Family mertua bukan T20. Tapi belanje tak ingat dunia. Kalau bukan kad kredit, ansuran bank. Yang bayar suami aku. Kami pulak hidup cukup2 makan je

#Foto sekadar hiasan

High Taste Tapi Bukan T20

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, saya Naura (bukan nama sebenar), seorang penjawat awam dari selatan tanah air.

Sudaah berkahwin dengan Afif (bukan nama sebenar) dari sebuah negeri di pantai timur, dan dikurniakan seorang anak.

Semasa bercinta semua nampak indah kan? Hehe.. Tapi jangan lupe, once dah kahwin kita kena terima suami dan keluarga dia seadanya..

Mama dan abah (keluarga mertua), dah berpencen dan suamiku merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik..

Dan aku juga anak sulung, walid dan umiku jugak sudah berpencen.

Keluarga kami agak senang alhamdulillah. Cuma daripada kecil memang walidku tidak mendedahkan kami kepada segala jenis kemewahan..

Bukan tidak mampu, tapi beringat apa adanya.

Kasut, handbag, yang branded branded tu, aku tak pernah didedahkan dengan species macam tu. Tahu pun daripada kawan kawan di zaman universiti..

Baju kurung hadiah daripada ibuku waktu tu harga RM105 aku pakai dah 5 tahun tu pun aku rasa mahal dah.

Berlainan dengan keluarga mertua aku, boleh dikatakan high taste?

Beli kereta mahal, jam branded, handbag branded, thermomix pun adaa. Baju pun daripada jenama jenama yang aku tak pernah dengar.

Tapi yang menjadi masalah, mereka bukanlah dari golongan T20. Semua dibeli menggunakan kad kredit or ansuran bank..

Dan masalah paling besar, apabila suamiku yang dipertanggungjawabkan untuk membayar kesemua hutang hutang bulanan family dia..

Dan dia tak pernah mengaku kepada family dia yang kami ni pun hidup cukup cukup makan sebab family dia macam, “semua anak anak kena balas balik jasa mak ayah yang membesarkan dari kecik”..

Saya bukan nak memburukkan suami, tapi dah beberapa bulan ni saya yang bayar rumah sewa, bil api, bil air, taska anak, sebab duit gaji dia berhabis untuk kelurga dia..

Kadang kadang saya sedih, simpan duit untuk reward diri sendiri penat bekerja, tapi suami pinjam tak pulang pulang kan pun duit.

Abah dia pulak ada beli mesin penapis udara baru, (kami pun takde yang tu dekat rumah)..

Apabila mintak nak staycation dekat hotel hotel, mesti suami saya buat muka.

Saya sedih sebab saya pun penat bekerja, jaga anak. Nak rehat sekali sekala.

Tapi suami all out untuk family dia je.

Kadang kadang tu saya pernah je tak cukup duit, pinjam duit umi saya. Nak tunggu hujung bulan pun sesak, zaman sekarang barang barang dapur pun mahal.

Sedih sebab suami selalu cakap takde duit.. tapi tak pernah mengaku dia takde duit dekat family dia..

Bulan bulan pun hantar duit untuk parents dia.

Tapi saya? Barang barang dapur pun kadang kadang saya bayar duit sendiri.

Saya diam je sebab tahu how devoted he is to his family.. tapi tu la, macam terlebih..

Saya tak faham mentaliti orang sekarang, kalau tak mampu tak payahlah beli kan?

Contoh macam handbag or kasut branded ke. Penapis air coway contohnye, boleh je nak pilih yang murah and functioning well untuk seisi keluarga

Tapi family dia mesti nak yang paling mahal (so bulan bulan mestilah bayar tinggi)

Adik beradik dia emas di tangan tak yah cerita.

Saya on the other hand, ade satu je, itu pun cincin kawin.

Jam mama siap bersalut emas. Kalau mampu beli emas, kenapa tak bayar sendiri hutang hutang bulanan?

Kenapa suami saya susah nak mengaku yang family commitment dah banyak, tak mampu untuk bayarkan untuk keluarga?

Kenapa anak je yang kena faham parents? Parents tak boleh ke faham kesusahan anak?

Kenapa kene beli barang barang high end sedangkan tak mampu?

Kenapa sanggup berhutang? Nak tunjuk dekat siapa sebenarnya?

Saya dah penat.. tolonglah berikan jawapan kepada persoalan2 saya.. Terima kasih semua.

Reaksi Warganet

Azizul Azli Ahmad –
Tidak ada jawapan puan, sebab suami puan salah faham konsep keutamaan tanggujawab dalam keluarga.

1. Maklumkan suami keutamaan nafkah ikut susunan diri sendiri, isteri, anak anak, bapa, ibu.

2. Selagi suami melayan sikap boros keluarga. Puan tetap tak boleh buat apa apa. Yang puan boleh buat ;

3. Kawal belanja puan, duit puan hadkan untuk beri suami pinjam, bagi pinjam lepas dia bayar hutang lama, mintak duit belanja dapur tiap kali nak beli barang.

Belajar jadi tegas bukan garang.

Moga dia faham tanggujawab sebagai suami penyayang

Izzwani Asri –
Suami naik lemak sebab dia tahu dia ada sumber – TT lah. Asal takde, dia tahu puan mesti ada. Dan tetap adakan untuk dia.

Kena selfish pasni. Simpan duit untuk diri sendiri dan anak.

Jangan bayar apa apa bil yang memang dia tahu itu tanggungjawab dia tapi dia saja culas sebab tahu puan mampu.

Minta duit setiap kali nak beli barang dapur. If dia tak bagi, takyah masak. Kenyangkan perut puan dan anak jer. Kena ajar lelaki gini.

Family dia keep on mintak sebab nampak dia mampu padahal tak tahu kawan tu dah nak mampus !!

Yaziedah Farid –
Buat kering hati. Jangan bayar apa apa sampai dapat notis pun biar je. Bagitau dia benda yang sama – duit habis.

Beli makanan untuk diri sendiri dan anak saja. Untuk survive.

I can understand bab taknak berdepan nak argue bagai sebab sakit hati kalau gaduh. Saya pun jenis tak suka konflik. Letih ooi.

Tambah masuk campur mertua dan ipar. Lagi menyampah. Allah akan tunjuk cepat atau lambat. Mudah mudahan sedar.

Tak pun buka kuliah bab nafkah ni kuat kuat biar 1 rumah dengar. Doa moga terbuka hati dia. InsyaAllah.

NH Abdul Aziz –
Sebab tu lecturer UITM pencen yang viral haritu bagi statement macam tu. Sebab beliau pun dah jumpa keluarga jenis macam ni.

Yang terasa dan yang tak nak faham bukan main kutuk dia. Tapi memang hakikat wujud keluarga begini.

Saya harap confessor pandai pandai simpan duit sendiri senyap senyap dan bukan serah je semua termasuk untuk belanja ‘self reward’ atas sebab kesian dekat suami yang tak berapa bijak dan kurang bertanggungjawab kepada isteri dan anak sendiri.

Mohon jangan set dalam diri yang puan ni mangsa keadaan.

Kalau suami puan dah tak bijak dan kurang bertanggungjawab, puanlah kena senyap senyap bijak menyimpan.

Sayang dan jaga diri puan sendiri dan anak anak.

Cik Kak Bunga –
Kalau saya, saya dah lari dari rumah.

Tapi puan jangan buat macam tu. Sebab saya bukan puan. Jawapan dah ada di tangan puan.

Setakat tegas suruh suami bayarkan sewa rumah dan bil elektrik, saya rasa puan boleh paksa suami bayar.

Guna psikolgi untuk suami bayarkan 2 perkara tu dulu.

Bagitau suami, kalau suami tak bayar, marilah kita sama sama kena halau dari rumah sewa dan bergelap tanpa elektrik. Hati kena kental ooo.

Puan kena sedarkan suami supaya settlekan bayaran rumah sendiri dahulu barulah rumah orang lain termasuk rumah ibu bapa.

Hari pertama gaji lak, masukkan terus ke TH guna jompay. Lama lama jadi habit..

Sebenarnya perempuan ni cerdik tapi kadangkala rela diperbdohkan atas nama kasih sayang.

Sumber – Naura (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *