Duku, suami aku. Merah jual penapis air, dia bini orang anak 1. Pelik. Hari2 nak vc, call, text dengan Duku. Aku dah berbulu

 #Foto sekadar hiasan

Suami Jadi Tempat Mengadu Orang Lain

Aku Tomato. Aku nak bercerita pasal apa yang aku pernah lalui beberapa tahun lepas semoga dapat dijadikan pengajaran.

Kisah ni mengenai si penjual water purifiers (penapis air) jenama yang agak terkenal di Malaysia ni.

Aku namakan perempuan ni si Merah. Aku dah mendirikan rumahtangga dengan suamiku, Duku agak lama dan Alhamdulillah bahagia seadanya.

Kami seperti kawan baik yang berkongsi banyak benda bersama, mempunyai banyak hobi dan kegemaran yang sama. Selalu bercerita dan mendengar cerita masing masing.

Masalah rumahtangga kami bermula bila Duku terjumpa dengan ex junior zaman sekolah- Merah (masa ni kami PJJ sekejap).

Dorang tak pernah officially bercinta masa sekolah tapi ada lah flirt2 macamtu. Aku pendekkan Merah ni jual penapis air.

So macam biasa la orang yang jual coway, cuckoo, MLM, insurance ni kan akan approach orang yang dia rasa target dia. Merah approach Duku nak jual penapis air dia tu.

Duku ada bagitau aku, nak beli penapis air untuk rumah baru kami nanti dari kawan sekolah dia. Kebetulan kami akan masuk rumah baru tak lama lepas tu.

Fast forward dah dekat nak masuk rumah baru, aku belek belek handphone Duku. Aku jumpa ada beberapa gambar Merah.

Ada gambar selfie dekat bilik hotel, gambar dengan anak perempuan dia, gambar dalam kereta.

Bila aku tanya Duku gambar siapa, kenapa ada gambar perempuan. Baru dia bagitau ni Merah, contact sebab dia jual penapis air.

Ada gambar sebab Merah memang suka send pic say good morning la ape la. Gambar dekat hotel, sebab Merah call Duku malam malam konon ada hantu kacau.

Merah ni dah berkahwin ye, dah ada anak sorang dah.

Aku membebel la kenapa dia call Duku, call la suami dia kalau takut sangat dengan hantu tu pon. Duku ni memang sejenis tak reti say no sikit. Ada bdoh bdoh dia sikit. Selalu fikir jaga hati orang.

Boleh pulak Duku suruh Merah tu loud speaker, dia baca ayat ape entah konon untuk halau hantu.

Tak tau la dia buat buat tak faham or memang bdoh tak faham Merah nak attention je buat alasan ada hantu dekat hotel.

Pasal pic tu kalau ye pon kau suka sangat selfie hari hari dan nak tunjuk sangat dekat orang, tak payah hantar pic kau dekat suami orang lain almost every day.

Send dekat suami kau sendiri, makbapak kau, adik beradik kau. Lama juga la aku membebel masa tu.

Tak lama lepas tu kami pon pindah masuk rumah baru. Beberapa hari lepas pindah tu je kantoi lagi. Aku tengok ada banyak video call dia dengan Merah.

Hari hari mesti Merah akan video call Duku. Hari hari wish good morning bla bla bla.

Korang rasa patot ke suami orang, isteri orang text hari hari, video call hari hari banyak kali, send pic?

Aku ni jenis simple. Tak suka drama. Lepas kantoi aku text Merah jangan contact Duku lagi. Aku tanya Duku kenapa contact lagi dengan Merah ni.

Bila aku tak puas hati dengan jawapan Duku, aku terus masuk bilik kunci pintu kemas baju baju aku.

Aku nekad masa tu aku nak keluar rumah je terus. Duku tahan aku tak kasi aku keluar. Dia cerita la ape yang jadi.

Merah ni mula mula memang contact semata pasal penapis air. Lepas tu lama lama meleret leret. Asyik text, call, video call.

Dia cerita dekat suami aku laki dia curang, laki dia tak layan dia, tak bagi nafkah batin, tak baik dengan dia. Dia nak balas dendam dekat laki dia.

Merah video call selalu sebab Merah suka cakap kat video tunjuk muka tembam Merah. Aku rasa selain nak menayang muka dia dia nak tengok muka Duku jugak agaknya.

Dia mintak nasihat Duku pasal rumahtangga dia. Bila dah selalu sangat cerita, suami aku nasihatkan tinggalkan je laki dia yang tak guna sangat tu.

Aku tau sebenarnya Merah saje je cerita pasal laki dia sebab nak umpan Duku. Biasa la perempuan macam ni memang jaja aib suami, sampai cerita hal dalam kain dengan suami semata mata nak jadi modal je test suami orang. Tu siap cakap nak balas dendam dekat laki dia.

Agaknya untung untung, nak sampai Duku offer diri dia kot. Nak balas dendam buat jela kenapa nak cakap kat Duku banyak kali kan? sesuatu sangat.

Aku baca text dan dengar cerita dari Duku pon aku tau dah Merah ni perempuan jenis macam mana.

Oi merah!… Duku tu bukan ustaz, bukan motivator, bukan PU. Kau kenal dia kejap je zaman sekolah dulu tu pon dia nakal giila masa tu kot.

Ape buat kau pilih Duku ni dalam ramai ramai orang yang kau kenal untuk cerita hal dalam kain kau?

Aku terpaksa mengaku Duku ni memang handsome la jugak. Maksud aku handsome tu kalau zaman muda remaja aku dah lali perempuan tengok dia sampai ternganga mulut (not exaggerate).

Merah ni sejenis over confident. Maybe la sebab memang kerja dia dari before jual penapis air ni pon memang kena cari cari orang. Banyak attend class yang macam Jijan tu. Pasal aura la, self confident la.

Dia pernah cakap dekat Duku, dia boleh buat orang suka dia kalau dia nak (motif?). Dia cakap dia pon tahu Duku boleh buat macam tu tapi Duku tak buat. Korang faham faham la ape dia nak sampaikan tu.

Ada dedicate lagu cinta kat Duku, cakap Duku ni baik sangat la ape la, cakap nak kahwin dengan Duku kalau dia single lagi tapi Duku cakap, ‘tak nak la saya kahwin dengan awak’.

Merah bagitau semua lelaki lain amik kesempatan je.

So obvious la kan dia ni memang jenis cerita dekat lelaki pasal masalah rumahtangga dia kan? (Attention whore) Tak tau la perempuan jenis ape dia ni.

Merah selalu cakap semua lelaki dekat company dia suka dia, nak try dia.

Banyak lagi la benda yang buat aku marah sangat dengan Merah ni.

Mase Duku bercerita tu aku hempuk kepala dia bila Duku cakap dia dengar masalah Merah sebab dia sampai tahap terfikir,

‘Kalau i tak dengar masalah dia nanti dia cerita dekat orang lain. Nanti orang lain amik kesempatan dekat dia. I fikir i takpela dengar je at least boleh selamatkan Merah’

So Duku pon tau dia ni macam senang dan murah. Bahaya. Tak malu ke Merah sampai orang fikir camtu?

Tapi memang tak boleh pakai la logik dan alasan Duku tu. Aku tau.

Sambung part aku nak keluar rumah tu, aku tak jadi keluar termakan jugak aku dengan pujuk rayu Duku.

Tapi aku text Merah panjang lebar. Aku cakap jangan jadi perempuan murahan. Jaga batas dan adab. Masalah rumahtangga cerita dekat family.

Kalau nak cerita sangat dekat lelaki, cari lelaki lain. Jangan cerita dekat suami orang.

Aku hope habis dekat situ la.

Tapi biasa la instinct isteri ni kuat kan. siapa pernah rasa tau la.

Lebih kurang sebulan lepas tu aku rasa tak sedap hati. Aku decide nak buat WhatsApp web nombor Duku. Tak lama Duku sampai office Merah wasap ‘good morning bf’

Masa aku baca ni berderau drah aku. Gelap kejap dunia aku. Menggigil gigil jugak la aku masa tu. Sesukati je betina ni panggil suami aku bf ye.

Lepas aku bertenang, aku gather balik semua information yang aku ada. Pendek cerita aku investigate semua aku buat conclusion dorang pernah outstation sesama before ni. Berdua.

Hari tu aku confront Duku betol betol. Rupanya dorang still contact sebab Merah ni ajak Duku join company dia. Dia baru je jadi manager masa tu. So kononnya ajak Duku jadi manager macam dia.

Duku ni berminat la nak buat part time dengar si Merah ni cakap bulan bulan tak kurang 5 figures. Siapa tak nak side income banyak camtu kan.

Dalam hati aku. . hmm. confident ye nak jadikan Duku manager padahal adik dia sama sama kerja dengan dia pon tak ke mana.

Pasal outstation tu, Merah ajak Duku teman dia pergi meeting. Lepastu jumpa orang yang dia nak recruit under dia join penapis air.. konon nak train.

Duku jadi partner la ni. Nak tunjuk macam mana kerja so kena ikut sebab tu beria ajak Duku teman.

Mula mula Merah cakap dengan Duku, PA dia ikut. Last minutes pergi berdua, PA tak jadi ikut.

Padahal dekat company dia setakat manager takdenya PA ikut ke hulu ke hilir.

Memang motif Merah ajak nak berdua dengan duku. Punya la nak up sangat kononnya, masa mak aku call dia (dia block aku) dia sendiri menyamar jadi PA dia cakap dia busy meeting.

Kau kerja ape smpai private hp kau PA pegang? Macam la aku tak ada kenal orang kerja sama macam kau. Senior manager lagi. Takde pulak PA nak pegang hp or kena ikut pergi mana mana. Tak ada ok.

Pergi la mahkluk berdua ni OS berdua. Merah siap booking bilik hotel untuk Duku. Pergi pon dia amik Duku kat rumah ye. Gigih kan?

Kalau betol Merah nak recruit Duku pon ajak la Duku register ke ape dekat company dulu. Bukan ajak Duku OS berdua nak tunjuk ape sangat pon semata mata kau nak recruit orang je pon.

Tak ada first step terus step ke 5. Nampak sangat alasan je nak berdua dengan Duku, jauh jauh, lama lama kan?

Duku belom join pon lagi dah cakap dekat Duku ‘mesti wife awak jelous kan nanti kita kerja sama sama’

After aku confront Duku, aku tak puas hati. Sebab aku rasa macam bersungguh betol si Merah ni dengan Duku. Siap ajak pergi jauh jauh berdua, booking hotel semua konon nak Duku jadi manager macam dia. Aku dah malas dah nak taip.

Dari cerita aku ni aku nk nasihatkan dekat siapa siapa yang kerja recruit orang ni tolong jaga batas pergaulan as muslim ye.

Jangan sebab nak cari orang, korang tergedik gedik dengan suami or isteri orang. Jangan kacau rumahtangga orang. Jangan jadi asbab rumahtangga orang porak peranda.

Berkat ke rezeki kalau macam tu? Kalau desperate sangat pon nak recruit orang, be professional.

Siapa siapa yang ada keluarga or kawan kawan yang kerja dalam bidang macam ni selalu la nasihatkan or ingatkan dorang jaga batas.

Aku buat confessions ni sebab walaupon dah berapa tahun berlalu aku still trauma.

Bila nampak orang orang promote penapis air ni kat mana mana akan ingatkn aku balik pasal ni. Aku jadi benci sangat tengok dorang

Aku tak stereotypes tau. Aku just buat confessions dari apa yang jadi dekat diri aku je. Sekian terima kasih..

Reaksi Warganet

Hiduplah Arjuna Beta –
Ade lagi sejenis yang suka sangat minta tolong dengan suami orang padahal dia sendiri dah bersuami.

Ape function suami dia? Paling tak boleh terima bila isteri orang tu yang angkat telefon bagitau suami ade kat toilet.

Boleh pulak perempuan tu cakap ‘takpelah, saya nak cakap dengan dia je’

NuRaz Wan –
Lelaki atau perempuan, suami atau isteri orang, masing masing mungkin ada sahaja orang yang cuba rapat.

Tapi kalau kita tahu macam mana nak beri reaksi, percubaan orang tu sekadar percubaan sahaja. Takkan sampai kemana..

Nurul Hidayah –
Once dah melayan, memang selamanya akan melayan.

Tinggal je si Duku tu, awak tak rugi apa apa.

Pernah tengok 1 cerita Korea ni, husband dan wife ni dah bercerrai sebab orang ketiga la. Tapi dorang kahwin balik sebab laki dia macam bersungguh pujuk balik.

Then dorang kahwin, tapi isteri ni macam selalu tak sedap hati. Selalu nak cek fon macam dulu dulu, selalu bersangka.

Sudahnya dia mintak cerai jugak, sebab dia rasa tak tenang bila asyik macam tu. Kiranya rasa percaya tu dah takde la..(laki dia hampeh jugak banyak kali pun bermalam dengan pompuan2 lain).

Wife tu happy lepas tu even dia single and takde anak. Tapi ini ceritalah.. in real life macam TT ni saya harap semuanya baik baik dan Merah tu tak kacau TT dan Duku lagi lah..

Mawar Blue –
Selagi ko rasa berbaloi untuk bersuami kan duku tu.. Tak salah pertahan kan.

Google cara nak timbulkan ‘love spark’ dalam hubungan suami isteri. Ko isteri dia.. Halal utk ko guna apa apa cara nak goda balik hati suami ko.

Pasti kan dia tinggal kan perempuan tu Dan pilih kau sebab dia cinta Dan tak nak kehilangan kau.

Bukan sebab takut kena bebel atau takut kena warning dengan kau. Atau sebab Ada kepentingan lain.

Yang perempuan tu.. Tak salah ko nak ‘basuh’ tapi jangan selalu sangat. Pasti kan ko guna cara paling diva Dan high class untuk sedar kan perempuan tu..

Yes.. Perempuan tu pun ko kena basuh. Sebab jenis perempuan macam tu dia akan usaha buat suami ko ‘pandang’ dia.

Yes.. Dia memang cabar ko ajak berlumba. Pasti kan ko menang cara bermaruah..

Good luck.. Semoga rumahtangga kau dapat di selamat kan.. Amiin… Allahumma Amiin

Sumber – Tomato (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *