Disebabkan Saya isteri kedua. Suami bermalam dgn sy 2 hari je tp kak madu dapat 5 hari

Foto sekasar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Kisah Dan Pengalaman Saya Menjadi Isteri Kedua (Poligami). Jgn salahkan poligami. Salahkan orang yang menyalah gunakan hak berpoligami dan bukan semua perempuan kedua itu permpas ye. kadang-kadang cinta datang tanpa di duga.

Allah yang mengurniakan rasa cinta itu dalam hati manusia dan sebenarnya poligami dapat menyelamatkam ramai wanita yang memerluukan suami sebagai pembimbing dan penyelamat dalam kehidupan mereka.

Saya nak kongsi cerita saya sebagai isteri kedua saya berkahwin umur 34 tahun kami tak bercinta cuma rakan sekerja. Bila dia menyatakan hasrat untuk menjadikan saya isteri kedua, saya menolak.

Tapi kami tetap berkawan macam biasa. 4 bulan dalam perasaan tak menentu, dia tetap pujuk saya. Last, saya solat istikharah beberapa hari. Ada perasaan aneh muncul, saya terus tima dia.

Peliknya, hati saya jd tenang sangat lepas setuju terima dia. Kami kawin ikut prosedur mahkamah dgn persetujuan isteri pertama. Hubungan dgn madu baik. Tapi tak lama.

Dia mula cemburu. Bila suami dgn saya, dia mengamuuk, antar sms maarah2, merajuk dll. Saya dah rimas. 2 kali kami hampir bercrai gara- gara isteri pertama. Sekarang ni kami takbaik macam dulu lg. Isteri pertama sebenarnya baik.

Mungkin sebab tekanan keluarganya dia jadi murung. Suami saya baik, cuba berlaku adil. Sebelum kawin, isteri pertama bagi syarat. Giliran bermalam untuk saya hanya 2 malam dan dia 5 malam.

Memandangkan dia ada anak kecil saya takberkira. Tapi sekejap je syarat tu berjalan. Dia selalu wat hal. Sekarang, saya hanya dapat satu malam.

Petang2 suami saya datang jika ada masa. Tapi kami takleh gi mana2, nak gi melancong jgn harap la. Setahun lebih kawin, saya belum pernah gi mana2 dgn suami.

Saya pasrah. Sebab saya yakin, Allah maha adil. Suatu masa nanti saya akan dapat apa yang saya nak. Saya menangis depan suami disebabkan nasib saya begini. Pernah saya paksa suami lepaskan saya jika tak dapat berlaku adil. Tapi isteri pertama rayu saya dan suami agar tak teruskan niat bercrai.

Alhamdulillah, walau dlm situasi gini pun, kami suami isteri sentiasa bahagia, sebab suami sentiasa berlembut dan penyayang.

Nasihat saya pada saya nak jadi 2nd wife, pikir betul2, tanya hati, boleh kah tahan kena kutuuk oleh masyarakat. Kuat kah nak tima seraangan dari madu.

Kalau rasa ok, teruskan niat anda. Allah dah pilih kita, maksudnya kita memang mampu hadapi ujian bermadu. Bahagia atau tidak, Allah yang tentukan. Wasallam

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, terharu baca kisah p0ligami ini. Baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum..pertama thanks sangat la sudi share this story kat public..since sejak akhir2 ni story madu or poligami jadi modal buat wife2 luar sana tag husband masing2..haha..ni cerita saya 360 darjah berbeza..

Saya kahwin muda umo 22..kira muda la kan..pilihan sendiri..family tak pernah masuk campur hal pilihan hati ni.. tapi pilihan saya masa tu suami orang..macam mana family boleh terima? mungkin sebab husband saya memang jujur dari awal lagi..

husband saya ni dah kahwin dengan kak madu (wife prtama la) dah dekat 10tahun..tapi dieorg tahu memang ada masalah zuriat since 3tahun pertama kahwin lagi..

slow2 kak madu lembut hati suruh husband kahwin lain..sampai tahap husband kena pindah kak madu tak nak ikut sebab nak bagi ruang husband cari yang no.2..

ada jugak jumpa 2 atau 3 orang tapi tak menjadi..mostly girls tu tak sanggup bermadu..even kak madu yang cakap sendiri dengan girls tu dia izinkan..

Sampai la satu hari saya kenal husband kat baitulmslim online..haha..kat situ option poligami saya memang tick ya boleh dipertimbangkan..haa berduyun hantar request..hihi..

tapi mostly lelaki yang ajak saya poligami bila saya tanya kenapa perlu poligami..dia tak mnjawab or tak ada jawapan yg kukuh..

tapi husband saya masa tu 2 atau 3 hari kiteorg chat terus dia bagi satu msj yang panjang berjela explain hasrat hati dia untuk berkahwin lagi satu..masa tu la dia cerita masalah zuriat and wife pertama bagi..

then die minta no fon untuk kak madu contact ..saya bagi je..esoknya terus kak madu call..lama kami borak..1st impression dia memang sangat bersifat kakak..

then sy jumpa husband selang berapa hari..pertemuan pertama dia explain lagi..dia bagitau planning dia..if dia kahwin lagi satu..kak madu duk mana wife no 2 duk mana..

Serba sedikit dia memang dah planning..saya pun bagitau planning saya..my future planning if dah kahwin..saya nak future study..itu ini..semua lancar..

Tanpa disangka pertemuan pertama kiteorg dah discus hal kahwin.. pelik..tp semua smooth je..sungguh nikah kami dipermudahkan..semua dengan izin kak madu..

Masa baru2 kahwin kiteorg pjj..sebab saya masih study agak jauh dari husband..setahun jugak pjj..dengan wife pertama pun husband pjj..kesian dia..

Kak madu tak nak tinggalkan mak dia..sbb dia anak tunggal..so husband izinkan..so poligami kami awal2 dah kata tak ada istilah gilir2 bermalam..

Ikut time husband punya kerja..benda pertama dia minta wife2 dia redha isu bergilir dia tak dapat adil..kak madu ok..saya lagi ok..

setahun lepas tu baru balik duduk full time dgn husband..boleh dikata memang husband lebih banyak dengan saya..sebab saya yang pindah duduk kat rumah husband..

Saya dah tak ada komitmen lain..dengan kak madu masih pjj..kami johor..kak madu kedah..so 2minggu sekali husband balik kedah..kalau ada rezki outstation kat sana dapat la husband jumpa kak madu lama sikit..

Hidup kami tak ada cemburu..mesti kata tipulah hati perempuan..sungguh..pihak saya tak ada..sebab saya pegang prinsip nih..kalau husband balik sana pun jumpa dengan wife dia..

Isteri yg halal..buat pa cemburu?? logik tak..daripada husband kita dalam dakapan orang yang tak halal..sanggup?? saya rsa nikmat poligami bila saya ada waktu cuti..

Time husband balik kedah saya rehat..rehat dari layan suami..boleh manjakan diri pergi spa salon..seronok..time tu suami dah ada orang jaga tak risau dah..itu nikmat..tak semua faham..dan tak semua boleh hadam..tak pa..hihi..

Alhamdulillah sekarang dah ada anak..baru setahun lbh..kak madu layan anak saya macam anak dia..kiteorg tak ada gap..bila jumpa setahun sekali raya pun ok dah..

Jumpa boleh makan satu pinggan..boleh gelak2..cubit2..memang dah anggap dia mcam kakak..oh tahun pertama kahwin je kiteorg dapat raya bertiga sama2..

Tahun berikutnya dah ada baby so payah sikit travel..so kakmadu yg balik johor tengok kami..kemudian dia balik kedah dengan suami..benda tu take it simple settle dah..

Kalau nak banding saya dengan kak madu..sungguh kak madu lg penyabar..saya selalu ngadu kat kak madu..husband macam ni la..mcam ni la..yela sy muda kot..

Daarah muda yang baru nak kenal husband..sikit2 touching..kak madu la jadi orang tengah..kak madu la yang buat saya lebih kenal suami..kami bertiga pasang goals sama2..nk buat umrah haji sama2..

Saling ingatkn tentang goals isteri solehah..tak smua kami boleh kongsi..tp dengan berkongsi kasih suami banyak benda kami belajar..hari2 belajar didik hati..tu paling penting..

Syukur dah dekat 3tahun lebih perkahwinan poligami kami tiada masalah..even ada yg membakar or ada yang menyinggung hati..sebagai suami dia pandai menyabarkan kami..

Kukuhnya perkahwinan semua guide dari suami..kami berlapang dada dalam semua aspek..benda tu perlu semai..perlu dipupuk..kenapa nak mempertahankan hak yag bukan hak?

Suami bukan hak kita dia pinjaman je kat dunia ni..ada rezki jd isteri solehah jadilah bidadari dia kat syurga nanti..tapi kalau kat dunia dah tentang suami payah la kn..

Mungkin kisah saya jauh beza..ye tak nafikan lebih ramai lelaki yang tak mampu adil malah tak mampu didik isteri yang ada tapi masih nak poligami..kalau pattern tu pun saya tak setuju..

cuma satu..buat para isteri..satu benda yang isteri2 tak boleh hadam realiti sang suami adalah kemahuan..ya kemahuan..word nafsu tu kejam..tp kita fahamkan istilah kemahuan..

macam mana kakmadu kumpul kekuatan untuk izinkn suami dia beristeri lagi..sebab dia sedar kekurangan dia untuk mencukupi kemahuan suami dia..dia sedar..

Dia tak ego..dia tak pertahankan jadi milik dia macam boneka..dia tak pentingkn diri..malah dia usaha cari solusi untuk mencukupkan kemahuan si suami..

Benda ni saya tahu dari mulut dia sendiri..mnitis air mata dengar sebak seorang isteri yangg menyalahkan diri bertahun2 kerana kekurangan diri…

kakmadu banyak kali ulang awak Anugerah buat akak dan abang..this words cukup untuk padamkan api cemburu bila dijentik syaitan..thanks akak..

Maka kalau satu hari saya sendri dah tak mampu mencukupkan kemahuan suami saya juga berbesar hati mencari solusi..

melihat pengorbanan kakmadu..suami bertambah kasih dengan dia..even dia tak dapat sesuatu dari seorang bernama isteri tapi mereka boleh bertahan sebab kasih sayang..sungguh saya kagum..

They create true love on my eyes..mcm mna suami boleh kasih dan terus cinta pada kakmadu..selama tu saya rasa selamat dengan dia..coz he will do the same things on our marriage too..insyaAllah..Madu Awak..

SUmber: IV Via Detikkiniviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini