Dua Beradik Dikhuatiri Lem4s Dalam Sung4i Keratong, Motor lbu Dipercayai HiIang KawaIan (Video)

Menerusi Facebook page Kuantan, dua orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7 dan 3 tahun dikhuatiri lemas di dalam Sungai Keratong apabila motosikal yang ditunggang oleh ibu mereka hilang kawalan.

Sama-sama kita doakan semoga dua beradik yang jatuh dari motor bersama ibunya selamat ditemui di Sungai Keratong. Ibunya selamat berpaut pada pagar, malangnya 2 orang anaknya berumur 7 dan 3 tahun jatuh ke sungai.

Menerusi video berdurasi 0:27 saat, kelihatan beberapa orang individu sedang mencari dua kanak-kanak yang terjatuh ke dalam sungai tersebut. Kedengaran juga suara seorang wanita yang sedang menangis di lokasi kejadian. Difahamkan, ibu kepada anak kecil tersebut selamat berpaut pada pagar manakala, anaknya terjatuh semasa kejadian tersebut berlaku.

Masih ada jambatan gantung?

Allahu, semoga selamat anak kakak ni. Air pula warna keruh. Semoga ahli keluarga kakak ni tabah.

Masih ada lagi jambatan gantung, patut dah ganti jambatan konkrit.Semoga kedua anaknya selamat. Ya Allah berikan keajaiban Ya Allah di bulan puasa ni.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berdoa agar anak wanita tersebut berjaya ditemui dalam keadaan yang selamat. Tambah netizen, mereka musykil dan mempersoal mengenai jambatan gantung yang masih wujud di kawasan tersebut sedangkan ianya perlu digantikan dengan jambatan konkrit.

VIDEO

Sumber: Kuantan Via OhBulan

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini