Ditegur Kon0n Tak Hulur Sumbang4n Macam Syed Saddiq, Sekali TMJ Tunjuk Semua ‘Bukti’ Sebenar apa yg berlaku

Foto: Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menerusi satu thread di laman Twitter tampil berkongsi kesusahan seorang warga emas yang hidup sebatang kara. Susulan daripada itu, beliau sempat memberikan sedikit bantuan kepada pakcik ini yang secara tidak langsung dapat mengurangkan beban yang ditanggungnya selama ini.

Bagaimanapun, seorang warga Twitter dikenali sebagai Sykrn sempat bertanyakan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengapa warga emas itu tidak mendapat sebarang bantuan.

‘Taknak tolong bantu ke?’

Foto: Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Susulan daripada soalan yang diajukan, TMJ tampil memberikan penjelasan warga emas yang dikenali sebagai Rahmat sudah menerima bantuan RM300 sebulan sejak tahun 2010. Ujar Baginda lagi, dia (warga emas) pernah menetap di Kampung Sri Menanti sebelum kembali tinggal di Parit Pali pada April yang lalu.

Dia merupakan seorang duda, tinggal seorang diri, pernah dipenjarakan di Penjara Simpang Renggang dan kini bekerja sendiri.

Pernah mendapat bantuan di bawah Program Bantuan Bina Baru Rumah PPRT di Kampung Sri Menanti dengan mendapat kebenaran daripada tuan tanah untuk bina pada tahun 2018 disebabkan masalah pemilikan tanah pusaka.

Difahamkan, warga emas ini ‘terasa hati’ dan kembali semula ke rumah (pondok) asalnya setelah mendapat tegvran daripada tuan tanah.

Disebabkan masalah sosial dan aduan daripada kejiranan, tuan tanah menegvr supaya menjaga batas pergaulan supaya tidak menimbulkan m4ksiat, maka dia terasa dan berpindah ke rumah atau pondok asal.

Berbicara lebih lanjut, warga emas ini lazimnya mendapatkan bantuan makanan daripada adik-beradik yang tinggal berhampiran dengannya.

Sumber: Tunku Ismail Sultan Ibrahim & Syed Saddiq Via ohbulan.com/

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini