterinya yang bergaji b40 ini.

Dia selalu ketawa lihat gaji saya. Saya rasa terhina.. tapi saya pun ketawa juga sebab gaji saya memang kecil.

Saya pernah ditawarkan bekerja di tempat lain dengan basic RM3500 tapi saya tolak kerana jauh dari rumah dan kawasan rumah kami selalu jem.

Kalau diikutkan pasangan lain, suami bergaji 5 angka sebegini, saya mungkin surirumah sahaja.

Tapi bukan saya.

Saya pernah mengidam durian, suami tak endahkan pun. Katanya setiap kali musim durian kena craving durian ke?

Padahal kalau beli, dia yang laju makan durian. Saya rasa seulas dua sahaja. Entah lah apa yang susah sangat.

Saya pernah usulkan untuk berpisah cara baik sekurangnya saya tak perlu menjadi seorang isteri, hanya seorang ibu.

Suami tak setuju, kerana dia cintakan saya dan saya juga cintakan dia. Cuma saya sedih. Perkahwinan sepatutnya gembira dan bahagia.

Ada lagi, sebulan sekali suami akan belanja makan luar di restoran yang mahal.

Saya memang seronok, yelah saya ni pergi kerja bawak bekal bila hujung bulan dan naik muak makan makanan sendiri.

Sebulan sekali merasa makan tempat mahal. Tapi setiap kali saya makan suami akan ungkit ungkit dia yang belanja makan. Kecil hati saya.

Sebenarnya banyak lagi moment sedih cuma saya dah tak ada masa nak taip lebih panjang.

Mungkin sahabat fb boleh motivate saya untuk terus bertahan kerana saya sayangkan suami saya.

Dan sejujurnya saya terlalu cantik untuk dia. Siapa cakap orang cantik dapat special treatment?

Not me after being a wife.

Reaksi Warganet

Ruhaiza Samsuddin –
Suami saya sole breadwinner, segala macam bil dan keperluan semua atas bahu dia.

Dan sebagai isteri tentera, ada beberapa percent dari gaji pokok akan ditolak terus masuk ke akaun isteri.

Tu kira macam gaji isteri la terutama macam saya yang tak kerja ni. Duit tu dipanggil potongan wajib.. jadi duit tu memang fully hak saya nak beli apa pun.

Duit tu la saya bayar PTPTN, bil telefon, buat simpanan paksa dan bayar keperluan lain (yang bukan wajib suami saya tanggung).

Lepas selesai semua komitmen bulanan tu, saya sedih la juga tengok baki akaun saya.

Tapiiiii, saya lagi sedih tengok komitmen bulanan suami saya. Ni sy list sendiri berdasarkan pemerhatian saya, dan mungkin ada yang saya tak tau pun.

Sebab suami saya punya prinsip, biar dia pening cari duit sorang sorang, jangan anak bini susah..

Kesian tengok suami, dah la pulun kerja hakiki, siap buat part time lagi. Tapi dia tak enjoy pun hasil jerit perih dia.

Memang tak ada life hidup suami saya selain dari mencari rezeki.

Apa yang dia makan, saya pun makan. Kerja keras dia demi buat saya dan anak anak selesa.

Dia cakap mungkin sekarang kita struggle sikit, insyaAllah nanti dah makin tua, kita dengan anak anak makin selesa.

Bab ni sumpah saya sedih, bila ingat pun jadi sayu hati.

Mungkin bab duit ni kadang kita rasa “ehhh sikit sangat ni awak bagi saya”.

Tapi bila kita terima dengan rasa syukur, insyaAllah serba serbi cukup..

Amirah Yazan –
Ainina. Saya takde pengalaman. Cuma saya suka baca pengalaman orang.

Saya rasa rm800 tu nafkah untuk awak ja. Duit dapur apa bagai guna ja apa yang dia dah beli.

Kalao tinggal telur, telur je la hadapnya. Buat saving dari amount dia kasi.

Satu lagi, pilihan awak jugak yang gaji underpaid Kan. Jadi nak buat macam mana. Awak yang pilih untuk tak nak berubah. Jangan terlalu selesa sampai keluarga binasa.

Done bagi pandangan. Semoga awak, suami dan anak tetap bahagia bersama

Nurul Jannah Nordin –
Dalam situasi yang diceritakan, secara surfacenya, dapat lihat yang suami mungkin pandang rendah kepada isteri memandangkan walaupun belajar sama sama dulu, tapi kerjaya suami jauh lebih nampak berjaya dari isteri.

Dalam hal ni, tiada cara lain selain si isteri majukan diri juga. Of course ada pengorbanan yang perlu dibuat.

Upgrade your skills & knowledge. Cari kerja yang setaraf dengan kelayakan.

Banyakkan perbincangan ilmiah supaya suami lihat isteri setara dari segi pemikiran dan taraf kerjaya sehinggalah sekurang kurangnya dia tidak keep on mengungkit.

Dilla Eizmaira –
Klau suami gaji 5angka, tak payah keje dah sepatutnya…

TAPI…

TT banyak komitmen, kalau dia berhenti keje belum tentu suami dia nak tlong bayarkn. Belanja makan kat restoran mewah sebulan skali pun asyik ungkit ungkit dia yang belanja..

Gaji TT ni tak besar mana. List komitmen dia tu banyak. Gaji dia rasanya bawah 2k je. Kalau kira kira kasar cukup cukup makan je.

Maybe untuk anak suami dah sediakan dan setelkan.

Maybe juga suami TT ni tak bagi dia berhenti. Nak isteri bekerja sebab kalau tak keje dia kena tanggung sepenuhnya.

Walaupun ramai yang kecam dia tapi aku pula rasa kesian..

Sebab suami dia tu ada ciri ciri suami kedekut dan bkira.

Doa bnyak banyak TT semoga suami tu lebih pemurah. Doa juga pada Allah semoga mudah dan melimpah ruah rezeki awak.

Bole jadi nanti sumber rezeki tu melalui suami. Siapa tau kan? Jangan jemu dan putus berdoa.

Ashraul Afzan –
Elok lah kalau ko nak bercerrai kak… Suami ko boleh cari isteri lain yang perlukan perbelanjaan 700 ringgit je sebulan.

Dia macam ni kak. Bab nafkah, belanja, ko kena bincang dengan suami kak. Bukan buat konfesion bangang macam ni.

Semuanya berkaitan dengan apa yang ko nak kak… Ko nak gaji tinggi, tapi tak nak kerja tempat jauh, pastu merungut gaji kecik.

Hidup ni memang ko kena buat pilihan kak… Kadang kadang pilihan yang terbentang semuanya bagus, tapi kadang kadang ko cuma ada 2 pilihan yang mana setiap pilihan itu ada pro n cons dia…

Harap harap ni bukan cerita rekaan.

Sumber – Ainina (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *