#Foto sekadar hiasan
Cerita Si Awan Yang Terpilu
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Terlalu banyak rasa simpan di hati. Izinkan aku kongsi secebis rasa untuk dikongsikan bersama kalian.
Aku gelarkan diri aku Awan. Aku telah berkahwin selama 2 tahun. Anak lelaki aku pun telah masuk umur setahun.
Duduk di selatan tanah air. Alhamdulillah rezeki berkahwin dengan orang sama negeri. Daerah lain. Tak jauh, tak dekat. Sedang sedang saja.
Memandangkan telah 2 tahun aku kahwin, ye kahwin pun time PKP haritu. Tup tup dah masuk 2 tahun. Cepat ye masa berlalu.
Aku ni anak perempuan tunggal dalam keluarga. Masih punya ibu dan ayah.
Ini tentang kisah aku. Si Awan yang terpilu. Kisah Awan dan si ibu.
Serba sedikit yang kalian boleh tahu, Ibu aku agak memaksa aku kahwin time PKP dengan suami aku.
Katanya time PKP jimat. Tapi time kami kahwin masih boleh buat majlis. Takdelah jimat pun. Duit hantaran rm 10k. Dengan rm 10k tu la aku belanja semua buat majlis.
Tak cukup, tapi time tu suami aku topup lagi. Total ada la dalam rm 15k gitu. Aku taknak buat majlis besar besaran, sedar dengan kewangan yang tak seberapa.
Tapi demi ibu aku yang dok canang cakap anak perempuannya sorang je. “Mana boleh buat majlis nikah je. Kita buatlah.”
Tapi dia berkira ye nak belanja majlis aku.
Aku minta dahulukan duit goodies rm 1k, nanti aku bayar. Dia tak bagi. Katanya “gunalah duit engkau. Majlis engkau kan”. Wah begitu ye.
Dia yang beria pilih amik goodies itu ini, time bayar terus cakap untuk majlis aku.
Aku ni memang tak suka lawan cakap orang tua. Aku turutkan saja dengan cakap yelah ibu. Majlis aku, walaupun semua ibu yang tentukan.
Abis majlis, duit salam kaut ada dapat lebih kurang rm 10k. Alhamdulillah boleh tahan banyak sebab keluarga belah ayah aku jenis berduit. Ayah aku je tak.
Entahlah time aku kahwin, duit satu sen pun dia tak keluar. Katanya dia takde duit. Aku nangis teruk tau time nak kahwin.
Time abang aku 3 orang, beria ibu dengan ayah aku sakan sambut. Siap topup 20k, siap sponsor hotel, katering.
Yelah rezeki abang abang aku. Aku ni kan Awan. Awan yang terbuang belum yang terpilu lagi time ni. Takpelah kita redha.
Eh duit salam kaut tu, belum apa apa ibu aku dah warning, “ni semua duit ibu tau. Semua salam dengan ibu. Semua bagi ibu”.
Begitulah kisah majlis aku.
Majlis selesai, aku telah cakap dengan suami, kita kena PJJ dulu sebab aku kerja di daerah A. Dia di daerah B.
Aku tak berani nak ulang alik. Nak menyewa di daerah A ni harga sewanya agak keras. Rumah flat saja seribu ke atas ya.
Tup tup PKP balik. Suamiku diberhentikan kerja serta merta. Aku masih kerja online. Tapi suamiku tabah. Buat kerja delivery hantar makanan time PKP tu.
Tapi kami menumpang rumah ibuku kerana aku tak selesa tinggal di rumah mak mentuaku kerana dia ada 2 orang adik lelaki yang sedang belajar universiti dan kolej tapi dek PKP semua duduk dengan ibu mertuaku.
Di rumah ibu aku tentu tentulah ada aku je sebab aku kan anak perempuan sorang. Dan juga adik lelaki yang biawak hidup tu.
Nantilah aku kongsikan kisah biawak hidup ni. Ni aku nak cerita kisah aku.
Time PKP tahu tahu aku mengandung. Tu pun sebelum mengandung aku kerja online, ibuku bising bising suruh aku masak 3x meal.
Aku kerja online mengadap bos, ada kamera on. Mana boleh masak 3x. Aku kadang cuba la lari lari masak apa yang patut.
Aku tahu ibu tak suka aku menumpang rumah dia lama lama.
Buat pengetahuan semua, suami aku ada beli tanah. Rumah, upah orang buat. Ko pikir la time PKP, rumah mana orang boleh buat.
Ibu aku emosi baling baling barang, cakap aku sepah sepah barang. Haih macam aku umur 7 tahun nak sepah sepah.
Laki aku paling terasa time ni sampai taknak makan sebab tengok aku kena dera emosi dengan ibu aku sendiri. Kita hadap jela.
Dipendekkan cerita, aku bersalin. Berpantang di rumah ibu sendiri. Suami baru dapat kerja tetap tapi basic dia dalam 1800 je time tu.
Takpelah asalkan kerja kan. Tak mampu nak upah CL. Ibu aku pun bukan sihat sangat dah berumur kau faham faham la..
Tapi kita cuba cari alternatif lain, aku upah jiran aku masakkan, tolong siapkan bahan berpantang. Ibu aku mengata, “banyak pulak duit kau upah orang”.
Aku menumpang rumah ibu aku, elektrik, air, Astro semua aku tanggung dalam 500 sebulan. Tu je aku mampu. Tapi ibu tak nampak.
Aku mintak ibu masakkan, ibu cakap berilah duit. Aku bagi duit, tapi dia anggap tu duit upah je. Duit lauk asing.
Menangis jugak la time pantang ibu sendiri dera emosi aku. Takpe sabar.
Anak aku menangis sepanjang malam nak susu, aku tak tidur, time pagi nak tidur lama sikit, tak boleh ye. Kena jerit macam macam. Cakap mengadalah apa lah.
Haih aku lalui hari pantang dalam keadaan tersiksa. Nak minum air banyak tak boleh. Nak makan buah oren tak boleh. Semua tak boleh.
Aku pernah hampir meroyan nak campak anak aku sebab ibu aku layan aku macam tu. Mujur suami aku main peranan pujuk aku suruh sabar.
Hari pantang aku sangat tersiksa. Hari hari ibu mintak duit beli lauk untuk aku.
Tapi dia beli lauk untuk adik beradik yang datang sekali. Takpelah anggap jela itu sedekah walaupun duit tak berapa ada.
Bila tambah gaji aku dan suami adalah 3000. Duit tulah nak bayar kereta, motor, belanja rumah ibu aku. Takpe kita sabar.
Ibu aku sejenis mengagungkan anak anak lelaki dia. Aku ada 3 abang, sorang adik lelaki.
Yang dah kahwin abang abang dengan adik aku ni kuat pinjam duit ibu. Tak terganti. Ibu tak pernah berkira.
Kalau dengan aku minta belikan buah terus tanya mana duit. Kirim air liur memang taklah ibu beli.
Ye dari zaman aku sekolah tadika lagi aku dah dianak tirikan oleh ibu sendiri.
Ingat lagi nak pergi lawatan ke kilang coklat, ibu tak benarkan sebab takde duit. Abang aku 2 orang ada lawatan ke langkawi amik kau laju ibu belanja. Kadang terasa aku ni anak kandung ke bukan.
Percayalah aku anak kandung ibu aku. Tapi ibu aku memang mengagungkan adik beradik aku yang lain. Abang long takde duit nak repair kereta, takpe ibu transfer 1k kejap lagi.
Abang ngah takde lauk dekat rumah. Kejap lagi ibu hantar. Amik kau dia borong segala sotong ikan udang ayam untuk abang ngah aku.
Abang chik anak mintak beli mainan dekat kedai mahal. “Jom abang chik ambil ibu, kita pergi beli. Kesian cucu ibu” ujarnya.
Sejak anak aku lahir tak pernah ibu belanja beli baju, mainan satu pun. Aku mestilah terasa.
Paling terasa baru ni ibu mengajak aku membawanya beli hadiah untuk cucu keduanya yang selang sehari dari hari lahir anakku.
Time tengah shopping abang chik call, tanya ibu dimana. Ibu beritahu keluar bersamaku.
“Tapi jika abang chik nak keluar dengan ibu, ibu ajak kakak balik sekarang. Ibu bukannya nak keluar sangat dengan kakak. Kakak yang ajak”. Wah begitu ye.
Suamiku terdiam, terus keruh air mukanya. Pernah suamiku bertanya,
“awak ni betul ke anak ibu?. Macam bukan anak ibu sebab ibu awak tak pernah bersyukur ada awak”. Entahlah balasku.
Sebenarnya hati aku tawar. Tawar setawarnya dengan ibu. Tapi selagi mampu, aku layankan saja sebab dia kan ibu aku.
Belum kisah bila aku pulang dua hari ke rumah ibu mertua. Habis dicanangnya dalam group whatsapp siapa boleh belikan barang dapur. “Dalam rumah ni ramai reti makan, tak reti beli.”
Belum kisah barang elektrik rosak dijahanamkan oleh si biawak hidup, dia terang terang cerita dekat jiran aku, aku buat rosak. Semua jahanam aku buat.
Suami aku dengar terus ajak aku keluar.
“Takpelah awak kita cuba lah cari rumah kampung sewa murah murah kalau macam macam awak difitnah ibu awak sendiri”. Suami aku dah tak dapat tahan.
Aku tak mampu nak berhenti kerja dan tinggal di kampung sebab komitmen aku agak tinggi jugak.
Ku turutkan kata suami. Beranikan diri ulang alik naik kereta memandu lebih kurang sejam.
Bila duduk di rumah kawasan kampung, macam macamlah dicaci ibu. Rumah buruk, rumah berhantu, jauhlah.
Duduk saja di rumah ibu dari menyewa rumah macam ni. Padahal takde orang menguruskan rumah ibu, sebab dia pun tak larat. Takpelah kita kuatkan la semangat hadapi cabaran.
Walaupun sering kali dicaci, diherdik, dimaki oleh ibu sendiri, aku sedar. Aku kan Awan. Awan yang terpaling tersakiti.
Tapi takpe mungkin ini ujian hidup aku. Terima kasih semua sudi baca kisah si Awan ini.
Nak aku cerita si biawak hidup? Takdelah beza sangat dari cerita biawak hidup yang lain. Cuma biawak hidup ni jenis baran. Tapi ibu sayang.
Hehe takpelah. Ujian semua ini. Terima kasih ye semua.
Yang benar, Awan yang terpilu
Reaksi Warganet
Farhana Mokhtar –
Ermm. Patutnya TT tak payah ikutkan kemahuan ibu yang nak suruh buat majlis kenduri bagai.
Kalo dengar UAI kata, sunnah buat walimah di sebelah lelaki sebenarnya.
Duit hantaran tu elok simpan untuk kegunaan selepas kahwin. Nak hulur setiap bulan pun berpada pada. Ibu tu tangungjawab ayah (ada lagi, kan?)
Cik Puan Ria –
Duduk asing bau wangi, duduk dekat memang taik je dapat.
Kalau sayang suami dan anak, jaga kesihatan mental ya TT.
Layan elok elok tiap kali jumpa. Tapi takat tuh ja lah. Masa lain, fokus pada family dan kerja.
Jaga kesihatan mental ya TT…
Puan Intan –
Puan, pertama sekali. Sayangi diri sendiri. Bukan bermakna pentingkan diri. Tapi samejela kan maksud dia.
Jangan biar diri didera zahir batin walaupun dari keluarga terdekat. Beri kasih dan perhatian pada yang sudi.
Peduli lah yang toksik lain. Kita pasti jahat dalam cerita seseorang. Namun, bukan semua dapat memahami kenapa kita jadi macam tu. Harap puan tabah ya
Indra Putra –
Tunggulah nanti si ibu sakit tak leh bangun. Bukan doa. Nauzubillah.
Tapi, selalunya masa macam ni lah takde nya menantu menantu dan anak anak jantan kesayangan yang akan balik jaga. Alasan kerja.
Mesti yang terdekat yang akan jaga iaitu puan Awan ni lah juga nantinya. Dan bila Awan takleh jaga sebab kerja, semua abang abang akan pulaukan.
Semoga bertabah hati. Betul kata semua kat sini, agar simpan duit. Sementara duk sewa umah kampung ni dan sebelum anak ramai.
Nuriah Abdrazak –
Sedihnya. Memang ada ibu sebegitu. Kita kena buat semua dekat dia..
Tak apa dik, awak ikut cakap suami awak duduk rumah asing. Bayar mahal tak apa, asalkan hati terjaga..
Awak buat tak tau ja dengan apa yang ibu awak kata ke awak. Dia sedar sebenarnya tuu tapi sengaja.
Bapa awak tu mestilah se group dengan mak, suami isteri kan mereka..
If me..i memang ignore banyak. Buat jaa hal sendiri. Bina kehidupan sendiri dengan lebih baik. Sederhana pun tak apa. Asalkan ‘HAK SENDIRI2’.
Sementara di dunia nii, awak kena yakin dengan husband jugak. Sekurangnya husband rajin bekerja. Dia usaha, dia pun tak mau duduk sesaja..
Sabar tau. Jaga anak awak baik baik. Insya-Allah rezeki sentiasa akan berpihak kepada kita
Fatin Amirah –
Bijak. Cakap.. dan terus ambil step duduk asing walaupun hadap masalah kewangan.
Tak macam confession lain. Cakap.. dan terus cakap. Lepas satu satu masalah di list kan untyk jadi alasan tak boleh keluar duduk asing.
Congratss puan sebab pilih diri sendiri
Sumber – Awan yang terpilu (Bukan nama sebenar) via IIUMC