#Foto sekadar hiasan
Aku Yang Ketinggalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pertamanya izinkan saya perkenalkan diri. Nama Zuq umur 28 tahun tinggal di selatan tanah air.
Tahun 2017 saya telah menamatkan degree di salah satu universiti awam terkemuka tanah air.
Seperti mana mana fresh graduate, saya juga tak lari dari memasang angan angan bersama kawan kawan zaman belajar untuk bekerja di bandar Kuala Lumpur.
Rupanya perancangan Allah tu lagi besar.
Tahun yang sama, saya diuji dengan kesihatan ibu yang makin merosot akibat knser sehingga menyebabkan separuh badannya lumpuh dan memerlukan perhatian orang 100 peratus.
Saya merupakan anak sulung dari 7 beradik, ayah masih bekerja dan adik adik pula semua masih belajar.
Atas dasar tanggungjawab saya lupakan hasrat saya untuk sesi jobhunting dan seterusnya fokus pada mak yang memerlukan perhatian khusus dari saya.
Pada awalnya susah untuk saya merasa ikhlas jaga mak dengan usia saya yang masih muda dan saya kerap mempersalahkan mak. Disebabkan kena jaga, mak saya tak boleh bekerja.
Perlahan lahan saya mula belajar terima takdir dan nasib saya.
Namun begitu ada juga rasa kecil hati dan terkilan tiap kali ada family gathering atau ada tetamu datang rumah akan ada yang mempersoalkan saya kenapa tak bekerja? Habistu dok rumah je buat apa?
Allah akbar kalaulah mereka tahu..
Setelah 3 tahun menganggur dan kesihatan mak makin elok saya ambil keputusan untuk bekerja. Saya bekerja sebagai kerani berdekatan rumah dengan jarak 30 minit.
Pada mulanya Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar mungkin berkat doa mak.
Walaupun masih ada suara suara sumbang yang berkata eh ada degree tapi kerja kerani je, saya dah tak kisah semua tu yang penting saya dapat bekerja saya dapat pegang duit sendiri saya boleh bersocial dan ada kawan kawan baru.
Yang paling penting pastinya rezeki dapat bekerja berdekatan dengan mak walaupun gaji time tu 1200 je.
Kemuncak ujian hidup saya bermula pada saat PKP diumumkan, saya telah dibuang kerja oleh majikan.
Dan ketika lockdown saya menggunakan alasan bekerja dari rumah pada mak ayah saya, padahal dorang tak tahu yang anak dorang ni dah menganggur.
Saya mula cari bisnes dropship online dan itulah yang menjadi satu satu nya income saya saat itu.
Setelah lockdown tamat, saya diuji lagi dengan kehilangan mak tercinta akibat knser.
Allah je tahu perasaan saya time tu betapa down nya, betapa hilang tempat bergantung
Setahun berlalu, saya masih lagi struggle dalam mencari kerja tetap. Kebanyakan kerja yang saya apply memerlukan pengalaman 1-2 tahun.
Nak apply untuk program protege/ mystep mereka nak fresh grad sahaja.
Saya rasa dah terlalu lambat untuk mulakan perjalanan karier saya pada saat umur 28 tahun..
Saya betul betul buntu. APA yang boleh saya buat, adakah sebab saya dah hilang keberkatan doa dari seorang ibu atau saya sendiri yang tidak cukup berusaha?
Harap ada pembaca disini dapat berikan pandangan atau motivasi yang bernas untuk saya.
Saya betul betul down sampai tahap dah tak mahu bersocial tak mahu keluar rumah.
Takut. Takut dan malu kalau orang tanya saya kerja apa padahal saya menganggur..
Reaksi Warganet
Nur Hela –
Saya yakin budi baik awak pada aruwah takkan di sia siakan macam tu je. Yakinlah.
Sekurangnya pahala awak di akhirat dah menimbun. Kami ni apa je ada. Dosa membawang je la yang membukit.
Mungkin boleh cari kerja di luar KL? Tapi jangan jauh sangat la supaya senang awak nak jenguk adik adik nanti
Siti Sariff –
Suara suara puaka itu mereka bayarkan bil kita? Mereka belikan barang dapur untuk kita?
Tak kan? Jadi masukkan suara suara itu ke dalam tong sampah.
Semoga berkat awak menjaga ibu, Allah permudahkan kehidupan awak. Amin.
Untuk memulakan apa apa pun dalam kehidupan ini, tiada istilah terlambat dik. Mulakan sekarang. All the best.
Atikah NoRziman –
Jangan malu, jangan takut. Teruskan berusaha.
Tt ada pengalaman menjaga orang (ibu) sakit kan, apa kata tt jadikan pengalaman tu dengan buka pusat jagaan atau asuhan warga emas yang uzur atau sakit.
Mula dengan TT sebagai pekerja dahulu, dah ada banyak permintaan, TT mohon la dari mana mana pihak berwajib untuk membuka rumah orang orang tua.
Sekadar pandangan dan cadangan saya.
Siti Rosmiza –
Jangan give up. Cari kerja biasa biasa dulu, kalau ada pengalaman sebagai kerani, cari kerja yang guna pengalaman sama
Dari kerani boleh jadi document controller, lepas tu boleh naik naik lagi.
Sabar dan tenang, tulis skills awak apa, kalau mustahil nak pergi ke bidang awak, jangan sedih.. Pergi je bidang lain…
Kadang kadang peluang tu ada, cuma kita tak nampak macam mana nak olah kan supaya benda tu sesuai untuk kita.
List kan skills, pengalaman awak as kerani buat apa.
Masa cari kerja tu baca job description, lepas tu match kan dengan pengalaman awak, olah skills tu supaya ada kena kena sikit dengan job description..
Kalau nak bermula dengan skills kerani, boleh mohon di port, keluar lah dari negeri tu sebab mak pun dah tiada.
Mula kan perjalanan awak, fokus dengan jalan awak ni.. Tak mudah, tapi boleh…
Boleh kerja apa apa untuk kumpul duit buat modal berjalan mencari kerja, iV dan sebagai nya..
Boleh Cuba field field besar seperti customer service dahulu…
Hanalisa Razi –
Besarnya rahmat pada adik dapat menjaga aruah mak adik hingga ke akhir hayatnya. inshaAllah segala perbuatan Baik yang adik buat Allah akan pandang.
Jangan selalu fikir bila balasan yang Baik adik dapat. Selalu fikir apa yang menyenangkan berlaku dalam hidup harian adalah kasih Allah pada adik, kalau sebaliknya anggaplah Allah Nak jadikan adik lagi Bagus daripada sebelum Ni.
Kalau orang Tanya rekod pekerjaan adik, bagitau terus terang yang adik duduk rumah jaga mak yang sakit knser.
Kerja je apa yg Ada walaupun lain bidang, asalkan duit masuk. Teruskan business online.
Tanam tekad penuhkan duit dalam bank utk sekian sekian jumlah. Fokus masa dan tenaga adik untuk kumpul duit.
Gunakan duit yang Ada untuk pergi melancong luaskan pemandangan, masuk kelas kelas kemahiran contoh kalau adik rasa tak pandai English masuk kelas British council dan bersedekah.
Part bersedekah Ni paling best. Kita Akan rasa puas hati dapat menggembirakan orang lain.
28 tu muda lagi. Jangan banding pencapaian adik dengan kawan kawan lain. Masing masing Ada fasa ‘up and down’. Akan tiba masa adik Nanti.
Baca cerita perjalanan perniagaan influencer khairul aming dan ume cikin. Akak doakan semoga adik dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki.
Sumber – Zuq (Bukan nama sebenar) via IIUMC