Farid muka nerd, rambut belah tepi. Anak mak, suami orang. Lepas kantoi dengan gadis bujang, dengan bini orang pula dia giila bayang

 Foto sekadar hiasan

Muka Nerd, Tapi Perangai…

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hi, terima kasih admin sekiranya menceritakan confession aku.

Aku cuma nak luah perasaan pasal officemate aku, Farid nama dia.

Aku kerja admin, bujang lagi dan malas nak sesak dengan lelaki, so aku tak ada boyfriend.

Mungkin sebab tu officemate aku ni suka sangat bercerita dengan aku. Dari isteri orang sampai lah ke suami orang semua nak bercerita dekat aku.

Aku ni jenis kalau dengar cerita orang, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Memang aku sebagai pendengar setia yang malas nak ambik port la senang kata.

Harini orang cerita, esok aku lupa dah.

Tapi ada satu cerita ni aku tak boleh nak lupa dan selalu pulak aku follow up dengan penceritanya, Farid.

Baiklah, Farid ni baru 33 tahun. Laki orang anak 2 ye, sepasang kembar.

Luarannya, Farid ni tinggi macam tiang, rambut sikat tepi pakai spect bentuk kotak. Muka memang nerd habis la.

Kisahnya, Farid baru berbaik dengan wife lepas gaduh besar bila dia kantoi curang dengan anak dara dekat office aku, Nini.

Cemana boleh kantoi tu tak perlu la aku cerita. Tapi lepas kantoi, Nini terus berhenti kerja dan pindah balik negeri asal dia dekat pantai timur.

Curang Farid dengan Nini ni, sampai naik atas katil ye. Masa kantoi curang ni, Farid dengan wife dia memang nak bercerrai tapi mak Farid tak bagi. Kesian dekat anak, mak dia kata.

Untuk pengetahuan korang, mak Farid ni tinggal dengan Farid and Farid rambut belah tepi ni anak kesayangan mak dia.

So dapat imagine la kan Farid ni macam mana.

Aku siap cakap oke lepas cerrai kau kena kahwin dengan Nini tau. Tapi Farid cakap tak boleh, mak dia tak suka dekat Nini.

Geram pulak aku dekat mak dia, padahal mak dia tahu Farid tu dah terlanjur. Ok tak pe kita sambung cerita.

Time gaduh gaduh ni, tetiba wife Farid aku namakan Kak Ana dapat tawaran kerja dekat Melaka, dekat dengan rumah mak dia pulak tu.

So, Kak Ana pun terima je tawaran tu and ber PJJ lah diorang. Kak Ana dengan sepasang kembar duduk dekat rumah mak Kak Ana, Farid dengan mak Farid dekat Kuantan.

Disebabkan aku kawan dengan Farid dekat FB, aku nampak la Farid berusaha untuk menangi hati Kak Ana balik.

Tiap minggu Farid balik kampung Kak Ana jenguk Kak Ana dengan 2 orang anak kembar dia.

Tiap kali balik kampung, macam macam dia belanja Kak Ana dengan anak anak. Disebabkan aku admin, aku pun tahu tiap minggu Farid akan bagi borang cuti dekat aku lepas tu cerita dia nak honeymoon dengan Kak Ana.

Aku pun suka tengok, alhamdulillah Allah buka kan hati Kak Ana untuk terima Farid semula. Besar pengorbanan Kak Ana.

Bila Farid dah berbaik dengan Kak Ana, rezeki dia pun mencurah. Tiba tiba dapat naik gred and naik gaji.

Kak Ana pulak disahkan mengandung anak ketiga diorang. Orang bila naik gaji, mesti nak tambah komitmen kan.

Farid pun tukar lah kereta dari brand P ke brand H. Sejak tu dia join banyak club kereta dan dari situ dia berkenalan pulak dengan sorang perempuan, Farah.

Pada mulanya konon konon bercerita pasal minat yang sama pasal kereta dekat messenger. Lama lama, teralih ke whats app pulak.

Untuk pengetahuan semua, Farah ni isteri orang ya. Ada anak 2 orang jugak macam Farid. Farah duduk dekat Ipoh.

Diorang selalu berkongsi cerita, meluah masalah dan share pendapat masing masing melalui whats app.

Orang kalau dah whats app wish good morning hari hari, mana tak timbul sayang kan.

Aku ni time tengah buat kerja, pukul 10 pagi mesti Farid singgah meja aku bercerita pasal si Farah ni.

Waktu rehat, waktu minum petang orang lain pulak yang singgah meja aku. Aku rasa aku ni dah macam ahli terapi tempat orang luah prasaan dah dalam office ni.

Cara Farid bercerita dekat aku, memang nampak dia suka dan dah giila bayang dekat Farah.

Tapi post post dekat fb, dekat status whats app semua benda benda sweet pasal Kak Ana.

Tak faham aku macam mana dia boleh post post rindu dengan wife dia tapi dalam masa yang sama dia boleh berkasih sayang dengan si Farah tu?

Memula seronok la aku dengar je cerita dia, tapi lama lama aku jadi menyampah pulak.

Aku sebenarnya da banyak kali nasihatkan dia, ingatkan dia hargai la Kak Ana yang dah terima dia tu balik.

Kalau Kak Ana tahu dia main kayu tiga lagi, mesti hancur hati Kak Ana. Cakap je la cara apa, cara kasar, sindiran, marah semua aku dah hambur dekat Farid nak bagi dia sedar.

Farid cuma cakap dia cakap Farah tu teman dalam whats app je. Tak pernah call or jumpa lagi pun.

Pelik aku, suami Farah ni tak tahu ke Farah ni ada jantan lain kalau dah 24 jam asyik nak whats app je.

Rupanya suami Farah ni jenis tak ambil kisah pasal Farah (melalui cerita Farid).

Suami dia pun jarang balik rumah dan selalu bermalam dekat rumah mak mertua dengan anak anak.

Dari sini aku macam suspect Farah ni yang problem sampaikan husband bawa anak anak pergi duduk rumah mak mertua dia.

Bila aku cakap macam tu dekat Farid, Farid cakap tak lah. Memang laki Farah ni nak abaikan dia, etc etc. Malas dah aku nak cakap lagi.

Farid pulak tak segan silu share conversation whats app dia dengan Farah pada aku, bila dia suka tengok Farah tu merajuk sebab cemburu Farid up gambar dengan Kak Ana. Share selfie Farah tak pakai tudung pada aku.

Lama lama dah berani diorang nak video call dan panggil sayang. Baik laki orang, baik bini orang ni dua dua menggelenyar.

Aku pulak makin lama, makin muak dengan cerita Farid.

So aku pun ambil keputusan untuk berhenti dengar cerita dia dan jauhkan diri daripada dia.

Sebab aku tak boleh tengok bila Kak Ana tag tag benda benda sweet dekat fb sambil berbalas balas komen dengan Farid.

Tapi dalam masa yang sama aku tahu perangai Farid dekat sini macam mana. So aku jauhkan diri, tak nak masuk campur dengan life Farid.

Kot la satu hari nanti kantoi, silap silap aku pulak yang kena serang dengan Kak Ana.

Tapi bila officemate kan, nak elak diri macam mana pun mesti akan ada berurusan dan kena duduk bincang sekali.

Yang terbaru ni, Farid datang meja aku dan tunjuk dekat aku gambar dia berdua dengan Farah dalam kereta.

Oh, da berjumpa rupanya.

Katanya masa tu Farah bercuti dengan husband dan family dia dekat Cherating.

Farid bila tahu Farah pergi Cherating, dia pun gatal ambil cuti masa hari tu untuk pergi Cherating dengan alasan nak belikan mak dia keropok lekor.

Bila Farah tahu Farid datang Cherating jugak, menggelenyar la dia nak jumpa Farid.

Masa tu, Farah tipu suami dia kata nak pergi beli ice cream. Tapi dia nampak kereta Farid dan terus masuk dalam kereta Farid.

Farid cerita lepas Farah masuk kereta dia terus peluk civm Farid. Lepas rindu kot.

Diorang berborak dan selfie dalam kereta, kemudian Farah terus keluar pergi dekat suami dan anak anak dia macam tak ada apa apa. Farid pun terus balik.

Semalam time aku tengah borak borak dengan Farid pasal kerja, ting! Tetiba whats app dekat phone Farid berbunyi.

Aku sempat jeling, “My lovely wife”. Oh Kak Ana yang chat.

Aku jeling lagi, eh wallpaper chat dekat whats app tu. Gambar dia dengan Farah dalam kereta. “Memang si4l” getus hati aku.

Aku ni ikutkan bukan la jenis yang suka mencarut, tapi bab ni aku tak tahu kenapa aku emo.

Kak Ana tengah pregnant anak diorang yang ketiga kot, dan tengah berusaha pindah tempat kerja dekat Kuantan dekat dengan Farid semula. Entah lah.

Nasib baik la aku dah nak pindah branch lain, tak ada la aku kena dengar cerita cerita dari mulut Farid lepas ni.

Aku doakan kau dengan Farah terima balasan setimpal! Tu je.

Reaksi Warganet

Ashikin Shah –
Style laki orang dengan bini orang bercinta ni kalah orang bujang bercinta, disgusting.u

Untuk apa kahwin kalau suka curang tukar tukar pasangan macam binatang on heat

Nor Afidah Mat Yaacob –
Kalau suami dah menduakan isteri sampai tahap berziina, sepatutnya tak diberi peluang ke ape dah.

Biar masing masing bawa haluan masing masing.

Sebab dah nampak perangai manusia yang nak dua dua halal haram ni, cakap menipu

Farah Hanina –
Muka nerd tapi nfsu tak nerd. Senang pulak tu anak dara dan bini orang boleh tewas dekat muka nerd ni.

Semoga wife Farid kuat untuk berpisah lepas ni. Jantan macam Farid tak layak untuk dapat peluang.

Sumber – Nana (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *