Di sempadan, aku sah jadi isteri ke2. Bila family tahu, aku dipulaukan. Belum setahun kawin, dengan madu pun aku merayu

 #Foto sekadar hiasan

Second Wife

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi semua readers. Terima khasih sudi read confession aku yang tak lah menarik sangat.

Aku cuma berasa aku perlu share dan mintak pendapat aka kecaman dari readers semua. Straight forward je.

Namaku Ika dan suamiku Poji. Kami berkenalan atas dasar kerja. Dia bos, aku assistant.

Aku adalah isteri kedua dan yes, perkhawinan kami baru dan masih hijau lagi. Tak sampai setahun.

Kami bernikah di sempadan dan bukan salah ahli keluarga kami berdua. Semua ni kami lakukan kerana kemahuan masing masing.

Kalau nak netizen zaman sekarang mesti decide kami berkhawin untuk nfsu? Tidak.

Kami berkhawin atas dasar selalu menguruskan bisnes bersama. Overtime bersama dan kerana aku yang terlalu sering berkepit dengan bos aku menyebabkan keluargaku selalu jadi match maker untukku.

Selalu nak menjodoh jodohkan aku dengan lelaki yang tak sekufu. Maksud tak sekufu bagiku, lelaki yang nak isteri jadi suri rumah, lelaki yang nak aku ikut diorang pindah tempat dia kerja (eii dalah duduk pedalaman).

Pernah juga keluargaku match kan aku dengan lelaki yang lebih rendah dariku dan duduk dengan mak ayah lagi.

Aku bukan merendahkan orang lain. Tapi lelaki mana yang boleh sabar dengan sikap ku? Aku tiada masa untuk hidupku kerana career.

Bagiku dengan usia yang sangat muda, aku harus berusaha untuk raih segala yang aku mahu. Aku belum bersedia untuk berumah tangga dan semua orang risaukan aku.

Aku rimas dengan keluargaku yang terlalu tradisional. Jadi aku amek keputusan untuk membelakangkan keluarga dan teruskan dengan hasrat aku yang tah hapa ni.

Selepas aku umum kan pernikahan kami, semua ahli keluargaku memulaukan aku. Mencemuh, memerli, dan berharap aku bercerrai.

Paling pedih apabila ada yang berkomunikasi dengan maduku dan bertanya mengenai penerimaannya mengenai perkhawinan aku dan Poji.

Jujur, aku berdosa membelakangkan ahli keluarga dan perasaan sesama wanita. Aku tahu suatu hari nanti aku pasti menerima kifarah atau karma atas dosa dan perbuatanku.

Disini ingin aku jelaskan, setelah berbulan lama nya kami bernikah, aku memohon maaf kepada ahli keluargaku.

Dan penerimaan aku terhadap keluarga suami juga lebih baik dari keluarga sendiri.

Ini kerana apabila keadaan mereda, pasti maduku mengatakan hal hal berat terhadap keluargaku dengan tujuan meminta simpati.

Sedangkan kisah sebenarnya, aku tak kisah kalau Poji melebihkan maduku kerana dia ada hak untuk melempiaskan sakit hatinya.

Dia telah pun melahirkan 2 orang zuriat yang comel comel untuk suami kami. Dan menguruskan rumah tangga dengan baik.

Cuma aku orang ketiga yang datang bertandang.

Disini ingin aku jelaskan.

Aku sudah tiada kedua ibu bapa, maka aku hanya bergantung kepada 5 orang adik beradikku untuk meminta kasih sayang.

Kemudian aku sudah menjadi insan yang berdikari di usia muda kerana kakak abangku semua sudah berumah tangga dan mempunyai komitmen dan keluarga masing masing.

Mereka semua sangat mengambil berat terhadapku, namun aku memilih untuk berdikari dan mengumpul hartaku sendiri.

Aku juga tak kisah suami aku mahu kerumah maduku or bercuti bersama maduku or apa sahaja programku dengan suami di cancelkan oleh maduku saat saat akhir.

Aku tersiksa namun aku redha dan mencari kebahagiaan sendiri. Aku tak pernah berdendam dan mempertikai apa yang terjadi dalam hidupku dan suamiku.

Kalau dia ada dekatku, aku layan dengan baik. Kalau dia mahu berprogram dengan isterinya, aku redha dan tak mengungkit.

Aku tak kisah walaupun makan hati. Aku selalu berdoa agar hubungan kami adik beradik kembali ceria, hubungan suamiku dan maduku bertambah baik dan hubungan ku dengan suamiku mendapat jalan akhir yang positif.

Aku memang takkan merancang untuk hamil, dan aku ingin terus mencuba yang terbaik dalam mempertahankan perkhawinan kami.

Aku memberi diriku masa 3 tahun untuk follow the flow.

Aku tak kisah berpisah kerana aku tahu kalau tak berjodoh apa boleh buat.

Aku tak kisah dianggap walaupun berkahwin tapi berperilaku seperti single dan freedom enjoy bersama kawan kawan.

Holiday kesana kemari, sebab aku redha dengan hidupku dan aku tak suka memeningkan kepala yang dah sedia sakit dengan kerja dan masalah keluarga.

Sedikit luahan hatiku untuk suamiku, wahai suami, ketahuilah aku isterimu, tanggung jawabmu.

Jika benar kau sanggup melalui rintangan untuk kita bernikah dengan cara yang begini. Maka kau sepatutnya sedia mental dan fizik mu untuk memikul tanggung jawab menjaga walau sedikit perasaan ini.

Meskipun aku tak pernah mengeluh dan menyoalkan, semoga kau tahu tangung jawab mu sebagai suami dan cubalah untuk jaga perasaan ini.

Aku tak minta kau untuk adil, aku minta kau untuk jaga hati ini walau sedikit.

Hargai cinta dan sayangku ini, pasti aku balas yang terbaik. Aku dipulaukan dengan orang yang sentiasa mengambil berat tentangku dan aku memilih untuk melalui liku sukar ini bersamamu.

Semoga kau mengerti hati ini.

Buat maduku, tahukah kau aku tidak meminta jodoh dan nasib ku begini? Aku tak meminta jalan hidup yang di benci dan status yang di hina oleh kebanyakkan wanita?

Aku tak meminta untun menjadi wanita perosak rumah tangga apa tah lagi perampas?

Adakah kau puas sentiasa melaga lagakan aku dengan ahli keluargaku?

Sementara kau sentiasa saiko suamimu untuk sentiasa menjaga hatimu?

Kau telah dapat segalanya, kau dapat masa yang sempurna dengan suamimu. Tak perlulah kau hubungi ahli keluargaku dan meminta simpati.

Tak perlu kau berpura pura lemah dan dianiaya sedangkan dalam masa yang sama kau meminta hak mu tanpa culas dan suamimu tak pernah mengabaikan nya.

Kau meminta masa dan harta. Kau meminta nafkah dan cinta.

Suami mu tak pernah culas. Justeru aku lah yang menggalakkan suami mu untuk berlaku lemah lembut dan cuba ambil hatimu dan meluang masa yang banyak untuk mendapat semula cinta dan redhamu sebagai isterinya.

Tak mengapa aku bekorban asalkan ada kebaikan buat keluarga kecilmu. Kebahagian suamimu kebahagian buat ku juga.

Cuma pintaku, berhentilah memburukkan aku depan keluargaku kerana aku tiada sesiapa lagi dalam hidup ini melainkan keluargaku penguatku.

Aku minta kau maafkan aku sebagai perosak hidupmu dan membuat suami mu mengkhianati cinta suci kalian.

Aku tak pernah terdetik untuk suamimu meninggalkanmu apatah lagi mengabaikanmu.

Aku berjanji pada diri ini, andai semuanya berlanjutan dan terus menjadi rosak, aku pasti akan undur diri.

Doaku semoga semuanya menjadi lebih baik.

Buat keluargaku yang aku sayangi, terima khasih menjaga aku dengan sangat baik setelah pemergian mak dan abah.

Aku bersyukur dikurniakan kakak dan abang yang menyokong adiknya sampai ke tahap ini.

Semoga suatu hari nanti, kita semua boleh berkumpul seperti dahulu. Dan saling memaafkan.

Maafkan juga ketelanjuran sikap ku yang dianggap tak kenang budi dan menjatuhkan maruah keluarga.

Semoga apa yang aku kongsikan ini, dapat membuka hati mereka yang membaca, aku tak mengharapkan kata yang baik baik.

Aku hanya mengharapkan doa dari semua semoga perjalanan hidupku menjadi lebih baik. Aaminn.

Reaksi Warganet

Ollie Chin –
Menjadi orang ketiga adalah pilihan kamu. Mengahwini suami orang di sempadan membelakangi keluarga juga keputusan muktamad kamu sendiri.

Tak kisah ni, tak kisah tu TAPi minta untuk difahami dan dimaafkan. Go back to the main point, this was your choice, this was what you wanted back then.

Raidah Omar –
Harap dah daftar di Malaysia la.

Saya guru kelas. Ramai anak murid bin or Binti Abdullah.

Ingatkan anak tak sah taraf, rupanya sebab mak ayah kahwin di seberang sana. Tak daftar sini.

So, anak kena buat bin/Binti Abdullah. Anak dah besar ye. Ada yang form 1. Kat sekolah anak juga jadi mangsa sebab kawan kawan ada yang jenis membawang.

So , nak buat sesuatu fikir jauh ke depan. Bukan fikir bahagia kita saja.

Kiantan Intan –
Ntahlah. Mak saya bermadu berpuluh tahun hidup bersama. Mereka tak tunjuk yang negatif walau berkongsi suami.

Tak pernah terlahir dari mulut adik beradik cakap perampas atau apa saje. Dua dua kami panggil emak. Takde beza.

Aruwah bapak pun bukan orang kaya. Yang saya nampak kedua mak, saling berkongsi cerita. Ketawa berdekah. Bergurau macam takde ape ape.

Dalam hati mereka saya tak tahu. Mungkin mereka simpan untuk menunjukkan yang baik baik kepada kami.

Kini, mereka semua dah takde. Aruwah mak tiri sangat baik. Duit pencen aruwah bapak pun dia bagi kami.

Kongsi dia cakap, sebab mak saya da tiade. Walhal bukan berjuta pun. Tapi sikap dia yang saya hormat. Kami tak dididik dengan cakap yang kurang sopan.

Mak saya cakap berkongsi tidak akan merugikan sesape jika kita terima takdir Allah dengan redho.

Saya pun belom tentu dapat mendidik diri saya macam mereka. Terima kasih kepada aruwah semua kerana menyatukan kami.

Diana Amira –
Emmm. Macam nak play viictim nak salahkan orang lain sedangkan sendiri yang cari penyakit.

Mula mula kata selalu bersama sebab tu kahwin tapi ni nk salahkan isteri pertama sebab tak de masa dengan suami..

Pilihan sendiri jadi hadap je la macam mana pun nak inta isteri pertama cuba redha memang amik masa la kan sebab tt pun tak sampai setahun kahwin.

So tt pun tak boleh la nak expect isteri pertama tu terima dengan lapang dada lepas dikhianati suami sendiri.

Kalau tt tempat isteri pertama tentu kecewa lagi panjang cerita kot confess dekat sini

Raisha Abdullah –
Sis, maybe u baca semua ni as a silent reader. I want to share this with u:

1. Pertama sekali syukur kepada Allah kerana mentakdirkan jodoh ini. Pasti ada hikmah terbaik yang Allah aturkan. Yakin pada Allah, pasti hati dapat ketenangan.

2. Sebenarnya sis mencari tempat bergantung dan pelindung. Mungkin rasa terpulau dari keluarga buatkan sis ambil keputusan membelakangkan family.

Dalam hati sebenarnya family amat menyayangi diri sis. Kerana itu mereka berusaha untuk buatkan yang terbaik untuk sis (pada anggapan mereka).

Maafkan mereka semua dan berdoalah semoga family sis kembali bersatu aman bahagia. Mesti sis rindukan saat gembira seperti dahulu kan.

3. Sis juga mungkin rasa tiada upaya untuk menolak permintaan family kerana itu sis ambil keputusan untuk berkahwin. Esacapism yang sis pilih telah membuatkan sis rasa seperti terperangkap dalam keputusan sendiri.

Sis sekarang mula goyang dengan pendirian sis. Jangan layan hasutan syaiitan.

4. Mungkin sis terkejut dengan apa yang berlaku selepas berkahwin. Inilah asam garam hidup berp0ligami. Masalah akan ada dimana mana sahaja.

Ini bukan jalan pengakhiran, hadapilah dengan tenang dan bercakaplah dengan Allah bila rasa diri tidak disayangi di dunia ni. Mengadu dan menangislah kepada Allah bukan menangis kerana manusia.

5. Ibarat menarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak. Cubalah amik hati dan baiki kembali hubungan adik beradik, macam mana pun itulah drah daging kita.

Suami memang kita perlu taat namun hubungan adik beradik kekal bawa ke akhirat. Selalu lah doakan mereka.

6. Last. Jadi isteri nombor 234 bukanlah sesuatu yang hina. Lihat sahaja kisah Rasulullah, bagaimana isterinya Siti Khadijah di pandang mulia dengan adab dan perilakunya.

Maka sis ambillah iktibar dan berazam untuk jadi isteri yang solehah serta dikasihi Allah. Insyallah perjalanan hidup kita akan menjadi aman damai.

Aaminn, gudluck sis. Sayangi diri sendiri juga ya. Take care

Sumber – Ika (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *