Gaji aku belas ribu. Bila rahsia suami pecah, aku tempik sekuat hati. Anak2 terkejut. 2 hari suami MC

 Foto sekadar hiasan

Semua Lel4ki Macam Sol Ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedikit pengenalan, aku dan suami berumur 30-an.

Berkahwin di usia muda selepas habis degree dan kini 11 tahun usia perkahwinan bahagia kami bersama 4 orang anak. Anak paling sulung 12 tahun dan bongsu 4 bulan.

Hidup kami hampir sempurna. Suami kerja kerajaan dan aku bekerja swasta MNC. Gajiku berbelas ribu, 2 kali ganda gaji suamiku. Kami mempunyai 2 rumah, 2 kereta dan seorang pembantu rumah.

Dengan gajiku yang lebih dari suami, kalian tentu faham siapa main provider dalam keluarga kan?

Walaupun aku tanggung 90% pebelanjaan bulanan, duit untuk mertua pun aku bagi. Aku tak pernah minta nafkah untuk diriku sejak awal perkahwinan lagi.

Memang aku tak pernah meminta dan awal awal lagi aku halalkan semuanya. Kalian boleh kata aku bdoh dan aku sendiri sedar diri.

Tapi aku tak kisah sebab suami baik, lembut, penyayang, ayah yang rajin melayan anak anak, tak pernah tinggi suara denganku, pendengar yang baik, menjaga solat, hormat orang tua dan keluargaku sayangkan dia. Kami sangat jarang bergaduh.

Walaupun gajiku banyak, dugaan aku selalu berkenaan dengan kerja yang sentiasa memerlukan aku untuk standby (aku work from home) dan tidurku cukup paling lama 5 jam setiap malam.

Tapi aku ok, aku suka kerja aku dan aku dah biasa kerja keras sejak aku memulakan career lagi.

Aku cuba sehabis baik balance kan antara keluarga dan career. Aku still luangkan masa untuk bercuti dengan keluarga, check in hotels, cafe/food hunting, movies, shopping, etc.

Kedua dua family pun tahu aku sentiasa sibuk, mereka supportive je.

Berbeza dengan suami yang rajin keluar dengan kawan kawan lelaki sama tempat kerja untuk badminton, bola dan keluar saja saja.

Hampir setiap minggu ada saja balik rumah sampai 4 pagi.

Aku tak pernah persoalkan atau complain sebab aku sendiri sibuk dengan kerja dan aku percaya lelaki forever is a boy yang mahukan kegembiraan dengan kawan kawan.

Lagipun kami kahwin muda, mungkin dia tak puas enjoy dengan kawan kawan sebelum kahwin.

Baru baru ni aku lahirkan anak ke 4. Bercuti 3 bulan berpantang di rumah sendiri, aku tidur di bilik asing.

Suami masih dengan aktivitinya dan jarang sekali denganku jaga bayi yang baru lahir, lagipun baby menyusu badan..

Tapi aku ok maybe sebab ada maid, semunya terurus.

Tapi, minggu lepas semasa suami bersiap untuk ketempat kerja, aku tergerak hati untuk guna phone dia snap photo anak bongsuku.

Terkejut aku tiba tiba message di Facebook Messenger penuh dengan message bersayang sayang antara dia dengan ex colleague (perempuan tu dah berkahwin dan ada anak seorang).

Aku mengamuk habis, badan aku menggigil dan aku menangis semahu mahunya.

Of course anak anak aku terkejut dengar sampai ke tingkat bawah suaraku yg menjerit maki dia sekuat hati. He is the last person that I thought would betray me!

Aku screensh0t semua perbualan dan hantar ke phoneku. Dia ambil MC 2 hari puas menangis, pujuk, janji takkan buat lagi.

Aku tak tanya langsung sejauh mana hubungan dia dengan perempuan tu, sejak bila? Was it involve s3x and emotions?

Aku tak nak tahu, mungkin aku sendiri takut hadapi kenyataan sebab aku tahu aku tak kuat.

Yang aku tahu, aku kena kuat untuk anak anak yang masih kecil. I need to survive this marriage, have to.. for them!

Berhari hari aku susah tidur, tak lalu makan. Aku rasa semua orang tengah ketawakan aku.

Aku tengok diri dalam cermin pun aku boleh nangis sendiri. Aku fikir sedalam dalamnya punca semua ni jadi.

Honestly aku sangat menjaga penampilan. Aku ramai peminat sejak aku di bangku sekolah, university (termasuk lecturers), even di tempat kerja pun ramai ingat aku umur 20-an.

Aku tak pernah tak bersiap bila dengan suami. Masa pantang pun aku bermake up tipis. Setiap sudut rumah aku ada berbotol botol branded perfume yang aku sentiasa spray.

Bila aku tanya dia apa kurangnya aku dan hubungan kami, dia kata tak ada apa yang kurang. He admitted, ‘i am just being stupid!’

Aku tak bercerita langsung pada sesiapa pun kecuali MakNah (tukang urut favourite yang selalu urut aku di rumah).

Selama ni aku baca kes artis, trending Syamsul dan Puteri Sarah, kawan kawan seusia denganku bercerrai, colleague yang maafkan suami 3 kali curang.. sekarang kena dekat batang hidung sendiri!

Aku perlukan jawapan untuk teruskan hidup..

Kenapa lelaki pilih untuk curang?

Semua lelaki sama ke?

Apa lagi yang lelaki nak?

Dia akan buat lagi ke? Once a cheater, forever a cheater? Betul ke?

Aku perlukan jawapan..

Love, Myra

Reaksi Warganet

Rozanne Shah –
Problemnya bila sis take over peranan suami dalam rumah (sis dah jadi masculine).

Laki hilang masculinity dengan sis so dia cari pompuan yang bole buat dia rasa masculine balik (nature lelaki).

Kalu nak tau btul ke tak, baca mesej mesej suami dengan pompuan tu, tengok sapa feminine dan sapa masculine.

Btw kes sis langsung tak sama dengan Sol. Sol dia bayar suma nafkah anak dan isteri (bab duit). Means dia tanggung anak bini. Sis ni terbalik.

AnnDee AnggeRiati –
Kau bukan takat bagi laki kau goyang kaki sis. Pakej kau bagi laki kau goyang telur sekali.

90% household kau tanggung kau dah rosakkan sedikit tanggung jawab laki kau. Pleasant made him spoil. No more live thrill with you, so end up carik pasal.

Jangan tanya orang lain pasal laki kau macam Sol or whatever. But ask yourself boleh terima tak pengkhianatan ini?

Or paling penting you boleh terima tak dia kembali and make improvement?.. of coz la perit.

But remember.. this time not bout him anymore. But its about yourself. Sesekali hargai diri sendiri ya sis.. luv ya!

Rusmah Md Sham –
Saya pernah melalui nya. Dan alhamdulillah kami masih bertahan, dan saya sendiri pengamal undang undang syariah.

Nasihat dari sudut pandangan saya, bertenang. Bertenang.. bertenang.

Itu yang mula kita kena buat, apa apa pun tindakan wajib bertenang. Caranya bergantung kepada diri kita.

Sebab kita tak boleh buat apa pun keputusan atau tindakan dalam keadaan kita emosi tak stabil dan marah yang melampau.

Kalau nak marah suami silakan, nak maki dia silakan. Tapi jangan buat apa apa keputusan yang salah.

Saya mampu menangis dan berdua dengan tuhan je. Baru saya dapat ketenangan.

Bertahan bukan bermakna kita bdoh, sebab hanya kita je yang mengenali suami kita. Akal budinya, kita je yang tahu.

Bagi peluang suami untuk explain dan buat perubahan. Yang paling penting peranan suami dan perubahan yang dia lakukan untuk pertahankan kita.

Tapi sekiranya dia tidak pertahankan kita dan rumah tangga, red flag.

Pulangkan balik tangungjawab dia, walau sedikit. Suami puan belum ke Thailand lagi.. hihi.

Kalau dia pikul tangungjawab, dia takkan ada masa untuk carik orang lain.

Saya serahkan balik namun saya masih berkerjasama. Dan saya tak amik tahu langsung, hal yang dah berlaku.

Sebab kalau kita memikirkan, kita akan sakitkan hati sendiri. Jadik saya pilih untuk malas nak fikir yang lama lama.

Saya jalan je. Kalau dia masih tidak berubah saya tidak salah lagi.

Tapi, kalau puan rasa tidak boleh teruskan perkahwinan ini, tak pe. Tak salah nak pilih jalan sendiri.

Tapi pastikan kita tidak lagi ada rasa sayang atau nak stalker dia dekat mana mana, itu maknanya kita masih lagi perlukan dia.

Sebab bila kita pilih untuk berpisah, pisah la dengan sebenar benarnya. Tak de lagi rasa nak tau tentang dia, kecuali hal anak anak.

Pengalaman saya kendalikan kes, bila buat keputusan dalam keadaan tanpa petunjuk tuhan, biasanya akan menyakitkan kita semula.

Sebab tu awal awal saya kata bertenang. Tahajud dan istikharah jangan tinggal.

Petunjuk saya ketika dalam kes saya, bila saya di madukan, tanpa pengetahuan, saya di tipu, namun suami saya tidak salahkan saya,

Malah akui ia adalah tindakan bdoh kerana ikut nfsu. Sebab tu saya serah pada Allah, saya tunggu jawapan dari Allah.

Ketika kejadian saya berusia 40 tahun. Saya dah tua, bersaing dengan muda belia. Tapi Allah hadir kan anak dalam rahim saya dalam usia 40 tahun.

So saya bagi masa sehingga saya bersalin, kalau ada jodoh adalah.

Saya kata pada suami kalau dia tak de usaha nak pertahan kan saya dan rumahtangga, saya akan pergi. Saya biar dia buat pilihan, akkhirnya dia pilih saya dan keluarga.

Jadi pandangan saya, puan boleh buat keputusan berdasarkan situasi rumahtangga puan.

Mampu bertahan, silakan.

Tapi bertahan memang banyak dugaan sebab syaiitan akan selalu mainkan peranan, sebab tu kena banyak berdua dengan tuhan. Nak runtuhkan rumahtangga memang kerjaan dia.

Kalau nak berpisah pastikan tiada kesalan. Kerana puan sendiri nyatakan dia bukan suami yang jahat.

Salam sayang.

Saadiyah Rahmat –
Tak semua lelaki macam Sol.

Tapi kita para wanita kena beringat. Curang dalam Islam adalah p0ligami: halalkan hubungan dengan berkahwin 2, 3 dan 4 kalau mampu.

Allah yang pegang hati kita dan dia.

Kita yang masih belum terkena, doalah banyak banyak supaya kita digolongan ‘setia’.

Dalam kes TT, banyak peluang terbuka untuk dia curang. Selesa sebab tak banyak benda boleh fikir termasuk nafkah.

Jadi otak dia kurang diberi ransangan memenuhi tanggungjawab pada TT. Berharap sangat beri dia peluang tapi, highlight syarat lebih ketat kalau nak teruskan hidup bersama.

Semoga temu jalan baik untuk masalah TT.

Sumber – Myra (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *