Dicerrai seminggu sebelum bersalin, aku janda. Mak ayah hina aku janda jalang. Dihalau aku keluar dari rumah adik

 Foto sekadar hiasan

Toksik Yang Hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Ini kali pertama aku menulis disini.

Aku kenalkan diri aku sebagai Ratu. Pernah bergelar ibu tunggal anak dua dan sekarang telah pun berkahwin baru dengan seorang lelaki budiman yang alhamdulillah baik pada aku dan juga anak anak ku..

Sedikit cerita tentang bagaimana aku menjadi ibu tungga sebelum ni. Aku berkahwin dengan seorang lelaki yang berketurunan India Muslim a.k.a mamak ye.

Aku dicerraikan pada bulan ramadan tahun 2015 seminggu sebelum aku melahirkan anak aku menerusi electif c – section. Kerana apa? Mesti la kerana orang ketiga.

Namun, setelah hampir 7 tahun aku memegang title single mom ni. Aku bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang muda 3 tahun dari aku.

Bukan kisah pencerraian yang ingin aku ceritakan di sini. Tapi tentang buruk dan busuknya hati manusia yang penuh hasad dengki.

Melalui fasa fasa pencerraian yang mana belum lagi aku keluar dari ward, di rumah sewa adik ku telah menerima surat dari Mahkamah Syariah.

Di mana aku sebagai defendan dan ex aku sebagai plaintif. Sedangkan aku la yang sepatutnya memfailkan pencerraian tapi ex aku pula bertindak sebaliknya.

Liku liku kehidupan membesarkan 2 anak tanpa bantuan keluarga (support system), aku lemah. Family toksik, merajakan anak lelaki dari anak perempuan. Anak perempuan kena pandai, kena berdikari.

Aku menyewa di rumah sewa adik ku dan aku mula keluar mencari kerja bersama anak anak ku..

Mujur dapat pekerjaan yang memerlukan aku mencari pengasuh pula. Alhamdullillah all when smooth kecuali ex husband yang culas dengan nafkah.

Bermula la hidup aku sebagai pekerja di sebuah company Retail. Kerja tak menentu, kadang balik pagi kadang balik malam.

Perlahan lahan aku upgrade diri aku dan anak anak.

Ex pula lepas cerrai sibuk dengan persiapan perkahwinan dengan pemusnah rumah tangga aku.

Demi Allah aku kata kan, aku langsung tidak terfikir mencari penganti sebab aku serik menangis dan tidak diperdulikan di perkahwinan lepas.

Aku kerja pun kenderaan aku cuma la pengangkutan awam.

Bermula la episode di mana aku di fitnah. Ini adalah dari kalangan ahli keluarga di sebelah ibu aku.

Hobi mereka cuma menjaga tepi kain aku bukan nak datang hulur bantuan or sekampit beras ka apa.

Tapi kerap menghubungi parent aku untuk mengadu bahawa aku bertukar tukar naik kereta jantan pergi kerja dan balik kerja.

Sudah la tak membantu, kerja asyik cari salah dan dosa pula. Itu hanya la uber/ grab/ kereta sapu.

Ibu bapa ku percaya bulat bulat. Aku dimarahi diherdik dihina sebagai anak, janda jalang tak guna.

Aku di halau keluar dari rumah sewa adik ku sedangkan aku membayar separuh dari harga sewaan ini.

Bayangkan ye readers sekalian, parent kita sendiri yang hina kita janda. Sedihnya hati bukan kepalang.

Aku bukanlah seorang anak yang menyusahkan parent aku dari kecil.

Aku selalu please parent aku supaya aku tak dipukul diterajang. Aku belajar pandai pandai, aku nak senangkan hati parent aku.

Tapi bila aku nak sambung study, parent aku termakan hasutan busuk hati supaya jangan la korang hantar Ratu ni pergi belajar tinggi tinggi kelak nanti dia menconteng arang dimuka kamu.

Maksud mereka nanti aku pulang bawak perut. Allahuakbar!

Aku anak sulung dari 5 beradik, aku satu satunya anak perempuan dalam keluarga.

Dan satu satunya yang pandai dan bijak dalam pelajaran.

Adik adik ku yang dibanggakan parent ku, alhasil menjadi penagih ddah, penjual ketum dan pil khayal, pemalas kerja makan hasil bini, dan pemabuk.

Aku berkerja membantu parent aku untuk kehidupan dan bagi makan 4 biawak di rumah kami.

Aku di kongkong, tak boleh berkawan tak boleh bercinta tak boleh semua. Duduk dalam bilik pun dituduh pemalas. Toksik kan?

Kad atm mak aku pegang. Hari gaji, kejut aku suruh keluarkan semua gaji. Bagi aku RM50.

Kad pengenalan aku pun mak aku pegang. Umur dah 23 tapi masih hidup macam ni.

Kemucaknya aku dipinang orang iaitu ex husband aku. Barulah hidup aku bebas dari cengkaman parent aku.

Tapi kan readers sekalian, memang fitrah orang hati suka berburuk sangka ni tak suka tengok orang lain happy.

Duit hantaran berbentuk cek parent aku minta aku cair kan secepat mungkin.

Kata mereka, jika aku ingat mereka, aku terhutang budi sebab mereka besarkan aku.

Masa aku kahwin dulu. Parent aku tak mau keluarkan belanja walau 1 sen pun untuk aku alasan aku ada kerja sedangkan kad atm aku mak aku yang pegang. Kiranya kos semua di keluarkan oleh pihak suami.

Masa proses merisik pun bapa aku memang tak mau tak minta wang hantaran.

Tapi pada hari akad nikah semua tu mereka sediakan sebab mereka segan.

Parent ku memang rambang mata melihat satu set barang kemas, mas kahwin dan cek wang hantaran yang angkanya agak lumayan.

Disebabkan itu lah, aku di doakan bercerrai dalam keadaan anak dua oleh ibu ku.

Disebabkan mereka inilah.. aku sekarang disahkan menghidap Anxiety dis0rder dan major d3pression oleh pakar psikatri hospital.

Aku tidak bercerita pada siapa siapa. Jenis memendam dan akhirnya memakan dalam.

Sepanjang beberapa tahun lalu, aku mula hidup tanpa cengkaman parent aku.

Aku enggan kembali ke rumah parent aku selepas aku bercerrai. Aku lagi sanggup bersendirian membesarkan anak anak.

Itu pun aku disihir, muka aku ni memang hampir dua tahun tak pulih. Buruk busuk mengerutu bernanah. Dengkinya manusia, dengkinya sanak saudara.

Kata mereka aku sebenarnya bukan bekerja tapi menjual badan sebab tu la aku mewah boleh beli insurans untuk anak dan saving anak anak, boleh beli iphone.

Bak kata semua hasil aku ni haram la. Memburukkan aku kepada parent aku, kepada keluarga di kampung.

Yang tahu cuma Allah sahaja, aku keluar kerja pagi balik malam buat overtime public holiday dapat double pay itu la hasil aku membahagiakan anak anak.

Semuanya dipertikan kan oleh manusia berhati hitam ini. Tapi kali ini aku tidak lagi seperti Ratu yang dulu.

Aku lawan, aku hamun semua manusia yang kerjanya asyik mencari salah ku. Aku tegas dan lantang menegur ibu bapa ku.

Seharusnya kalian la yang mendoakan kebahagian aku, bukannya ikut sama menjatuhkan aku..

Akhir ayat yang aku beri, jika kalian tidak mampu membantu aku tolong la jangan susahkan hati ku.

Sejak dari itu, semua termasuk dengan parent aku memutuskan hubungan dengan aku.

Deritanya semua aku telan, aku jalani aku hadapi.

Masalah yang datang umpama angin sahaja. Hadapi lewati sendiri. Aku terbiasa menyelesaikan semua sendiri dengan cara aku. Aku tidak lagi meminta atau memerlukan bantuan.

Aku anggap saja aku yatim piatu. Tak guna minta tolong. Sia sia.. pertolongan tak dapat, cacian mereka beri.

Penganiayaan manusia yang tak gembira tengok aku gembira buat aku jadi seorang wanita yang pada dasarnya kelihatan kuat.

Tapi malamnya menangis seorang diri meratapi nasib sendiri. Perlu kuat perlu tegar seperti karang.

Pandangan dan perspektif manusia dengan ibu tunggal hanya la JANDA.

Sebaik mana pun aku menjaga maruah menjaga diri. Menutup aurat sebaiknya keluar rumah hanya untuk mencari nafkah. Tetap juga la aku ini pada pandangan mereka perempuan murah.

Pernah terfikir untuk membnuh diri, tapi wajah anak anak bermain di minda. Tidak sanggup.

Istifar mengucap panjang aku bila di serang depresi. Berat badan turun dari 80kg ke 39kg.

Meroyan dicerraikan lepas bersalin, Mentally physically drain aku sorok malahan aku pamerkan senyuman.

Dalam aku hancur sehancurnya. Aku memohon kepada Allah sebaik baik tempat aku mengadu.

Aku serahkan bulat bulat kepadaNya semua penindasan fitnah fitnah manusia. Terus kerja menafkahi membesarkan dan sekaligus menyekolahkan anak anak.

Aku tidak sesekali membiarkan anak anak ku merasai apa yang aku rasa. Aku jauhi mereka dari toksik toksik ni.

Tak suka aku dibanding bandingkan anak aku dengan anak adik adik ku dan sepupu sepupu ku.

Kini aku berjumpa dengan suami yang baru dari perkahwinan kedua. Bertuahnya kami anak beranak dikurniakan keluarga mertua yang menerima kami seadaanya.

Menyayangi kami dan berkasih sayang.

Benarlah kata orang. Tak semua ujian itu berakhir dengan penderitaan. Akan hadir bersama pelangi yang dinantikan.

Semoga menjadi iktibar kepada semua. Redha dan sabar tak semudah yang diperkatakan tapi inilah imbalan dari air mata yang tumpah.

Sekian.

Reaksi Warganet

Ain Ismail –
Speechless..

Yakinlah dengan janji Allah. Di sebalik kesulitan akan diakhiri dengan kemanisan.

Didoakan semoga kebahagiaan milik puan sekeluarga

Siti Khadijah –
Orang yang malang dilahirkan dari perut yang salah. Menumpang perut saja tu..

Kita kepunyaan Allah selamanya, Dia yang punya yang sentiasa menunggu kita melutut hingga akhirnya bolehkah ketemu.

Khairun Isa –
Banyak banyak confession kisah TT ni paling saya terkesan.

Moga TT sembuh dan berbahagia hingga keakhirnya.

Saya ada kenal beberapa orang yang menghina title janda, yang ahli keluarga sendiri.

Bayangkan nak hadap masyarakat kita yang toksik, yang suka memperolok2 ibu tunggal. Tak terfikir ke mereka kalau benda ni jadi dekat diri sendiri.

Nurul Zulaikha Ismail –
Tak boleh nak hadam wujudnya mak ayah macam mak ayah confessor ni.

Ibu bapa biasanya nature diorang nak tengok anak tu baik baik je, nak anak bahagia. Orang kata buruk pasal anak kita mesti kita takkan nak iyakan aje.

Spesis apa keluarga TT ni. Yang jantan biawak, yang mak perangai macam syaiitan.

Esok esok merempat, anak anak jantan biawak tu belum tentu nak ambik tau.

Tok Nyang Tipah –
Berkaca Mata mak membacanya.. semoga diberi kebahagiaan dunia akhirat.

Selalulah doa untuk ibu bapa Dan keluarga agar diberi hidayah Dan jalan Yang benar.

Semoga tabah membesarkan anak anak.

“Yakinlah akan Ada pelangi setelah hujan Dan akan Ada kebahagiaan setelah perjuangan”

Sumber – Ratu (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *