Di Tinggalkan Hanya Seketika, Anak Mavt Terhidu Bau Asap. Bapa Tampil Ceritakan Hal Sebenar..

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang ditinggalkan di rumah dengan pintu berkunci oleh ibu bapanya yang pergi ke pasar, maut selepas rumahnya di Kondominium The Rise Collection II, Jalan Dr Wu Lien Teh, di sini, terbakar pagi tadi.

Mangs4, Nur Rania Adelia Mohd Zaid, ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu asap dalam bilik tidur dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala adik lelakinya, Muhammad Ariq Zakwan,4, ditemui selamat di ruang tamu.

Kedua-dua kanak-kanak itu yang ditinggalkan ketika mereka tidur, ditemui ibu bapa mangs4 yang bergegas pulang selepas terlihat kepulan asap di kondominium itu pada aplikasi Zoom pada telefon bimbit bapa mangs4 sebaik mereka tiba di kedai.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Aazelan Hassan, berkata bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.05 pagi dan berusaha memberi bantuan pernafasan serta rawatan awal sebelum mangs4 dihantar ke HPP.

“Sebaik menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak serta BBP Lebuh Pantai bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika bomba tiba, dua kanak-kanak termasuk seorang yang tidak sedarkan diri, sudah dibawa keluar dari rumah itu oleh ibu bapa mereka, tetapi budak perempuan itu disahkan meninggal dunia di HPP selepas itu.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.36 pagi dengan kemusnahan kebakaran sehingga 70 peratus.

“Sistem penyelenggaraan bangunan itu yang berada pada tahap baik juga memudahkan anggota bomba memadam kebakaran, ” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, mangs4 dan adik lelakinya yang sedang tidur ditinggalkan di rumah ketika ibu bapanya serta seorang lagi anak berusia setahun, pergi ke pasar berdekatan unit kondominium itu.

Meninjau di laman Facebook, beberapa ahli keluarga mangs4 berkongsi posting meluahkan rasa hiba berhubung insiden tersebut dan memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Nur Rania Adelia.

Cerita Sebenar Dari Bapa

Georgetown: “Ketika tiba di rumah, keadaan agak gelap kerana asap sudah berkepul dan saya hanya menemukan anak kedua sedang menangis di ruang tamu,” begitu kata Mohd Zaid Husmin, 34, mengenai kejadian kebakaran di unit kondominiumnya di Jalan Dr Wu Lien Teh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, anak sulungnya Nur Rania Adelia, 6, meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.

Mohd Zaid berkata, sebelum kejadian, dia bersama isterinya Tuti Harnida Harun, 34, dan anak bongsunya berusia setahun keluar ke pasar bagi membeli barangan keperluan.

Menurutnya, arwah bersama anak keduanya, Muhammad Ariq Zakwan, 4, yang sedang tidur ditinggalkan di rumah.

“Berikutan mereka nyenyak tidur, saya ambil keputusan untuk tinggalkan mereka sebentar, tambahan pula pasar terletak tidak jauh dari rumah iaitu kurang lima minit perjalanan.

“Saya turut mengaktifkan aplikasi Zoom bagi memantau secara langsung keadaan anak di rumah,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini.

Mohd Zaid berkata, kira-kira 10 minit ketika berada di pasar, dia terdengar anak keduanya menangis menerusi aplikasi itu selain melihat kepulan asap memenuhi ruang tamu rumah lalu mereka bergegas pulang.

Katanya, sebaik tiba di rumah, anak keduanya ditemukan di ruang tamu sedang menangis, namun dia tidak dapat mengesan Nur Rania Adelia.

“Saya selamatkan Muhammad Ariq Zakwan dahulu sebelum masuk semula ke dalam rumah dan keadaan asap tebal menyebabkan saya sukar mengesan kedudukan Nur Rania Adelia.

“Hanya selepas saya membuka tingkap bagi ruang pengudaraan, Nur Rania Adelia dilihat terbaring di atas tilam di bilik utama dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba yang tiba memberi rawatan dan bantuan pernafasan sebelum anak sulungnua dibawa ke HPP bagi rawatan lanjut.

Katanya, dia reda kejadian yang menimpa keluarganya dan berharap orang ramai tidak menyalahkan sesiapa.

“Tiada ibu bapa yang mahu tinggalkan anak di rumah dalam keadaan begitu, malah saya juga mengambil inisiatif mengaktifkan aplikasi Zoom bagi memantau mereka secara langsung.

“Terngiang-ngiang suara Nur Rania Adelia mahu makan durian, malah dia kelihatan gembira dan ceria selepas saya bawa pulang buah itu, semalam,” katanya.

Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan mangs4 meninggal dunia selepas dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala adik lelakinya terselamat dalam kejadian itu.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 9.05 pagi.

sumber : bhrian/metro Via Detikkiniviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini